السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Breakfast.
Dalam kamus hidup aku, breakfast is a must. Kalau tiada apa apa yang boleh dibuat masak di dapur, terkadang dicelah celah kedinginan subuh lagi aku dah gagah cari sarapan pagi. Tempat yang jadi pilihan aku, jauh dari hiruk pikuk pusat bandar yang kebiasaannya bising dengan bunyi kereta pekerja yang terkejar kejar ke kantor. Tidak kurang juga anak anak yang kemas berpakaian ke sekolah. Maaf , tapi itu eyesore buat aku . Bagi aku sarapan pagi adalah nikmat sedang waktu pagi itu sendiri adalah waktu emas. Sudah tentu aku tidak mahu waktu waktu sebegitu dengan telinga aku menyambut pelbagai bunyi awal hari, mata melihat pelbagai ragam. Biarlah aku cari tempat tersorok sedikit, baru rare! Asalkan yang tiba cari isi perut bermuka tenang bersahaja, murah senyum juga.
Makanan kegemaran ? Mee goreng beserta telur mata ! Dapat teh O' panas atau teh tarik, peh pakej lengkap ! Dapat nasi dagang dengan ikan keli goreng sedap juga. Orang yang paling rapat denganku tahu kegemaranku ini . Bilamana aku mamai atau aku sibuk menulis itu ini biarpun di atas meja makan, pasti ibu aku yang jadi mulut kepada waiter *rindu pulak kat mak*
Kecil gerai ni tapi tenang dia besar alam.
Cuma ada satu lagi makanan yang aku gemar awal pagi. Sarapan pagi memang tidak lengkaplah kalau tiada makanan ni. Kalau western punya cara , lepas main course mesti ada dessert. Kalau melayu mesti dengan kuihnya. Kalau sarapan pagi D-SIM ? Sarapan pagi yang aku nantikan adalah sejenis buah. Buah yang jarang jarang dijumpai kerana sedikit sekali manusia yang mencari. Rare tak rare, siapa punyai buah ini orang lain pun suka. Sarapan pagi yang paling aku tak sabar adalah buah fikiran. Pendapat , pandangan , pengetahuan . Apa apa yang berkait dengan ilmu, aku suka ambil tahu di meja kopi di pagi hari. Kenapa ? Ketenangan yang ada waktu pagi. Tak sama bila bersembang bertukar pendapat waktu lain, kerana bukan ketenangan yang ada tetapi ketegangan yang ambil alih. Dengan panasnya hari, letih satu badan lepas penat bekerja atau saat saat otak lemah untuk berfikir waktu malam hari. Jadi waktu pagi aku suka sekali dengan pendapat atau pandangan orang lain. Ibarat menghirup teh O' panas, ilmu yang diceduk dengan berlapang dada. Sukar dapat nikmat seperti itu pada waktu lain, bila faktor luar jadi penghalang dada sempit untuk terima pandangan orang lain.
Sama macam pagi tadi. Oh well, aku sedang bersedih sebenarnya . A few things keep bugging my head macam lalat harung keliling kepala tiap masa . Tidak ke haru ? Jadi sambil m ak an, aku bert anya bermacam ha l sambil diri berkias *taknak dia tahu aku yang t engah hadapi situasi masalah yang a k u cerita kan lol* Satu s atu aku dengar kata katanya, a da ma sa tersentap juga. Bila aku drive kereta pun, aku bawa perlahan kerana aku benar benar perlukan nasihat. Begitulah hati aku, saat diri dahagakan nasihat, sesiapa sahaja aku cari untuk berikan aku 'sarapan pagi'. Aku kira, bukan roti canai diambil sebagai sarapan pagi yang menggemukkan rakyat Malaysia. Bukan juga teh tarik atau nasi lemak yang menjadi punca rakyat Malaysia menduduki tangga ke-8 dalam dunia sebagai terlebih makan dan berat, obesiti. Yang menjadi punca rakyat kita gemuk, kerana tiada unsur nasihat atau pertukaran ilmu dan pendapat di meja makan dalam sarapan pagi. Andai diri cukup makan dengan nasihat serta ilmu sejak pagi hari, kita pasti tahu situasi teh tarik, nasi lemak dan roti canai sememangnya diciptakan 'berlemak'. Bukannya kita ambil 'lemak' dengan berlepas diri dari berfikir, sehingga berat badan yang terhasil menjadi bukti terzahir kita rakyat malas berusaha dek malas berfikir.
Jadi bukti juga, tiada makanan rohani dalam sarapan pagi. Itu lebih merugikan .
No comments:
Post a Comment