السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Bahayanya diri bila terbiasa dengan dunia hiburan, kata - kata berbaur jenaka tiada makna atau manfaat serta perbuatan sekadar memuaskan nafsu orang keliling yang memerhati. 'Crappy Call', 'Panggilan Hangit' atau rancangan 'Just For Laugh' yang keudara dari zaman aku bersekolah rendah sehinggalah sekarang ini, masih ada. Masih ditonton ramai, masih mendapat sambutan. Tahukah gelak ketawa terhasil dari jenaka itu menggelapkan hati kita sendiri ?
Dari Abu Hurairah dalam sebuah HR Tarmizi;
Para sahabat bertanya,
“Wahai Rasulullah, adakah kamu suka bergurau dengan kami?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Ya, kecuali gurauan aku hanya hal yang benar sahaja.”
Persoalan disini, perkataan 'adakah' yang diajukan oleh sahabat. Ini bermakna sahabat sendiri jarang melihat baginda bergurau dengan para sahabat. Keduanya, 'hal yang benar sahaja' yang diucapkan oleh baginda. Ingatkah kita akan kisah Zahir yang dipeluk dari belakang oleh baginda Rasulullah SAW ? Zahir adalah seorang pemuda yang menjadi salah seorang sahabat baginda. Dia berasal daripada orang Arab Badwi yang kaumnya dikenali dengan bersikap. Zahir RA sikapnya suka memberi hadiah. Setiap kali dia selesai berurus niaga, dia pasti datang bertemu dengan Rasulullah, dia akan memberikan hadiah kepada Rasulullah sehingga baginda jatuh cinta dengan sikapnya sebegitu rupa. Dijadikan cerita, pada suatu hari Zahir RA sedang berurusan dengan perniagaannya tiba tiba dia dipeluk dari belakang. "Siapa yang memeluk aku ? Lepaskan aku!", sudah tentu reaksinya meronta ronta minta dilepaskan. Difikir kembali, tiada manusia lain sekuat baginda dan cengkaman/pelukan baginda itu tak mampu direnggangkan oleh si Zahir. Dia sedar bahawa yang memeluk dari belakang tubuhnya adalah Rasulullah SAW, dia mengambil kesempatan atau barakah dengan menyandarkan belakangnya pada dada Rasulullah SAW. Baginda terus berkata;
"Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?"
Bunyinya seperti menghina bila disebut hamba sahaya tetapi sebenarnya baginda menggunakan perkataan tauriah; iaitu perkataan yang mempunyai dua makna. Hamba sahaya jika dikenakan pada masyarakat zaman tersebut adalah bersamaan dengan hamba yang boleh dijual beli. Pendekatan tauriah disini bermaksud hamba Allah SWT. Bukankah kita semua hamba kepada Allah SWT ? Lihat bertapa indahnya baginda bergurau disini. Si Zahir RA tersalah anggap dengan berkata;
"Ya Rasulullah, siapakah yang mahukan aku ?
Kamu akan rugi bila kamu jual aku kerana aku murah."
Dikatakan rupa Zahir RA adalah sederhana yang mana jika dijual pasti pulangannya sedikit. Lalu apa yang dibalas baginda ?
"Kamu di sisi Allah adalah tinggi."
Adakah kita bergurau dengan rakan rakan sebegini rupa ? Ada juga yang memanggil rakan - rakan dengan panggilan yang buruk, yang asalnya memang si dipanggil itu amat tidak suka akan panggilan yang dikenakan kepadanya. Namun disebabkan orang lain pun berbuat begitu, terpaksa pula dia 'redha'. Tertulis dalam kalam al-Quran;
Bergurau pun ada adabnya.
Muhasabah diri & lihat apa yang terjadi pada zaman sekarang? Ada antara kita yang suka bergurau tetapi gurauannya berbaur kata kata sinis, kata kata yang menyakitkan hati sesuatu pihak dan ada juga yang sanggup menipu, berdusta, atau mereka-reka cerita agar dijadikan bahan jenaka. Untuk apa? Menambat hati manusia? Kenapa pilih menipu agar orang lain gembira? Hinakah rakan rakan kita bila perlu di approach, tawan hati rakan dengan jenaka yang direka cipta asasnya dusta? Sesuatu perkara tidak akan timbul atau tercipta bila tiada manusia mahukannya. Sebagai contoh, syarikat Kodak langsung bankrupt bila zaman kamera manual bertukar kepada zaman digital. Yang tinggal adalah syarikat yang memenuhi permintaan arus manusia, seperti Nikon atau Fujifilm. Dan ternyata lambakan rancangan jenaka di kaca TV mahupun di corong radio terhasil atas kehendak nafsu masyarakat kita. Sedarkah kalian, rancangan seperti ini baru sahaja 'bloom' di Malaysia ? Kalau dahulu sekadar di TV dengan rancangan Senario, sekarang aktiviti tempatan mahupun luar negara gah mempamerkan jenaka tidak berasas pada landasan syariat. Apa nenek moyang kita lebih terdidikah berbanding kita sedang mereka bertani dan kita claim kita engineer atau doktor berjaya dengan segulung ijazah ?
Jelas kita sudah tersimpang jauh dari ajaran baginda. Sunnah sebegini hampir tenggelam dek arus zaman. Baginda bergurau dengan kata kata yang menjaga hati semua pihak, tiada pendustaan malah mengajak pendengar, kembali mengingati Allah.
Apatah lagi, bercita cita untuk menjadi pelawak.
Nauzubillah.
Beringatlah sebelum bergurau atau kita akan menyesal selepas kita bergurau.
P/s : ". . kalau kamu tahu akan apa yang aku tahu, nescaya kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis."
Tafsiran abu Hurairah dan kisah si Zahir diambil dari kelas Ustaz Ali Zaenal pada bulan Disember 2014 bertempat di Masjid Saujana Impian, Kajang.
No comments:
Post a Comment