Saturday, January 19, 2013

Minta sedekah bang. Beli nasi.

السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Mata meliar kiri dan kanan. Telefon mendakap rapat telinga kanan. Kaki melangkah pantas mencari kedai yang dimaksudkan ibu. Ikutkan hati, mahu sahaja kularikan diri. Lari dari tempat ini. Tempat dimana ribuan manusia keluar masuk, dengan pakaian yang bercampur aduk. Sakit mata.







Bising.
Sesak.
Kepalaku pusing,
rungsing.


Mengenangkan nasibku ini, mungkin ada benar kenyataan sebuah hadis ini.


"Tempat yang paling baik di sisi Allah adalah masjid dan tempat paling dimurkaiNya adalah pasar-pasar." 
(HR Ahmad). 


Tidak hairan jika perasaan seorang muslim itu tenang di rumah ibadat, jauh berbeza ditempat membeli belah ini.

Sedang menapak, tanganku disuakan suatu cebisan kecil dan nipis. Ha ? Langkahku mati serta merta, lalu kumendongak sedikit, mencari punca. Kelihatan seorang budak kecil berada berhampiran denganku. Berwajah mulus, beranak mata biru, jernih. Sempurna sifatnya. Kulihat semula cebisan kecil tersebut. Rupa – rupanya, ia adalah surah Yassin versi poket. Besarnya cuma tapak tanganku sahaja. Mungkin, dia ingin sebarkan surah Yassin ? Baru aku ingin mengorak langkah semula, telingaku menangkap “ Minta sedekah bang “ dari budak kecil itu. Halus suaranya, hampir tenggelam oleh suasana bising di sini. Pandanganku kembali mendapatkannyaTiada eye-contact, bagus. Pandai dia jaga diri.


“ Minta sedekah bang. Beli nasi
Dah lama tak makan “


Sedekah ? Nasi ? Melihatkan cebisan kecil itu, baruku perasaan. Biasanya ditempat ini, pasti ada satu dua orang sebegini.  Haih, aku menggeleng. Maaf adik, aku punyai prinsipku sendiri. Maaf adik, aku risau aku ditipu buat berkali - kali. Maaf adik, abang bukan orang yang adik cari buat mengemis simpati.

Lalu, aku mengujinya.


" Nasi ? "


Adik tersebut menganguk laju. Aku memutar kepala kiri dan kanan, mencari sesuatu. Hah, jumpa !


" Adik lapar yea ? 
Jom abang bawa belanja nun kedai di hujung sana. 
Adik nak makan apa, makanlah. 
Abang belanja, asalkan perut adik berisi. "


Langsung dia terdiam, kembali membisu seribu bahasa. Aku tersenyum. Kalau benar dia lapar, dah lama tak makan, bukan makanan yang dia cari ? Kalau benar sebegitu rupa, kenapa mengemis duit pula ? Aku bukan kedekut, tapi aku lebih memandang nilai masa dan tenaga berbanding wang. Aku sanggup membelikannya makanan berbanding berikan dia not RM 5 atau RM 10 kerana 'membeli' itu melibatkan tenaga dan masaku sendiri. Aku mahu dia melihat kesungguhan yang sebenar, melihat beza 'kuasa' bantuan masa dan tenaga orang lain berbanding melayangkan duit yang tamat usahanya disitu sahaja. Beri duit pun, entah ikhlas entah tidak.

Community involvement, ini sangat diperlukan pada masa kini.

Aku perlahan - lahan kembalikan surah Yassin kepadanya.
" Maaf dik ".
Aku menapak semula.



" Yea yea, mak tunggulah kejap. Mimi tengah cari kedai yang mak cakap tu. . ."

. . dengan mulut sengaja ditarik muncung. 




P/s : Bila fikir balik, aku tergelak bila aku pun seharian tak jumpa nasi pada hari tersebut.

1 comment:

  1. "Aku mahu dia melihat kesungguhan yang sebenar, melihat beza 'kuasa' bantuan masa dan tenaga orang lain berbanding melayangkan duit yang tamat usahanya disitu sahaja."

    Ini terbaik. Salam dari bumi Mu'tah :)

    ReplyDelete