Assalamualaikum.
Mood : Rungsing lepak dengan deme, McD Pengkalan nih -.-'
Muzik : Iklan kat TV,RADIO McD, haha
Okay, sejurus sahaja aku melawat satu - satunya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Ipoh ( nanti aku post entry pasal Lapangan Terbang Ipoh yea, tengah kumpul bahan lagi nih :)) ) , aku, Farid, Idzhar, Hazmi dan Faizal bergerak ke Integrated Aviation Academy yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Ipoh sahaja, tak jauh. Sebenarnya, tujuan aku bersahaja jea. Nak tahu cara - cara menjadi kadet / juruterbang / PILOT secara sah dan kalau boleh nak tolong laa si Faizal, dia beria sangat nak capai impian dia tue, cuma caranya aku tak tahu. Dah alang - alang sampai ke kawasan situ, ate.. bergerak lah kite ke akademik itu :)
Memang tiada dalam peta lokasi akademik itu, jadi yang aku tanda MERAH kat peta tue merupakan lokasinya. Sebelum nak sampai lapangan terbang pun ada papan tanda BESARRR pasal akademik nih :DD
Setahu aku, Integrated Aviation Academy merupakan satu - satunya pusat institut latihan penerbangan kat Ipoh dan seterusnya negeri Perak. Pernah juga aku mencari bahan dan maklumat mengenai akademik penerbangan ini dalam internet, namun tak berhasil :( Kiranya, harapan entry aku kali ini dapat membantu siapa - siapa kat luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut pasal akademik ini, :DD
Ehem, mula - mula teragak - agak juga nak masuk. Aku pun tak pasti mana pintu masuk utama sebab tiada papan tanda akademik kat pintu pagar berhampiran. Kebetulan pula ada beberapa kadet yang gayanya masih belajar di sini, masuk lalu pagar kecil di kiri pagar besar, lalui suatu lorong yang menuju ke sebuah bangunan. Aku dengan Faizal melangkah kehadapan, meninggalkan yang lain - segan kowt mereka. Biasalah, kalau orang luar datang, kena tahan dengan pengawal keselamatan. Jadi, terus - terang sahajalah apa tujuan korang datang ke tempat persendirian tue. Alasan aku,
Bagi kad pengenalan, dah boleh masuk. Tak susah mana kalau ada usaha kan. Lepas sahaja pondok pengawal, aku bertukar pandangan dengan Faizal, mana nak pergi nih ? Tanpa arah yang pasti, kami jalan perlahan ke bangunan berdekatan, ternampak seakan pejabat tapi.. macam tiada orang. Haishhh, jalan lagi.. muka dah tercengang - cengang tak tahu apa - apa, alah lebih kurang bagai rusa masuk kampung lah katakan. Dan.. dari jauh makcik kontraktor kelas F datang kat kitaorang...
Rupa - rupanya, makcik bawa kami jumpa terus dengan jurulatih akademik situ di kafeteria dia mana beliau sedang berbual dengan kadet yang kami baru jumpa di luar pagar tadi, macam berpangkat Kapten sahaja encik jurulatih ini, berusia, berbahu mantap dan perut sedikit hadapan - biasalah kalau dah berusia. Jangan main - main pangkat Kapten nih, aku ada ikut PROGRES masa tahun 2007 di Melaka. Program itu bawa aku dan rakan - rakan ke Malaysia Flying Academic ( MFA ) di Batu Berendam, Melaka masa hari terakhir kem. Kata salah seorang jurulatih di situ, dapat pangkat kapten dah sah - sah gaji puluhan ribu. Kalau pencen berpangkat kapten tapi perkhidmatan diperlukan, gaji minimum RM 50 000 :O
Lalu, kami dibawa ke dalam pejabat dan diberi sedikit maklumat pasal cara nak masuk akademik. Meh aku cerita kelayakan, kebaikan dan keburukan nak jadi seorang juruterbang dalam bentuk isi, saja nak buat ringkas dan mudah difahami.
Ehem, mula - mula teragak - agak juga nak masuk. Aku pun tak pasti mana pintu masuk utama sebab tiada papan tanda akademik kat pintu pagar berhampiran. Kebetulan pula ada beberapa kadet yang gayanya masih belajar di sini, masuk lalu pagar kecil di kiri pagar besar, lalui suatu lorong yang menuju ke sebuah bangunan. Aku dengan Faizal melangkah kehadapan, meninggalkan yang lain - segan kowt mereka. Biasalah, kalau orang luar datang, kena tahan dengan pengawal keselamatan. Jadi, terus - terang sahajalah apa tujuan korang datang ke tempat persendirian tue. Alasan aku,
" Kami nak tanya pasal kemasukan kadet baru kat orang pejabat boleh bang ? "
Bagi kad pengenalan, dah boleh masuk. Tak susah mana kalau ada usaha kan. Lepas sahaja pondok pengawal, aku bertukar pandangan dengan Faizal, mana nak pergi nih ? Tanpa arah yang pasti, kami jalan perlahan ke bangunan berdekatan, ternampak seakan pejabat tapi.. macam tiada orang. Haishhh, jalan lagi.. muka dah tercengang - cengang tak tahu apa - apa, alah lebih kurang bagai rusa masuk kampung lah katakan. Dan.. dari jauh makcik kontraktor kelas F datang kat kitaorang...
" Adek cari apa nie ? "
" Err, kami mencari pejabat, nak tanya pasal kemasukan kadet baru. Boleh tunjukkan jalan ? "
" Owh, mari sini.. Makcik tunjukkan orangnya terus "
Rupa - rupanya, makcik bawa kami jumpa terus dengan jurulatih akademik situ di kafeteria dia mana beliau sedang berbual dengan kadet yang kami baru jumpa di luar pagar tadi, macam berpangkat Kapten sahaja encik jurulatih ini, berusia, berbahu mantap dan perut sedikit hadapan - biasalah kalau dah berusia. Jangan main - main pangkat Kapten nih, aku ada ikut PROGRES masa tahun 2007 di Melaka. Program itu bawa aku dan rakan - rakan ke Malaysia Flying Academic ( MFA ) di Batu Berendam, Melaka masa hari terakhir kem. Kata salah seorang jurulatih di situ, dapat pangkat kapten dah sah - sah gaji puluhan ribu. Kalau pencen berpangkat kapten tapi perkhidmatan diperlukan, gaji minimum RM 50 000 :O
Lalu, kami dibawa ke dalam pejabat dan diberi sedikit maklumat pasal cara nak masuk akademik. Meh aku cerita kelayakan, kebaikan dan keburukan nak jadi seorang juruterbang dalam bentuk isi, saja nak buat ringkas dan mudah difahami.
KELAYAKAN :
- Sebenarnya, minima atau kelayakan nak jadi seorang juruterbang hanyalah lulus SPM dengan 5 kredit.
- Kalau boleh, tekankan BAHASA INGGERIS, MATEMATIK dan SAINS masa SPM ( ini bagi pelajar yang masih di bangku sekolah bercita - cita jadi juruterbang yea.. )
- Kena hantar surat ke.. Department of Civil Aviation, Malaysia
No 27, Persiaran Perdana
Level 1-4, Block Podium
Precinct 4, 62618 Putrajaya, Malaysia
Telephone: +603 – 8871 4000. Website: www.dca.gov.my
macam pelik kan ? Sebenarnya, surat kena hantar dahulu ke Jabatan Penerbangan Awan Malaysia. Beberapa butiran perlu di isi termasuklah pencapaian akademik ( SPM ) dan kita hanya perlu menunggu sahaja surat balasan daripada jabatan tersebut. Kiranya, dengan surat balasan itu, menjadi sebagai " surat besar " menandakan korang semua layak memasuki mana - mana akademik penerbangan di Malaysia ini. Macam kat gambar bawah warna biru ini, contoh surat yang hanya perlu isi sedikit maklumat peribadi dan terus boleh hantar ke jabatan yang disebut tadi.
- Dah lepas semua pendaftaran, kena ambil medical check-up HANYA di beberapa hospital/klinik swasta yang disahkan oleh pihak akademik. Maknanya, tak sah laaa kalau buat medical check-up di hospital kerajaan.
KEBAIKAN :
- CUMA mengambil masa 2 TAHUN nak dapatkan lesen penerbangan secara sah :)
- Yuran boleh dibayar secara berperingkat mengikut fasa peperiksaan
- Belajar basic adalah pesawat one wing, nak advance helikopter, banyak pengalaman
- Makin banyak belajar ( maksudnya, belajar one wing dan helikopter sekali gus ), lagi cerah peluang nak dapatkan pekerjaan
- Ada simulator kat sini ( rasanya, mana - mana akademik ada simulator kan ? )
- Mesti ada tenaga pengajar luar negara bakal mengajar korang nanti
- GAJI masyukk, bak kata jurulatih - biasalah 8 ke 9 ribu bagi yang baru habis belajar :DD
- Kita bakal diajar cara berkomunikasi dalam BAHASA INGGERIS- kan nak roger sana roger sini masa nak mendarat dan berlepas kannnnn~
- Err, bagi one wing - yuran paling murah adalah dalam RM 200 ribu -.-'
- Nak belajar helikopter - yuran paling murah adalah dalam RM 400 ribu sebab nak belajar helikopter, kena belajar one wing dahulu
- Kalau gagal exam ( satu paper setiap exam dan banyak exam sebenarnya ), satu paper RM600 sebab di import khas daripada United Kingdom - dia jaga kualiti nih
- MARA dah tak bagi pinjaman / loan untuk course aviation / pilot. FAMA laa jawabnya :(
- Risiko tiada kerja ada ! Kalau pointer rendah laa.. JADI BUAT SUNGGUH - SUNGGUH !
Bagi aku, nak jadi juruterbang lebih kepada praktikal daripada teori dan sesiapa yang benar - benar minat, atau " dilahirkan untuk menjadi seorang juruterbang " tak susah laa pembelajaran ini, lagipun ia cuma memakan masa 2 Tahun ( macam ambil asasi jea ! O.o ) Tengok kan, muka - muka kadet yang aku jumpa, semuanya ceria - tak susah laa nanti kalau nak bergaul dengan kadet - kadet lain, jurulatih pula sedia membantu. Setiap kali kadet terserempak dengan jurulatih, mesti anak murid tue sebut " KAPTEN " dengan nada hormat. Secara mudahnya, aku buat konklusi adab hormat menghormati sesama satu sama lain itu ada laa.. Mungkin kewangan menjadi faktor penolak utama, tapi cuba lah usaha demi minat. Kan minat kita ini akan digunakan hampir 40 tahun, takkan nak buat sesuatu yang kita tak minat selama 40 tahun kan ? Bayar memang mahal, tapi cuba bayangkan bila dah kerja balik. Tak mustahil nak bayar balik kalau mula kerja dah nak masuk RM 10 ribu :)) Antara akademik yang terbaik pula, di Kota Bharu ada satu. MFA tidak kurangnya. Kalau beruntung, Air Asia dan MAS malah Singapore Airlines datang ke tempat akademik, cari kadet yang boleh mereka taja. Kita habis belajar terus kerja dengan syarikat besar ini ! Kata akhir aku, usaha tangga kejayaan :)
P/s : aku minat jadi pilot dulu, tapi nak lagi advance. tuu sekarang aku minat aerospace :)
yayasan perak xde tawar biasiswa utk jd pilot ke?? sebab kalo yayasan terengganu ada..jadi, x perlu la b'gantung ngn fama..
ReplyDeleteSalam . Nak tanya bagi pelajar yang ingin jadi PILOT, kena masuk aliran Sains Tulen saja atau pilih mana mana asalkan ada subjek BI, MATH dan SAINS ??
ReplyDelete@intan : terenggau kan kayooo.. boleh lah tanggung rm200 sorang -,-
ReplyDelete@chacha : W'salam, BI dan MATH tu wajib bagi mana-mana aliran kan ? Cuma..Sains di sini bermaksud subjek Fizik..Sebab Fizik tu digunakan dalam simulator.. dalam pembelajaran.. ada kira-kira mendarat berlepas keberangkalian pun ada.. jadi.. pilihlah Sains yang menjerusmus kepada Fizik
Nak advance, ambil Add Math sekali :D
Yew coz in physic got a topic related with aerodynamic which is bernoulli principle
DeleteSalam..nak tanya kalau tak ambik fizik tak boleh masuk ke?kalau ambik sains yg bukan fizik..
DeleteMohon penjelasan tqvm..
wslm, kalau tak ambik fizik, peluang nak masuk tu sikit la
Deleteoh macam tu . faham faham . terima kasih :D
ReplyDeletebergelora hati ni ingin terbang diangkasa..!!
ReplyDeleteaku suka entry ni...aku pernah apply tahun 2008 dulu..masa tu aku dah habis SPM..aku dapat masuk..tapi sedih ye lah yuran dah lah cecah ratusan ribu..parents aku tak mampu..jadi ayah aku x bagi..sedih jugak lah..nak buat camner..kalau mampu boleh je masuk..bukan susah pun, janji lepas SPM..
ReplyDeleteKesian....nak buat camne kan yuran semuanya mahal kan..
DeleteNakn tanya , awak spm dlu ambil aliran sains ke?
Delete@cha cha : sama sama :)
ReplyDelete@kay : amboi, haha
@tehkopi : betul tu. tapi, macam biasa, penolak utama adalah faktor kewangan. Jangan risau, atau sedih. Kan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya ? :)
"Beberapa butiran perlu di isi termasuklah pencapaian akademik ( SPM ) dan kita hanya perlu menunggu sahaja surat balasan daripada jabatan tersebut."
DeleteBoleh bg thu .... Butiran apa.... ???
tumpang tanya, macam mana nak register untuk masuk, dengar2 aviation ni tak mengambil pelajar lagi?
ReplyDeletecuba melawat dan jumpa terus pejabat tempat ini
ReplyDeleteKalau saya dah ade ijazah Bisnes , ade peluang ke nak dapat PPL (private pilot license) atau CPL (commercial pilot license) ?
ReplyDeletekalau saya jadi macam kak, saya gunakan ijazah Bisnes untuk kerja terus :P
ReplyDeleteRasanya, kelayakan kembali kepada orang umum. Minimun lulus SPM 5 kredit tu. .
SPM 7 KREDIT.tp x termasuk fizik,kimia.nak apply PPL...dah ada diploma tourism.tp rasa nk amek course PPL pulak.sbb da keja kat airport n timbul minat nk jadi pilot...cm ner nak apply ya..hihi.any comment?
ReplyDeleteermm rasanya, kelayakan kembali kepada orang umum. Minimun lulus SPM 5 kredit tu. .
ReplyDeleteThanks for the info :-)
ReplyDeletesalam..nk tnye..ketinggian yg layak bp??
ReplyDeleteminima 160 cm (5kaki 4 inci )
Deleteketinggian ? aha, entah lah. ada jea kadet yang lebih rendah daripada aku masa melawat tempat itu. waktu itu, tinggi aku dalam 165cm
ReplyDeletemk ko ijau
Deleteklw ketinggian 140???
ReplyDelete#ad hati pulak nk jd pilot ^^'
err.. rasanya tak lepas kehendak fizikal
Deleteif saya ada rabun silau sikit macam mne???x bole jadi ke??
ReplyDeleteboleh kalau rabun/silau tak serious sangat
Deleteanon : err. . rasanya kena tinggi lagi
ReplyDelete@farhain : silau boleh lagi, kalau teruk sangat jea direkemenkan buat pemedahan mata
Errr,tanye sikit bro,agak2 butiran ape nak kene hantar tu eh?
ReplyDeletekalau nak apply pilot course luar negara , perlu kelulusan DCA malaysia lagi ?
ReplyDelete@pilot wannabe : ambil dahulu borang tersebut, kat situ ada requirements
ReplyDelete@anon : err.. maaf, itu tak pasti. cuba tanya pada kapten pilot di akademik
Kalau science biasa boleh ke?
ReplyDeletetumpang tanya...kalau rabun masih boleh sertai ke..?
ReplyDeleteada borang online?
ReplyDelete@muhd : maaf, rasanya fizik itu amat diperlukan.
ReplyDelete@faris : rabun tu ada had dia. Kalau teruk sangat rabun, atau rabun yang tak lepas requirement dia, boleh buat laser operation. Itu pesan kapten.
@leyna : rasanya tiada haha cuba check
macam mana nak ambik borang tu??
ReplyDeletebro, ada fb or twitter x? nak sembang sikit psal kejaya nihh.. anyway, kalau spm result dapat BI A-,MATH A+,FIZIK B,ADDMATH B+, boleh x?
ReplyDeleteSalam , Nak tanya peluang unutk perempuan jadi pilot cerah ke tak ? Sebab orang selalu kata perempuan susah nak jadi pilot sebab dia pentingkan lelaki dari perempuan .
ReplyDelete@Teddy : kena ambil di pejabat rasanya
ReplyDelete@anon : result boleh lagi kowt, cuba tanya pada mana mana insitusi penerbangan
@ habibah : w'salam. Ada quota perempuan lelaki diberitahu dahulu. Tapi, kalau nak belajar piloting, tiada masalah.
bestnye nk jd pilot gakkk....tp aku aku nh pompan bdn tough..HAHAHAHAHA
ReplyDeleteHopefully 1 day i will and will...
ReplyDeletekalau stpm saya ambik subject ekonomi,pengajian peniagaan and geografi dapat tak apply cadet pilot?
ReplyDeletefatihah : tough pun bolehhh
ReplyDeleteanon : insyaAllah
anon : gunakan keputusan spm.
kn kt atas tlis klau pointer rndh,mybe ta dpt keja..klau nk amek blik exam tu,cmne?? bleh??
ReplyDeleteerm, asalkan cukup kredit insyaAllah boleh.
Deletekalau tak cukup kredit, kena resit SPM dulu sebab kelulusan SPM adalah requirement dia
Pas habis spm....terus ambik Borg n Tunggu jawapan Dari DCA ke?
ReplyDeletelebih baik tunggu keputusan SPM dulu :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau spm pas 5 kredit bi ok sbliknya math x mcm mana 2 blh join x academy 2? Please get me a feedback at supiangbinsamsudin@gmail.com
ReplyDeletetak boleh rasanya
DeleteSlm..sye bru form 4..tpi masuk klas akaun.. 1 masalh..sbb xde fizik..nk tanye.. fizik tu susah ke... sbb.. sye da hantar borang..nk tambah subject fizik even dlm klas akaun.. harap2 surat permohonan tu diterima..
ReplyDeletew'salam
Deletefizik tu senang, sebab hanya perlu faham konsep sahaja.
Lakukan latihan berkala, insyaAllah mampu kuasai subjek tersebut.
Moga apa yang diusahakan tu dapat yea
+D-sim slm..bro kalau masuk kelas akaun then apply subjek fizik.ade chance ke jadi pilot? harap dibalas :D
Deletewaalaikasalam, bagi aku boleh asalkan subjek yang diperlukan tu ada
Deletesye cume nk tnye..mne satu yg kene ambik dlu ppl ke cpl ???saya tk fhm tlong trgkn...lgi satu skolh pnrbgn mne lgi yg kite boleh ambik???
ReplyDeletePPL ? CPL ?
DeleteMaaf, lupa sudah term tersebut. Mungkin carian google dapat membantu.
Di Melaka ada sekolah penerbangan terkenal
Sya nak tanya, hari tu sya terbaca artikel pasal kelayakan menjadi kadet pilot utk mas tp artikel tu pd tahun 2011. Dlm artikel tu tertulis "lulus spm dgn kepujian dlm subjek bm, bi, maths, fizik or sains am di dalam satu peperiksaan". Sya dpt A dlm subjek bm and sains am, dan sya juga dpt B dlm maths and bi. Sekiranya seseorg yg repeat spm, adakah dia boleh menjadi pilot utk mas atau mana2 syarikat penerbangan yg lain? Sya bertanya soalan ni kerana sya keliru dgn ayat terakhir dlm artikel tersebut iaitu lulus kepujian di dalam satu exam.
ReplyDeleteBoleh repeat
Deletelebih baik merujuk kepada kehendak semasa, entry ini pun sudah bertahun lamanya.
ReplyDeleteTanya dahulu sebab mana tahu dengan result sekarang boleh jadi kadet pilot tanpa perlu repeat spm.
Terima kasih kerana menjawab soalan sya. Sya bertanya soalan tersebut kerana kawan sya repeat spm dan ingin menjadi kadet pilot. Keputusan spm yg sya sebutkan di atas adalah keputusan spm sya. Pada pandangan awk, adakah sya layak utk menjadi kadet pilot dgn result spm yg sebegini --> bm dan general science A,maths and bi B, add maths dan ekonomi asas hanya pd peringkat lulus shj dan yg subjek selebihnya dpt B+.
Deletekalau rasa betul betul mampu dari pelbagai aspek diri, jasmani, kewangan. . "follow your dreams, reach for the stars"
DeleteTerima kasih byk2 kerana membantu sya dan kawan sya. Semoga Allah merahmati awk.
DeleteSama sama, semoga berjaya.
DeleteNak jadi pilot kena ada basic fizik je ke or kena ada add math sekali
ReplyDeletekena dua dua
DeleteKalau nak jadi pilot tapi lepas stpm boleh ke
ReplyDeleteapa salahnya, boleh je
DeleteOhh, thanks, tapi nnti dia mnta result spm ke stpm ye
Deleteeither way will do asalkan ada subjek yg pihak akedemik perlu
DeleteDokumen tu kna hntr kt DCA ke atau tmpt yg kte nk mntk
ReplyDeleteDCA terlebih dahulu, dapat reply baru hantar ke akademik pilot
Deletekalau spm 2008 dulu tu kn fizik x krdt..bole ke reseat balik tuk paper tu tuk tahun ni?
ReplyDeleteboleh, boleh rujuk dekat sekolah and keep up to date
Deletela ye kew?xtahu pulak..klu x da lme reseat..hahaha..brp byk paper yg leh reseat?
Deletecuba tanya pihak sekolah
Deleteowh ok..thnks..tp kn..sekolah yg kita amik SPM dulu tu yer?bole x buat kt sekolah lain?
Deleteboleh je
Deletesaya ada terbaca artikel tentang kadet pilot airasia pengambilan 2013.dia kata kalau dr sc stream,result at least fizik,math n bi A- tp utk art stream general sc,bi n math A-..jd apa mksud nya??adakah pljr bukan sc stream pun boleh join kadet pilot??thanx
ReplyDeletemaksudnya dia mahukan pelajaran wajib adalah Math dan Bi adalah A-
DeleteKalau ambil Fizik, kena A-
kalau ambil General Sc kena A-
So, paling kurang kena ada 2 subjek wajib + 1 subjek pilihan (Fizik atau G Sc)
ohhh..begitu..terima kasih :)
DeleteSaya 14 thn..saya sgt ingin menjadi pilot..tapi..saya x phm ..sama ada saya kena kena ambil spm kelas ape..please help me
ReplyDeleteambil kelas yang ada
Delete1. BI
2. ADD MATH atau MATH
3. Fizik atau general science
belajar sungguh sungguh untuk dapatkan A
Salam..pembayaran boleh byr ansur2 ke ? Total byrn smpai dpt lesen atpl brpe ek?? Lgi satu betul ke rmai pilot skrg ni xde kje ?? Hope dpt mbntu :)
ReplyDeleteSalam, terpanggil untuk reply. Tunang sy pilot. Dia dapat loan mara untuk ambil CPL di flying school ipoh ni la (Cuma sekolah ni dah tutup sekarang). Pembayaran boleh secara ansur-ansur ikut stage yang kita tengah buat. Bab tak dpt kerja tu, very true. Dia dah 2tahun menganggur, kerja di Philipines pun pernah di sebuah airline company baru tapi balik ke Malaysia sebab dapat MAS. We have tried so hard untuk dapatkan dia kerja sebab kebanyakan flying school is a company so their aim is of course to get profit. Jadi ratio cadet pilot dan pilot employment tak seimbang dan memang masih ramai yang menganggur dan DCA sendiri tak kawal benda ni. Cuma if you have "orang dalam" in any airlines, that would be an advantage for you lah. Macam kami ni rakyat marhaen, memang nak dapat kerja sangat susah. Saya sendiri dah turun naik MAS/Airasia/Malindo/Firefly/Maswing dan hantar resume tunang dan buat muka kesian (sebab dia di kampung dan sy duduk di KL). Finally, he got a call from MAS. Alhamdulillah. Kalau ada cita-cita untuk jadi pilot tu, nasihat saya kalau boleh dapatkan lah degree dahulu, kemudian boleh apply utk amik CPL. First, because chances to get work if you have degree qualification is higher. Second, its as a back up for you in case tak dapat kerja.
Deletemaaf sebab tak perasan ada komen anon ni, dan terima kasih juga buat anon di atas sebabkan penjelasan terperinci berkenaan ini. May Allah bless you for your effort helping him :)
Deletemmm..kalau degree tuh..degree dlm course ape yek ?
DeleteCan I know where can I start to be a pilot?
ReplyDeleteWhere can I have the form?
Can you please explain to me how can I have the form without going to the academy?
From what I remember there was a pilot school came and gave talks to the students before giving away flyers and form regarding the academy plus registration.
DeleteMaybe you can ask your school counselor to invite some pilot schools come over your place ?
Bro,,,,ada ke fly academy yang boleh bayar secara ansur2 ?
ReplyDeletelepastu kalau nak ambik ambil jurusan mana ye kalau dekat university nanti
hehe just nak information je :D
pilot ni tak payah ada degree atau diploma sebab basic dia spm atau stpm je
Deleteloan daripada academy tu boleh dibayar setiap kali sem, maknanya tak payah bayar sekali gus terus.
Nak tanye.. klau rabun brape had rabun yg qualified? Blh ke pakai spectacles during flight session? Da lme mencari jwpn tpi xjmpe..
ReplyDeletethanks anon tlg jawabkan :)
DeleteHey bro. I'm 15 y/o. Thun dpn kena plih aliran kelas dah. Jadi sya nak tya, apa subjek2 yg dperlukan dan apa gred subjek yg dikehendaki utk join the course? I really need to know bcause sya btul2 nak jadi pilot. Klaulah sya trmasuk aliran sastera, can i still hope for it? sbb aliran sastera ni x da subjek Fizik. Ok. That's all.
ReplyDeleteI dont think sastera will do for your pilot future. Put a small effort on your PMR so you can be in science stream class, which do have add math, math, english, fizik.
DeleteHope you can ace em all and all the best for PMR !
Ok. Thank you very much bro! May God bless you!
DeleteCan i be a pilot if i dont take physics subject ?
ReplyDeleteaha no you don't. Some appliance in the cabin requires both theory and practical calculation from physic classes.
DeleteBut i found out a website that says art stream student also can join flying schools but it depends on the requirement of the flying schools. I hope it's true so that I can prepare it from now. I am so interests in pilot. I want to feel that feeling in the air.. flying.. a beautiful view from above. Hahaha
DeleteNak tanya , kalau takde ambik fizik mmg tak boleh jadi pilot ?
ReplyDeletetak boleh, subjek wajib tu
Deletenak tanya, kalau ambil lesen ppl, brapa gaji?? peluang pekerjaan luas tak??
ReplyDeletemaaf, luar skop pengetahuan saya soalan ni.
DeleteJika saya cuma ada general scince , but no fizik subject . Did i still have a chance to be a pilot ?
ReplyDeleteIf i'm not mistaken, you can apply it with general sc but it is better for you to check it at the nearest pilot academy.
DeleteHad rabun dia tu mcm mane ekk..sbb saye ni rabun sikit..tpi xde la teruk sngt..msih bole nmpk dlm 10m jauh..prnh dgr minimum ketajaman optik ialah 6/60.. Tpibx phm mcm mne tu..
ReplyDeletemaaf, luar skop pengetahuan saya soalan ni.
DeleteGuess the best thing that you can do is to check the truth at the nearest pilot academy. Do spend some time to ease your days ahead.
ReplyDeleteIf saya kurang dengar...x boleh jadi ke?.....
ReplyDeleteitu tak pasti lah, cuba pergi ke mana mana akademik berdekatan tanya
DeleteSalam.. abg sya skrg ni dpt klas akaun tapi klas x de fizik .. jadi mcm mana ek? Boleh x apply sklh terbang nnti dgn menggunakan subjek BI MATH ADDMATH DAN SCIENCE?? Hope Abg reply sbb sya da panik sangat ni sbb dpt slah klas..
ReplyDeleterasanya general sc boleh diterima lagi berdasarkan apa yg abg tny pada kapten
DeleteJadi boleh la sya mohon sklh terbang nnti walaupun sya x ambik fizik ?
Deleteboleh cuma kena ambil general sc tu kalau tak nak ambil fizik
DeleteAssalam bang. Klu nk jdy pilot n fizik xde bile dpt x?? Sbb sye pnye kls x ad fizik
ReplyDeleteBole*
Deleteambik kelas general sc tak ?
DeleteSalam..sye ni lpsn spm 2014 yg tngh tunggu result..kalau perempuan ni blei x JD pilot?? Brat badan penting x kalau nak jd pilot??overweight lha mksd sye...sye nk JD pilot to sye takut brat bdan yg mnjd phlng
ReplyDeleteberat badan salah satu kateria yang perlu dalam pemilihan kalau tak silap.
DeleteDan tak pasti pula berapa berat maksimum untuk jadi seorang juruterbang. Cuma bertanya pada kenalan pilot.
ramai betul adik2 yg minat jd pilot...zmn kamu semua skrg susah nk apply...persaingan yg sengit...spm kena cemerlang....better dptkan degree or master...kelebihan buat kamu..zmn saya dulu..kadet under mas,sia n etc byk...so saya byk try ...n hehehe...berjaya...zmn skrg adik2 mungkin bleh apply under tajaan airasia itu pun terlalu ramai yg apply..kalau self sponsor dgn loan dri bank...sediakan lah diri sendiri nk settle hutang ngan bank lepas grad dri flying school....kalau nasib baik dpt job kalau x tanam anggur jelah...yuran bljr commercial pilot license ni bkn murah....beratus ribu ...jdi risiko tu tanggung sdri...n ada pelbagai cara lain lagi nk cpi cita2 jdi pilot tpi usaha lah sdri nk cri kat mana info ...good luck ...
ReplyDeleteBro ape beza CPL dan ATPL?
ReplyDeleteentah lah bro, tak tahu pulak
DeleteBrother.....klau BI x dpt kredit mmg x bleh ke....sya BI ni D...Math A.....Fizik C....msalah tntng BI tu...ke nk buat mcm mna......please bro....tolong gtau....
ReplyDeleteBrother.....klau BI x dpt kredit mmg x bleh ke....sya BI ni D...Math A.....Fizik C....msalah tntng BI tu...ke nk buat mcm mna......please bro....tolong gtau....
ReplyDeleteBrother.....klau BI x dpt kredit mmg x bleh ke....sya BI ni D...Math A.....Fizik C....msalah tntng BI tu...ke nk buat mcm mna......please bro....tolong gtau....
ReplyDeleteYg sya tnya ni utk msuk tmpt utk blajar jdi pilot ni....adakah layak....but now i'm on my way to speak english and know about english than before....so.....agak2 layak x....sbb sya mmg nk jdi pilot....
ReplyDeleteYg sya tnya ni utk msuk tmpt utk blajar jdi pilot ni....adakah layak....but now i'm on my way to speak english and know about english than before....so.....agak2 layak x....sbb sya mmg nk jdi pilot....
ReplyDeleteYg sya tnya ni utk msuk tmpt utk blajar jdi pilot ni....adakah layak....but now i'm on my way to speak english and know about english than before....so.....agak2 layak x....sbb sya mmg nk jdi pilot....
ReplyDeletecuba tanya tempat akademik layak ke tak
DeleteSy nk tnya, if BM and SEJ dpt D boleh tak msuk jdi pilot? Tpi BI,Sains and math tiptop. Sy dpt tawaran dri MFA suh dtg utk interview,tpi takut lah dngn result yg ade D tu jdi penghalang utk sy jdi pilot.
ReplyDeleteTlg reply secepat mungkin.
ReplyDeletecuba baca balik kelayakan yang dah tertulis
Deletekalau pelajar aliran sastra boleh tak ambil course nih?
ReplyDeleteerrr rasanya tak boleh. Tapi lihatlah, kalau ada sc, bi dengan math boleh lagi rasanya
Deletegeneral science boleh ke?
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleterasanya boleh.
Deleteapa apa pun pergilah check dengan pihak kolej
Apply Armed Forces. Free training untuk jadi pilot. Klu nasib baik boleh dihantar ke Fort Rucker US. Perhead USD178k... Airforce ada, Army ada, Navy ada, Bomba ada, Polis ada, APMM ada dan dengar cerita Emergency Medical Air Service nak ditubuhkan.
ReplyDeleteterima kasih dengan informasi, moga pembaca lain pun boleh ambil manfaat sama
Delete
ReplyDeleteHi
Just walk through blocks and found this entry,interesting.
Im currently with APG flying schools that recruits students as young as 17 as the minimum age.
represented by Jet Placement Services Malaysia ( you can find it on FB)
we are currently recruiting students who wants to be a pilot.. u can email to me intanfarradiana@gmail.com
or whatsapp to this number 01121084482
We just held a seminar last Sunday and will have more seminar onwards.
Whatsapp me for me details and if you want to ask any questions..tq
Assalamualaik.
ReplyDeleteSPM kena gred C keatas bru boleh apply erkk? tq
waalaikumsalam,
Deletekalau tak silap kena semua kredit, dan beberapa subjek kena dapatkan A
Kalau ambil aliran akaun boleh jadi Pilot?
ReplyDeleteboleh, asalkan ada beberapa subjek tuntutan pihak akademik pilot macam fizik/bi/addmath
DeleteFirst sekali, saya minta maaf kalau byk sgt tanya. I'm 15y/o and tahun dpn dah kena pilih aliran kt skolah.
ReplyDelete1. Kalau tinggi 150cm , layak tak jd pilot?
2. Kt skolah saya ada 2 kls sains tulen. Dua dua kls ni ada addmath, fizik, kimia. Apa yg membezakan dua kls ni adalah, kls pertama ADA bio, kls kedua TIADA bio TAPI ada subjek pilihan iaitu (lukisan kejuruteraan/akaun/ICT),,
IF saya pilih kelas yg kedua ni, antara 3 subjek pilihan ni , (lukisan kejuruteraan ATAU akaun ATAU ICT ) yang mana saya patut pilih???
Saya tak pilih yg ada bio sbb takut tak boleh bawa.
Thank you.
1.. Erm.. macam tak je. Tak tahulah kalau sekarang dah lain.
Delete2. Tak kesah ambil lukisan kejuruteraan (LK) atau akaun atau ICT sekalipun asalkan subjek penting utk jadi pilot tu dah sedia ambil. Personally I'll choose akaun, tapi tu subjek heavy la.
Wc and pls get up to date with the nearest pilot school.
Nak antar surat tu nk tulis ape je?
ReplyDeletesila refer komen sebelumnya
DeleteAssaamualaikum, saya skrg berumur 14 tahun dan bersekolah di sbp.Saya nk tanya semasa saya f4 boleh tak saya masuk ke mana mana sek pernebangan???
ReplyDeleterasanya tak
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesaya sekarang tingkatan 4,tetapi saya dah ambil prinsip akaun,adakah saya layak..
boleh je ambil akaun, asalkan subjek subjek yang berkenaan pilot ada ambil juga
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSekarang say f4,saya dah ambil Prinsip akaun..klas tu xada Fizik dgn addmath.Cuma ada sains dgn math biasa....adkah layak untuk jadi pilot
refer komen kat atas
DeleteASSALAMUALAIKUM .
ReplyDeleteSAYA NAK BERTANYA , SAYA BERUMUR 16 TAHUN DAN SEKARANG BERADA DALAM KELAS SAINS TULEN ( SCIENCE STREAM )
SEMUA SUBJEK REQUIREMENT SAYA ADA , FIZIK MATH BI , TAPI SAYA TAK ADA SAINS , SAYA ADA BIO SHJ.
BOLEHKAH ? DENGAN SUBJEK BIO TERSEBUT ? ATAU MEMANG MEMERLUKAN SUBJEK SAINS ?
Terimakasih.
boleh je
Deletesalam nk tnye,, saya sdh lame amik spm dn berminat utk mnjadi pilot. adakah saya harus gunakan result spm saya tu ??
ReplyDeletesbbnye xbrape faham tntang kelayakan orang umum.
DeleteNi kelayakan minimum utk nk jadi bg pilot persendirian (maknanya yg jenis bayar sendiri bukan sponsor dari airline)
ReplyDelete- SPM minimum 5 kredit (General Science diterima kalau tak amik Physics)*
- Mesti lulus Class 1 Medical check
*kredit maksudnya atleast kena dpt "C"
antara soalan yg suka ditanya aspiring pilot:
1) Boleh pakai cermin mata utk jd pilot?
- Boleh selagi dibawah had yg dibenarkn.
2) Tinggi penting tak utk jd pilot?
- Takde tinggi minimum ditetapkn oleh DCA as long as sihat tubuh badan dan lepas Class 1 Medical checkup. TAPI airline tetapkan ketinggian minimum utk pilot disebabkn oleh type of equipment yg diguna pakai (Airbus, Boeing and so on).
3) Pembiayaan pembelajaran mcm mana?
- Education loan dari bank (Bank Rakyat), KWSP ibu bapa anda...
- MARA tidak lg memberikn pinjaman pelajaran untuk yg nk jd pilot.
- Airline sponsorship.
*Kelayakan akademik bg airline sponsored cadet adalah lebih tinggi dari yg ditetapkn oleh DCA harap maklum
Assalamualaikum..klau kita xambik fizik,kimia & addmath bolh ke...
ReplyDeleteklau sains am dgn math boleh ke minta utk jdi kadet pilot
Alaika salam. Cuba baca ruangan komen sebelum sebelum ini.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHarap Dibalas
ReplyDeleteKalau nak apply programe cadet pilot perlu lesen pilot ke? Ataupun tak ada lesen pilot pun boleh apply?
hmmmm tujuan jadi kadet adalah untuk mendaptkan lesen pilot
DeleteAssalam, saya ada amik subject fizik tapi cuma dapat sekadar lulus. Tapi math & bi saya C+. Saya sangat berminat untuk jadi pilot. Layak ke tak eh?
ReplyDeletealaika salam. Mohon check ruangan komen sebelum ini.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebos mau tanya fizik tidak di tekankan?
ReplyDeleteacademy mana yang bagus?
as far as i concern, kena ada fizik.
DeleteCuba batu berendam melaka
boleh dapat biasiswa ka menjadi pilot?
ReplyDeleteboleh, kalau cemerlang.
Delete(1)Brp tahun belajar, baru blh jd pilot?
ReplyDelete(2)genaral sc tu apa?
*harap bls
1. 3 tahun tak silap
Delete2. Science stream
gred untuk fizik tu A or B? addmath dia x tekankan sgt ke?
ReplyDeletePerlukan kredit, A lebih baik.
DeleteAdd math wajib tak silap
gred untuk fizik tu A or B? addmath dia x tekankan sgt ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam bro , nak tanya kalau lepasan dip bole tak nak apply sini ? result spm tak begitu baik tapi alhamdulillah lah dapat 5 kreadit just phys dengn bi je tak kreadit dan hampir kreadit haa pham2 jela kan dpt brape. tpi mse dip amik course dip petrochemical engineering more kepada phys la tpi alhamdulillah dapat revenge balik time phys mse skola dlu pointer pun ok .agak2 dpat masuk tak ? sbb first of my ambition is to be a pilot.
ReplyDeleteWaalaikasalam, rasanya tak boleh sebab refer kepada SPM asal juga. Nak mudah repeat semula subjek tak cukup kredit ataupun minta budi bicara pihak kolej tersebut
DeleteSalam ,nk Tanya Kalo macam saye masuk aliran yang Ade subjek perdagangan,geografi Dan seni, bolehkah saye jadi pilot?sebab saye memang minat nk jadi pilot sejak sekolah rendah lagi,Dan ape maksud KREADIT contohnya 5kreadit ,Dan Kalo result spm saye cemerlang,universiti mane yg perlu saye masuk untuk capai minat saye itu? Tq
ReplyDeleteWaalaikasalam,
DeleteBoleh masuk subjek aliran lain asalkan ada subjek yang diperlukan untuk jadi pilot. Masuk je uni mana mana, dapat membantu untuk dapatkan biasiswa pilot
Saya nak tanya hmm mana jalan yang terbaik untuk apply this academy (lepas result spm / degree ) . Ada yang berpendapat bahawa ramai yang sangat dah apply guna spm tapi nanti susah dapat kerja lepas belajar pilot . Hmm ada yang prefer lepas degree sebab nanti senang dapat kerja . Hmm saya pening hmm boleh tolong saya mana satu jalan yang terbaik untuk jadi pilot (spm or degree) . Pls answer ��
ReplyDeleteDua dua jalan pun boleh tapi nak mudah, ambil degree dulu dan dapatkan result terbaik asalkan degree bidang engineer. Kalau cemerlang, mudah dapat biasiswa pilot. At least kalau pilot ramai sangat, boleh jadi engineer dengan degree.
DeleteKalau degree maknanya kene belajar U dulu kan hmm so dekat U tu kene amik aliran berkenaan sains stream kan ?
ReplyDeleteiya betul!
Deleteala aku takde fizik memang x bole masuk ke
ReplyDeleteBoleh x lps sye ambil ppl lps tu cpl .... Lps tuh... Trus mohon keje di airlines
ReplyDeleteboleh cuba
Deletependapat saya..teruskan belajar hingga degree in science stream baru amik lessen juruterbang sbb airlines akan lebih hire pada kelayakan yang lebih tinggi untuk cadet pilot programme.saya mengambil ijazah dlm civil engineering dan Alhamdulillah cukup senang apabila menghadiri pilot psikometrik dan telahpun bergelar sebagai seorang juruterbang
ReplyDeletesaya nk tnye . paper dia dan study semua bahasa inggeris yea . tinggi 154 lepas tak . tempat maldives ckp dia nm uji bakat . klau lpas boleh teruskan course
ReplyDeleteha'a, sebab kerja pilot guna english nanti
DeleteKlau spm tak ambik mata pelajaran fizik bleh ke
ReplyDelete#mohon penjelasan
Science AM boleh
Deleteassalammulaikum...nak tanye ...klau spm saya mt A, sains bacis A , bi C...and ayah saya berkemampuan utk bayar yuran pilot ...boleh ke masuk cadet pilot??
ReplyDeletewaalaikasalam, ikutkan dah layak dah tu. Boleh mula memohon sebagai kadet.
Deletesalam.nak tanya solan.proses kerjaya pilot ni ambil masa 2 year ke?and age 21 or 22 dh boleh kerja komesial pilot ke?
ReplyDeleteAssalam,saya nak tanya kalau saya aliran akaun tapi sains basic ada ke haluan untuk menjadi pilot ?.Terima kasih :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..nk tnya klau sya msuk aliran biasa..Dan hanya ada subjek bi..sns biasa..Dan mat..boleh lagi ke jadi pilot?
ReplyDeleteAssalam...saya nak tanya..saya dah form5..tapi saya kelas seni sahaja...so takde lah subjek fizik...adakah saya boleh apply untuk jadi pilot...and sebelum nak jadi pilot tu..apa yang perlu dilakukan?..adakah masuk pilot academic dulu?...mohon dapat jawab soalan saya ya...jangan lah suruh saya tengok soalan diatas����
ReplyDelete