Hari nie, mum decide utk solat kt Masjid Kg.Pengkalan Pegoh. Kire kawasan jiran bagi RPT Pengkalan Pegoh Seberang laaa, dekat pun... Masing2 menyibukkan diri utk solat tarawih kat sana, aku lak pakai baju Adidas ciplak, 2nd Class,kate Syazwan a.k.a buncit,hahaa.. Well,baru dapat petang tadi.. Mak kasik, dan2 plak muat2.. Pakai jela, lagipun bju Chelsea ori aku da 5 bulan kat uma mak long bersame phone L7i baru aku :( Macam biase, abang tak nak ikot, prefer naek beskal ke Surau Taman Pinji Mewah, dalam 5 minit mengayuh, sampai laaa gamaknya. Die tu pelik sikit, ajak berjalan bersame tak nak, lagi2 yang bukan walking distance -.-
***************************************************
Eik! Agak ramai hari nie, hampir penuh bahagian utama masjid nih. Ikotkan past year, tak kan nye jadi macam nie walaupun da masuk solat trawih ke-5, musykil! Papepun, seronok jugak laa macam nie, seolah-olah warm welcome akan kehadiran pertama aku untuk solat trawih kat sana dalam tahun nih, 1st pb bulan Ramadhan nih! :D Tapi,kali nih takat 8 rakaat jea trawih + 3 rakaat witir = minimun standard. Aku tak larat weyh, esok da nak balik pun and ayah aku lak baru balik dari outstation,' alasan combo' laa kirenye ( jahat plak =p ) Tapi,nie bukan main point aku taip blog tengah2 malam nih.. Actually, aku mungkin da jumpe jawapan yang aku carik selama nih, setelah mendegarkan cerita mak aku bersembang dengan ustaz.Azri - kawan sekerja- semasa ontheway ke Medan Gopeng,nak beli tiket. Mak aku ade tanya kat ustaz..
Kenapa saya rase tak puas bile sudah lakukan ibadah? apakah nikmat 'kemanisan iman' sudah ditarik illahi? Sambung mak... Ustaz Azri ade cakap balik : Sebenarnya kak, kak kena buat lagi, tambah lagi ibadat tue.. Kite acapkali lakukan ibadat yang sama, mala-kelamaan berputik rasa bosan dalam hati.. Lantaran itu, apa yang kita lakukan sudah menjadi kebiasaan dan kita ambil sikap acuh-tak-acuh dengan apa yang kita kerjakan. Oleh sebab itu, kita perlu menambahkan ibadat kita supaya kita 'jumpa' benda baharu dalam kehidupan kita, jumpa benda yang perlu kita jadikan kebiasaan dalam kehidupan seharian kita. Dengan jumpa benda baharu dalam setiap hari yang kita tempuhi, insyaAllah perasaan itu dapat dikikis sedikit demi sedikit dan dapat menggantikan dengan perasaan suka dan sayang pada ibadah,pada tuhan, Allah yang esa.. insyaAllah.
Mendengarkan cerita mak itu, hatiku melonjak kegembiraan, sudah jumpa perkara yang membelengu aku selama ini! Selama nih, aku berasa sedih.. Setiap kali aku sentuh Quran, aku tak rasa ape2, tak sama dengan perasaan tenang yang selalu aku senang walaupun dengan hanya menyentuh kulit Quran. Apatah lagi, membacakan puisi2 Quran melibatkan beratus-ratus ayat menegur manusia, air mata aku dah tak pernah tumpah seperti dahulu! Astaghfirullahalazim.. Hati senantiasa tak tenang, solat pun begitu. Mungkin, aku menganggap semua perintah fardhu ain tuhan sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan aku, sehingga mengikis perasaan tawadduk padaNya. So,aku kena berubah..walaupun terpaksa inner revolution lagi,walaupun seratus kali.. Dan, aku pernah terbaca.. Niat tak ikhlas, tapi berusaha kepadaNya, insyaAllah akan dipertimbangkan.. InsyaAllah..
rindu nak tarawih imam lelaki T___T
ReplyDeletekeikhlasan tu ALLAH yg nilai..istiqamah yg pnting~
ReplyDeleteowh,xpe..cuti semnggu tido kt masjid pun bley...
ReplyDeleteerm, btol gak tuh~