Sunday, February 8, 2015

Langit



السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Diceritakan sebuah riwayat oleh Habib Ali Zaenal Abidin dalam salah sebuah kuliah tafsir Surah Al-Imran ayat 191-195, pada zaman Musa dahulu Allah berikan nikmat buat sesiapa yang dimuliakanNya. Salah satu tandanya adalah, bilamana orang tersebut berjalan, akan ada awan berarak mengikutinya. 

Bagaimana mahu mencapai darjat tersebut ?

Seseorang itu perlu beribadat kepada Allah sepanjang masa, setiap saat selama 30 tahun berturut - turut. Jika seseorang itu terbukti warak selama tempoh tersebut, Allah janjikan akan ada awan melindungi panasnya terik mentari daripada terkena orang tersebut. Jika orang sekeliling melihat keadaan itu, ketahuilah mereka akan kewarakan orang tersebut. Dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ini pun beribadat lama kepada Allah. Sehingga bila mencapai tempoh tersebut, dia berasa hairan. Hairan kerana tiada tanda tanda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jenaka Habib akan hal ini, orang dahulu pelik bila tak nampak benda keramat walhala orang kita pula pelik jika ternampak benda keramat. Lantas si hamba ini bertanya pada ibunya, seorang solehah. 

Ibunya bertanya, 



"Apakah kamu ada meninggalkan 
apa-apa ibadah selama tempoh tersebut?".



Pusing si anak tersebut berfikir, satu per satu, terus tiada jawapan. 
Ibunya bertanya lagi, 



"Apakah waktu kamu bangun tahajjud, 
kamu lupa melihat langit?"


Tersentak dengan soalan ibunya, lalu dia mendapati ada suatu malam dia terlupa melihat langit usai sahaja bangun qiam. Dan kerana terlupanya satu saat tersebut, dia terlepas daripada kenikmatan yang Allah telah janjikan. Kerana kisah ini, para ulama berpendapat melihat langit, merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan (lupa hukum dia apa, sunat kot) apabila seseorang itu bangun malam berbuat qiam.




Doa melihat langit; 

"Wahai Tuhanku, 
tiadalah engkau jadikan ini dengan percuma (sia-sia). 
Aku akui kesucianMu, maka lindungi daku dari azab neraka."


P/s: Biar beramal dengan ilmu, moga Allah naikkan darjat kita satu per satu.

No comments:

Post a Comment