Monday, December 15, 2014

Letih




السلام عليكم و رحمة الله و بركات




" Mak mi rasa mi letih la."

Entah macam mana boleh terpacul ayat itu dari mulut aku sendiri. Aku bukan jenis suka merisaukan orang lain, lagi lagi ibu bapa aku tetapi entah kali ini, aku jujur berbicara pada orang yang aku cintai ini. Langsung tiada berselindung. Ikutkan waktu itu aku sedang bersuka ria, bawa keluarga sekitar Banda Hilir, lihat sejarah sejarah yang pernah terjadi di bumi ini, berjumpa sanak saudara yang ada di sini. Pun begitu, aku rasa letih. Rasa penat walaupun buat benda yang aku suka, bercuti.


"“If you're not tired, you're not doing it right.”

Simple je aku rasa ayat ni, tetapi mendalam. Dah final year, dah rasa rasa tinggal satu semester sahaja lagi, lagi banyak perkara yang perlu dilakukan. Teringat kata kata Hakim, "Aku teringat kat seorang naqib, dia cakap lama lama belajar di Notts apa yang aku dah buat ? Agak agak bila kita keluar nanti, apa yang kita tinggalkan setelah 3-4 tahun belajar sini?

Gulp.

Terbeban ? Tidak. Rasa dipaksa ? Pun tidak. Bertambahnya amanah dan tanggungjawab aku kira suatu anugerah daripada Allah. Aku dah besar, semakin berusia dan mencari ruang mematangkan diri dari segenap aspek. Lantas anugerah tersebut tak sanggup aku sia-sia kan, tak pula merungut mahupun mengeluh walaupun terkadang badan sendiri menunjukkan simptom agar aku 'berhenti', atau 'rehat sebentar' dengan pelbagai ragam sakit aku hadapi. Ah, aku kira itu disebabkan faktor cuaca sejuk panas kini. Apa yang pasti aku perlu berusaha, berusaha mencari suatu legasi buat aku dimuka bumi ini. Kalau tidak, aku ada berterusan malu, hatta mati pun dalam keadaan malu. Malu pada ulama, ilmu mereka berbuah merimbun, sedikit sekali aku petik. Malu pada Baginda, beribu sunnah ditinggalkan, sedikit sekali aku beramal. Malu pada nikmat Allah beri, aku dustakan pada amal yang sia-sia tanpa memberi kesan pada orang sekeliling.

Mati nanti, apa aku nak jawab ?



Belanja kalian gambar satu.




P/s : Sedikit pesanan buat kita semua, agar kita tidak memiliki sifat munafiq dengan melanggar janji kita buat; 

Dalam hadis sohih, pada suatu ketika Baginda berjanji kepada seorang pemuda ditempat sekian, dan pada waktu sekian. Ketika itu Baginda janji ketika waktu zohor. Dan Nabi ketika itu tunggu dari waktu zohor sehingga Waktu Isya'. Maka orang yang dijanjikan itu tetap belum tiba, Pada keesokan Hari, Sama juga, dari zohor sampai Isya'.. Tetap belum tiba. Pada hari ketiga, Pun sama, Baginda tunggu pemuda itu, Ini menunjukkan, Baginda takkan langgar janjinya. Pada hari ketiga baru pemuda itu datang berjumpa Nabi.. sehingga 3 hari Nabi menunggu pemuda tersebut dan Nabi kata kepada lelaki itu, " sesungguhnya anda telah memberatkan aku " sesungguhnya Nabi tak pernah memungkiri janji bila Baginda berkata sesuatu.

-Syeikh Feras Salou Ad Dimasyqi-

No comments:

Post a Comment