السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Ok, ini pertama kali dengar kisah ini.
Dalam perjalanan Nabi Musa ke Baitulmaqdis, turunnya satu malaikat menyerupai manusia. Malaikat tersebut berkata;
"Ya Musa, sambutlah panggilan Allah."
Maksudnya disini, pulang menghadap Allah dengan mati tika itu.
Apa respons Nabi Musa AS ?
Baginda menampar malaikat tersebut sehingga tersembul mata malaikat, menurut hadis sohih Bukhari.
tiada kena mengena dengan nabi musa dan malaikat yang sedang aku sebut ni.
Apa respons malaikat akan respons Nabi Musa ?
Malaikat menghadap Allah dan berkata ;
"Ya Allah, tahukah engkau siapa yang tidak mahu mati?"
Ayat disini seakan mengadu kepada Allah atas apa yang terjadi. Allah suruh malaikat tersebut kembali berjumpa dengan Nabi Musa;
"Katakan lah kepadanya, letakkan tangan di atas bahagian lembu. Umurnya akan dipanjangkan, mengikut helaian bulu berteduh bawah tangannya"
Dan malaikat kembali berjumpa dengan Nabi Musa lalu menyampaikan pesanan dari arasy. Nabi Musa membalas (kepada malaikat tersebut);
"Setelah itu?"
"Pulanglah",
bermaksud teruskan kehidupan sampai suatu masa, sampai umurnya yang telah ditambah mengikut apa yang Allah beri itu, Nabi Musa meninggal juga, seperti manusia biasa.
"Kalau begitu, cabutlah (nyawa) sekarang juga".
Banyak sangat pengajaran yang boleh dipetik sini. Baik dari segi tafsiran sendiri ataupun pendapat ulama. Cuma yang pasti Nabi Musa ni garang kan ? :p Teringat Nabi Musa pernah berlari ke Palestin disebabkan beliau menumbuk mati seorang pemuda di Mesir.
P/s : Nak lagi rasa candu belajar ilmu ?
Sini;
No comments:
Post a Comment