السلام عليكم و رحمة الله و بركات
“Sebab aku ingat time aku datang,
senior belanja aku semua.
I thought, did he do this sincerely
to build a friendship with me,
or did he do this just to bribe me for usrah ?”
Felt the same way before. Cuma nak highlight kat sini, buat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Sedang darjat beribadat demi pahala Allah disamakan kita sebagai pedagang. Bertungkus lumus akan sesuatu perkara demi balasan yang setimpal usaha kita. Manakala beramal demi cintaNya disamakan kita sebagai kekasih sehati sejiwa. Buat sesuatu significant tanpa sebab melainkan kita teringat akanNya walau belum pernah bersua.
Andai kata Allah berhenti memberi nikmat, apa kita pula pun berhenti beramal ? Sudah tentu, darjat seorang pengasih akan pencipta jauh mendalam definisi taqwanya berbanding orang lain. Persoalanya, mana satu darjat kita ?
Dan pesanan buat para sahabat, ikhwan dan akhwat, murabbi dan mutarabbi sekalian, mohon jangan diamalkan cara sedemikian, kerna ada orang sedar akan permainan sebegini. Silap haribulan, 'jatuh' darjat sebagai pendakwah pada pandangan mereka. Bukankah lebih indah jika kita lakukan aktiviti bersama non-usrah dengan harapan agar dapat merapatkan silaturahim selain mengingatkan dirinya akan Sang Pencipta ? Biar minat mereka sertai usrah itu jadi 'plus' buat usaha kita kerna apa yang penting adalah kualiti bukannya kuantiti.
P/s : Kata tuhan jika dunia yangn sementara ini kita idamkan, dunialah kita dapat sedang ganjaran kekal akhirat sana tergadai.
Moga niat kita senantiasa pada jalanNya, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment