Monday, April 18, 2011

#.#

Assalamualaikum.

Mood  :  Santai kat rumah Topek bersama Amir Shah.
Music  : Micheal Learns To Rock - That's Why You Go Away.

Haih, teringat lak lagu yang Amalina suka, hahaha. Can't forget mata dia masa kena tease dengan fasi kat educamp YTM / YTN sian member hohohoho. Kira best lah educamp ini, paling seronok sebab tak banyak outdoor, haha. By the way, cuma tak suka bab - bab kena menari. Ingat lak pesan mak, tapi dah terpaksa kan @.@ Cuma penat sikit laa sebab banyak juga hal kena buat, tidur pun dalam pukul 1 pagi lebih baru ada ruang. Balik semalam lepas acara penutup pun rasa penat sangat, sampai rumah Amir Shah terus tidur laa aku cakap. Semua nya gara - gara nak tunggu shortlist calon yang berjaya dipilih ke temuduga YTN pula. Hari ini aku dengan Amir Shah keluar pergi rumah Topek sebab ada wifi, kira nak masuk laman sesawang yayasan tenaga nasional senang la berikut senarai calon yang berjaya hanya dikeluarkan pada pukul 10 pagi hari ini. Dengan persaan cuak berbaur ingin tahu akan keputusannya, aku berjalan ke rumah Topek dari Stesen LRT Kg.Baru ke condo dia, dapat mesej daripada 62008 . Haih, mesej promotion Esprit lagi ke ? -..- Rupa - rupanya . . . 

ANDA TELAH DISENARAIPENDEK UNTUK SESI TEMUDUGA LN YTN, SILA...bla...bla...bla

macam psssssffffhhh, hilang suspen aku ! ==' Hadoiiii, kalau aku tahu dia mesej aku, tak laa aku penat merantau rumah kawan yang ada internet. Takpelah, cuma sekarang ini berharap the best laa untuk sesi temuduga. Ikutkan dengan maklumat temuduga YTN, macam - macam perkara aku kena ambil tahu, tambah pula kena mantapkan isi dan bahasa inggeris aku, yes, speaking -.-' Tak apa lah, bak kata Encik Azman Zakaria, Pengarah Yayasan Tenaga Nasional : 

Rezeki kita sebenarnya sudah tertulis olehNya. Kita ini cuma ikut flow dia sahaja.

Tambah Wak Noor yang memetik ayat al-Quran berbunyi :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Kalau ada rezeki adalaa nanti, kalau tak ada, mesti ada hikmah nya kan ? :)


P/s : sekarang ini aku tak tahu nak stay rumah siapa pula sebab sesi temuduga itu akan dijalankan pada awal pagi. Kalau duduk kat area KL, tak sempat sampai pagi !

1 comment: