Tuesday, August 5, 2014

Antara usaha manusia dengan sasaran.



السلام عليكم و رحمة الله و بركات







Luqman menggelecek tenang melepasi 4 pemain pertahanan, sekarang tinggal penjaga gol sahaja dihadapannya. Tendangan terakhir diberikan, gayanya bersahaja tetapi bola bergolek laju, padu. Adakah masuk bola tersebut ? Rokiah menyambut balingan bola daripada rakannya lantas melompat tinggi, melebihi ketinggian pihak lawan. Terasa detik berlalu perlahan sekali. Dalam menelan air liur, dia 'lepaskan' bola dalam cubaan jaringkan gol. Adakah masuk bola tersebut ? Hafiz menarik nafas dalam pada otot tangan kanannya tegang menahan tali memanah. Segala bunyi riuh diabaikan kerna segala tumpuan diberikan pada satu titik dalam bulatan kuning 200m dihadapan sana, sebelum dilepaskan anak panah tersebut. Apakah kena pada sasarannya ?


Andai kita pernah alami keadaan seperti mereka bertiga di atas, dalam beberapa detik sebelum ketahui 'keputusan' tindakan kita itu, apakah yang terlintas dalam fikiran kita ? Kepada apa atau siapa kita bergantung harap saat itu ?



"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (sampaikan lemparan tersebut kepada musuh). . " 

Surah an-anfal, ayat 17




Sesungguhnya usaha kecil atau besar dari kita sebagai manusia, Allah jua yang 'menyampaikan' usaha kita tersebut. Sama ada kepada pihak kemenangan yang dijamin ketenangan hadir dalam hati biarpun sementara ataupun kekalahan yang mendorong kepada kekecewaan yang boleh berlarutan sehingga timbul mimpi ngeri jika diimbas kembali. 


Pernah guru berpesan supaya pelajar selepas peperiksaan besar perlu berdoa sebanyak mungkin agar dipermudahkan urusan guru yang menanda kertas, agar dilembutkan hati dalam 'melayan karenah' kertas ujian kita. Kerana apa ? Kerana Allah jua yang sampaikan nilai gred yang kita perolehi. Andai kata, mood guru menanda itu tiada, boleh jadi kertas kita ditanda cincai cincai sahaja. Selayaknya A+, jadi C. Andai kata, kertas kita dikoyak-koyak anak kecil guru tersebut ataupun paling extreme van yang membawa kertas kita accident, terbakar habis kertas kita. Tidak ke haru begitu ? Lantas berdoa itu jadi medium paling utama, paling kuat buat kita orang yang beriman. 


Tidak hairan bila baginda Rasulullah SAW ada meriwayatkan; 


"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".

HR al-Hakim & al-Mustadrak



Koreksi diri sambil beringat - ingat andai tiba situasi seperti rakan - rakan kita di atas, perlu kita panjatkan doa sebanyak mungkin dalam kita bertawakal selepas berusaha sebaik mungkin. Paling penting, perlu diperbetul mindset kita semua supaya yang terlintas dalam fikiran kita antara usaha manusia dengan sasaran masing masing, cumalah satu, Allah Yang Maha Esa. KepadaNya lah kita bergantung harap juga bertawakal. Jangan dibiar rasa "aku sudah sepak sekuat mampu", "boleh masuk ni, keeper sayur", "aku dah masak sedap, marketing baik mesti ramai pelanggan malam ni", kerna perasaan ini memendekan lagi radius perasaan riak, suatu penyakit bersifat syirik kecil yang mendatangkan kermurkaan Allah andai benar sasarannya kena. Andai kata tidak, kekecewaan pula melanda, hati berasa hiba terkadang berputus asa dan harapan kepada Allah yang terang - terang melawan akan apa agama Islam ajarkan.


Nauzubillah.








P/s : Al-Qassam lancarkan roket, Allah yang sampaikan. Doa kita penting  dalam memohon kepada Allah untuk sampaikan kepada musuh-musuh Islam. Nampak kecil usaha kita, ghaib pula berdoa itu sedang sebenarnya besar kesannya, andai kita benar benar orang yang beriman. #prayforgaza



2 comments:

  1. I just want to say thanks to you, because I was in despair before and this post helps me re-evaluate some things. Jazakallahi khairan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to Allah, by HIS will, I do the typing here.

      Delete