Sunday, January 31, 2016

2016

السلام عليكم و رحمة الله و بركات




"..these times are hard
they're making us crazy
don't give up on me baby......"




We are almost one month entering a new year of 2016 and things around me keep jiggling up and down. Entahlah, tak tahu nak cakap macam mana atau mula dari mana. Terlalu banyak perkara bermain dalam minda, terlalu banyak juga benda menimpa. Terlalu banyak fikir mungkin, sampai hampir setiap kali jumpa rakan yang jarang jumpa, terutamanya rakan perempuan, "Eh, rambut kau makin banyak uban. Stress eh?", sambil dengan selamba jarinya main selak selak rambut aku -.-' Aku percaya ini cuma rasa sukar mulanya fasa baharu kehidupan. Cuma kali ini lebih banyak makan hati berulam jantung, kena katang kena tabah lebih kerna dulu cuma hidup sebagai seorang pelajar, bangun tidurku cuma untuk menelaah pelajaran sedang sekarang pelbagai tanggungjawab & amanah aku mula kenal juga genggam satu demi satu. Terkadang lepas, terkadang senang. Mungkin ini sebenarnya yang dimaksudkan dunia realti dipesan awal awal sejak sebelum keluar zaman uni dahulu ? Kusangkakan dunia realiti cuma dunia pekerjaan semata mata, cari sebuah pekerjaan yang engkau selesa, maka engkau akan bahagia sampai bila-bila. Sangkaanku meleset, sejak dari awal mula melangkah alam pekerjaan. Kalau hidupku dibahagi kepada dua, separuh hari untuk kerja, separuh hari untuk masa sendiri sendiri, mungkin mudah bunyinya. Iyalah, jika stress separuh hari untuk kerja, melayan karenah birokrasi serta ragam satu per satu, paling kurang engkau stress cuma separuh hari. Lagi separuh hari, engkau selesa dirumah, bebaskan fikiran dari tekanan tempat kerja. Persoalannya sekarang, jika kedua - dua situasi menghimpit kepala engkau ? Datang tempat kerja stress, keluar tempat kerja pun stress? Terkadang dada terasa sempit yang amat, rasa putus asa pernah jua. Teringat perbualan di Balifell Café. Saat itu muka pun keruh, hati dah macam stonecold;


"Kau okay ke?"

"Hmm terkadang rasa nak bunuh..."

"Bunuh? Kau nak bunuh siapa?!"

"Bunuh diri sendiri, biar tiada penglibatan aku langsung dari society. Tamat cerita."

"Main main pulak dia nih."


Ah, biarkan sahaja.

Aku dah letih berkongsi cerita pada orang, bila jawapan dipenghujung cerita cuma "tabahnya engkau" "kesiannya weh" sedang aku masih terperangkap dalam cerita yang sama, statik, mendatar, plot hidup tidak berubah. Semalam usai perlawanan futsal UEM vs Airport di Titan Kota Damansara, dalam girang, hati langsung terusik kembali bila rakan menegur, "Eh, kau busy kan? Sekarang macam mana?". Aku tak marah padanya walau soalan tersebut buatkan kepala aku rungsing kembali kerna aku menganggap itu tanda orang orang sekeliling aku perihatin terhadap diri ini cuma aku sendiri terdiam bila tiada solusi melainkan hati perlahan lahan belajar terima seadanya. Tertanya - tanya juga, apa hikmah besar menanti disebalik setiap ujian berat ini ? Kerna aku teringat sebuah doa indah Rasulullah ajarkan kepada Ummu Salamah;


الَّهُمَّ أَجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini 
dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.


Apa ujian Ummu Salamah tika itu ? 

Terpisah jauh dengan suaminya kerna suaminya ikut kabilah lain sehinggakan Ummu Salamah serta anaknya terpaksa menapak jauh beratus kilometer mencari suaminya. Lebih berat bila tiba di Madinah, diketahui pula suaminya meninggal. Menjadi ujian adat pula ke atas dirinya bila bila dia perlu meluahkan/menunjukkan/ekspresikan diri akan rasa sedih tersebut tanda benar benar sedih supaya masyarakat jahilliyah juga memperakui dirinya benar benar sedih kehilangan suaminya sehingga dihalang oleh baginda, lalu diajarkan doa tersebut kepadanya. 

Apa ganjaran menanti disebalik ujian tersebut ?

Rasulullah mengutuskan sahabatnya menjadi orang tengah pinangan baginda dengan Ummu Salamah. Biar awalnya ditolak oleh Ummu Salamah atas alasan 1-Dirinya sudah tua 2-Sudah punyai anak 3-Kuat cemburunya, lalu dijawab baginda bahawa 1-baginda pun sudah tua juga (fifty something if I'm not mistaken) 2-punyai anak ramai juga boleh uruskan 3-akan baginda pinta kepada Allah supaya dihilangkan rasa kuat cemburunya itu.

Allah Allah, apakah nikmat paling besar selepas dapat melihat wajah Allah disyurga nanti melainkan dapat menjalinkan silaturahim, menjadi darah daging baginda Rasulullah di atas muka Bumi ini ? Begitu juga perihal doa Nabi Musa;


رَبِّ إِنّى‏ لِما أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقيرٌ

Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan 
sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku



Saat penat, letih melarikan diri jauh daripada ancaman kaumnya sedangkan diri sehelai sepinggang, tiada makanan pula, Allah ganjarkan bertemu seorang nabi buat membimbing juga isteri di sisi. Pernah dengar kisah Saidatina Fatimah ? Saat beliau merajuk akan Saidina Ali mahukan seorang pembantu rumah buat mengurus rumahtangganya, beliau terus mendapatkan ayahnya Rasulullah SAW. Dipinta Rasulullah, akan seorang pembantu untuk permudahkan urusannya akan tetapi baginda memberikan sesuatu yang lebih baik daripada itu iaitu menyebut Subahanallah x33, Alhamdulillah x33 serta Allahuakbar x34. Berlari beliau kembali kepada suaminya Saidina Ali;

"Tahukah engkau tadi aku pergi berjumpa dengan Rasulullah ingin mendapatkan dunia, 
dan aku kini pulang membawa akhirat?"


Kejap

Kenapa bercerita kisah suami isteri, atau kisah yang berakhir menjadi suami isteri ? -.-' Biarlah, asal isi utama, ibrah tersebut dapatku jadikan pedoman. Kalau rasa penat, kepala langsung teringat kisah si Saidatina Fatimah. Saat dada terasa sempit, kupanjatkan kembali doa Nabi Musa sebentar tadi, atau kepala pusing bibir cepat membaca sepotong doa dari Surah Al-Waqiah ayat 19. Biarlah cerita itu aku kaitkan, perbuat semangat kerna aku tahu, harapkan manusia, tiada siapa benar benar dapat membantu melainkan bahu buat bersandar bersahaja. Kejarkan dunia buat diri terus terlena, jika diberi 1000 tahun pun belum tentu nafsu puas semuanya.

  Keinginanmu terhadap kekalnya sesuatu selain Allah menjadi bukti bahwa kau belum bertemu dengan-Nya. Kerisauanmu akibat kehilangan sesuatu selain Allah adalah bukti bahwa kau belum sampai kepada-Nya.
— Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam


This quote hit me real hard.





Kata orang, let time heals everything. So, I choose to own the time over the content.


Kalau krisis ekonomi terkini, CIMB hujung tahun lepas memilih untuk trenching penjawatnya, dikatakan Maybank akan menyusul juga. Bajet RM 50 billion Petronas pun dipotong demi menyelamatkan operasi dalam masa 4 tahun dek kos operasi kini lebih mahal berbanding tong tong minyak yang dijual. Belanjawan Malaysia 2016 pun dah revised. TPPA pula ? Ekonomi Amerika dah matured berbanding kita, kalau ada pun, mampu ke melawan capability syarikat mereka rata-rata  revenue berpuluh beratus billion ? Pesan CEO UEM Edgenta kelmarin, "We're being flexible as much as we can. If we lost LRT3 project (worth RM10b), we'll find other businesses. Tak gunalah terus muram sedih macam orang putus cinta gitu je." 

Apa yang cuba aku sampaikan, memang susah nak survive dalam keadaan diri terhimpit. Kalau syarikat kena trench few things, dengan pelbagai perkara yang perlu aku hadapi, aku pun kena let loose few things, eg comfort zone. Biarlah rasa gembira itu hadir dengan menambah ilmu serta pengalaman sedikit demi sedikit atau massive biarpun perit sekalipun dari biarkan diri tertipu dengan bergembira atas ilmu yang sedikit. 


Hmm entah bila pula ada masa untuk up date semula pelan kehidupan huhu.
Moga dipermudahkan urusan, moga dimurahkan rezeki.

1 comment:

  1. mungkin hikmahnya Allah rindu pada hambaNya yg satu ini...mungkin orang lain x mampu jadi pendengar, penyelesai masalah, tapi Allah kan ada!

    "Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."[13:28]

    chaiyokk!! ingat Allah selalu!

    ReplyDelete