Monday, June 15, 2015

Sedih

Sedih.

Sedih dengar cerita mak dengan kerja gurunya yang semakin lama semakin banyak kerja. Sedih asal menteri baharu ambil jawatan Menteri Pendidikan, mesti ada pelan baharu atas nama menteri itu 10 kali tukar menteri 10 kalilah rombakan sistem pendidikan. 
Sedih dengar cerita ayah kerja berhempas pulas, orang lain goyang kaki dapat nama, nak inaya balik tak kena dengan didikan agama. 
Sedih bos ayah beria sembang agama depan ahli pekerja, tetapi buat meeting hampir habis waktu solat. 
Sedih dengar cerita rakan, kena terima duit suap di pelabuhan hasil jual minyak haram kalau nak secure kerja di situ.
Sedih dengar cerita rakan parent, duit bawah meja berleluasa di pintu sempadan sana, aku tak hairan terjadi kes Wang Kelian.
Sedih dengar orang kampung merungut harga barang dan bil naik disebabkan GST dah naik 6%, teh o' panas jadi RM 1.10 bukannya RM1.06 tahu? 
Sedih dengar cerita pakcik makcik tua tua yang ingin pergi haji, dek syubhah tinggi sangat, keluarkan duit dari Tabung Haji berkenaan 1MDB. 
Sedih dengar cerita PASMA yang 180 darjah kiblatnya berbeza daripada PAS, lagi sedih bila media & BN & DAP bersuka ria atas ini. 
Sedih bila pemimpin politik beragama Buddha itu berani permainkan sentimen Islam, lupa gamaknya kita hormati sesama sendiri. 
Sedih lalu kawasan PLKN sekarang dah macam kawasan berhantu, van dan bas PLKN dilelong murah pula. 
Sedih harga tol naik mencanak 30% bila rasa baharu je lagi dapat turunkan harga 50sen.
Sedih harga minyak masih murah dek tekanan US kepada Rusia, harga minyak Malaysia masih naik juga. 
Sedih menteri menteri keluarkan kenyataan yang tidak setimpal dengan intelek sesuai dengan imej, pangkat serta keputusan first classnya dahulu. Sedih ringgit Malaysia jatuh ada juga kelompok yang pertahankan itu. 
Sedih Malaysia pilih hiburan, mudah terima artis kacak atau jelita sehingga terikut ikut nilai buruk mereka bawa. 
Sedih kot bila ada rakan yang tak boleh kalau sehari tak dengar lagu, kalau tak dapat dengar lagu, dia sendiri jadi 'radio' pula. 
Sedih kot tengok anak buah dok menghadap devices, pilih bercerita benda yang tidak mencambah minda mereka selain benda yang tidak bermanfaat. 
Sedih teguran dibuat pada ahli sukan ditolak mentah dikata kita ortodok. 
Sedih mereka tak sedar berada di jalan fitnah, dimaki marah pula orang yang ingin sedarkan.
Sedih "ulama dipersenda, juhala dipersada" (ayat Aizat). 
Sedih orang ugama ditomah dengan orang ilmu sejengkal syiah itu ini tareqat itu ini wahabi itu ini dan orang percaya pula! 
Sedih baru khatam kitab kuning, dah pandai persoal orang yang berkitab 4 mazhab.



Tenat
Ini baru agenda dalam negara, agenda dari luar negara pula ?




Aku sedih, tapi aku diamkan sahaja. Berdiam diri tidak bermaksud tidak mahu mengambil tahu. Aku tiada pengaruh, tiada kuasa juga. Selagi belum mampu gegarkan dunia, aku hanya mampu berdiam diri pilih mana yang baik, tolak mana yang buruk. Tugas aku bukan menghukum, tiada kuasa kan ?



Kau tahu dunia ni celaka tang mana? Fikirlah apa juga bentuk perbuatan, pasti ada pros and cons. Tak sempurna, tak lengkap. Bila buat benda baik pulak, benda jahat akan mengatasinya dan perkara ini sudah terbiasa seakan akan dah jadi norma kehidupan. Dari kecik diajar tentang just oleh orang orang yang unjust. Dah tu bila pulak nak merasa nikmat sekali buat benda baik, berkekalan tanpa ancaman ? Sebab itulah ulama ibaratkan dunia ini penjara, semuanya tipu belaka beragenda!



Berterima kasihlah kepada orang orang yang beridea & berusaha jahat, mereka buatkan kita berpijak atas dunia realiti dan sedar dunia ini penjara, tak tahu nak lari mana melainkan hadapi jua. Idea menyebarkan apa yang berlaku itu betul, cuma apa yang kurang bila amarah itu tidak diterjemahkan dalam usaha memperbaiki sistem sedia ada. Setakat keyboard warrior, merungut sesama sendiri, kutuk nama itu ini dapat apa ? Ini sangat bertentangan dengan konsep Qowiy. Persiapkanlah diri dengan ilmu, sekurang kurangnya bila fitnah tiba, kita tahu mana baik mana buruk. Jaga hubungan dengan manusia, sekurang kurangnya bila fitnah tiba, orang orang yang kita sayangi dapat kita tarik dengan mudah agar mereka pun terselamat daripada fitnah juga. 


Ingatlah baginda pernah bersabda; 


"Jika dua orang Islam mengangkat dua pedang, bertemu dengan pedang diantara kedua orang Islam, yang membunuh dan dibunuh dineraka tempatnya."




P/s : Just my 20cent. Tak suka dengan cara aku, boleh keluar Malaysia #eh

2 comments:

  1. Kalaulah kesedihan kita ni orang atasan boleh baca dan rasa sama. Hm.

    Takpa, sekecil-kecil pengaruh ialah dengan membentuk diri kita sendiri. Kemudian dengan tu insyaAllah boleh dibentuk keluarga. Kemudian merebak ke masyarakat, dan negara. Kan? (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diri sendiri, keluarga, masyarakat ? Erm ni sembang maratib amal ni.

      Ermm bunyi macam ada orang nak kawen je ni emmmm

      Delete