Monday, January 26, 2015

Sedetik fakir





السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Aku suka baca sejarah dan salah satu kisah yang aku suka adalah waktu Nabi Musa AS melarikan diri ke Palestin kerana takut ancaman orang Mesir. Saat beliau sehelai sepinggang, tiada harta dibawa bersama, diri pula kepenatan jauh merantau, baginda mencari tempat berteduh di sebuah pokok lalu baginda berdoa (28:24), 


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”.


Pernah tak tiba suatu saat, ada wang ringgit tapi tak mampu beli kesihatan ? Tubuh badan sihat, tetapi lemah nak hadapi ujian peperiksaan ? Kawan ramai tetapi waktu susah tiada siapa bantu ? Mengertilah detik tersebut adalah detik kita ‘fakir’ walau hakikatnya segala benda kita ada. Saat itu kita berharap sangat pertolongan Allah biarpun sedikit buat merawat hati yang pedih!



No comments:

Post a Comment