Thursday, February 2, 2017

Sesat dan hantu




السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Yeah, aku sendiri tak sangka aku boleh sesat tempoh hari. Tapi bukanlah sesat seberat kes budak yang hilang di Bukit Broga tempoh hari. Malunya bila sesat di Bukit Gasing, Petaling Jaya haha Panjat bukit seorang diri, pilih untuk berlari dan terus berlari mengikut trailing yang sedia aku tanpa berfikir panjang ke mana aku menuju sehinggakan satu tahap, aku rasa bersendirian. Jalannya pula tiada tanda menunjukkan itu trail utama, erti kata lain, jarang manusia melalui jalan yang sedang aku tempuhi. Cuak?

Adalah juga, sebab paginya tadi ada baca bagaimana si budak yang hilang itu. Katanya, ada orang mengajaknya pergi ke suatu tempat sehinggakan di terbawa bawa ke alam bunian. Dikisahkan pula dia diajak berkahwin dengan wanita bunian sana. Benarkah alam tersebut? Boleh baca di penulisan mufti kesayangan kita di link ini (LINK). Lawak juga, tapi yang membuatkan aku sedikit risau, bila teringatkan lawak ghost drone prank oleh orang Mexico, viral di mukabuku (LINK). Mau kepala aku tak pusing kiri kanan depan belakang bila hadir perasaan macam tu haha Hailah D-SIM, orang ajak teman, gagah hike seorang diri.



Tapi, persoalan utama, perlukah aku berasa takut? 


Kecil dahulu, aku selalu dimomok akan cerita cerita hantu. Pelbagai kisah diceritakan dalam majalah Mastika, sehingga terbawa - bawa ke meja sekolah. Pergi ke bilik air pun takut kesudahnya, nak buang air besar pun takut terbayang bayang ada tangan berulat keluar dari lubang tandas! Ada pula menceritakan pengalaman sendiri, ada juga sempat berjenaka dengan filem hantu lawak macam dalam filem Momok. Masih ingat filem Pontianak Harum Sundal Malam? Tak tidur malam aku dibuatnya, sehinggakan kalau melihat ke bawah pun takut dek terbayang satu babab kepala hantu sahaja di atas tanah. Sedihnya dewasa kini terfikir, kenapa aku harus belajar 'tauhid' kepada hantu terlebih dahulu sebelum Allah? Atau sebenarnya budaya kita mengajarkan anak anak akan 'tauhid' kepada hantu? Masih ingat lagi waktu aku berjalan di negeri JDT, ada orang tua - tua sengaja memasangkan filem hantu, supaya anak anak segera mencapai selimut dan menyorok disebalik bantal, sebagai satu idea agar anak segera tidur. Cerita famous kita selalu dengar, para ibu bapa atau orang tua - tua menjerit dari jendela pada waktu menjelang maghrib, menyuruh anak mereka segera pulang atau bakal diganggu hantu. 



Aku kira ini salah satu pendidikan melalui pembohongan sedangkan cerita sebenar perlu disampaikan seusai hadis yang dikisah kan. Benar ada perkara yang kita amalkan atau momokan ada yang terkait, cuma cara penyampaiannya kita ragui. Matlamat tak pernah menghalalkan cara kan? Masakan larangan tersebut termaktub pada anak anak, dewasa pula bagaimana? Mungkin tahap kecelikan anak anak jadi penyebab ringkasnya teguran, namun tidak sama sekali membenarkan pembohongan. Ah, sistem pendidikan sebegini nampak berhasil dengan keputusan segera, tetapi dalam masa yang sama menyuburkan perihal yang terselindung. Mengajar anak juga untuk turut berbohong, menyelindungi kebenaran dengan kebatilan, menuruti pesanan yang sama tanpa semakan. Apa yang kita takuti, perasaan si anak apabila mengetahui kebenaran, apakah perasaan si anak pada si ibu bapa yang sekian lama mereka percayai, rupa rupanya menyampaikan kisah palsu kepada si anak? Kembali kepada pokok asal, kita takut akan pemahaman terhadap 'tauhid' hantu itu subur, mengalahkan pengenalan kepada Allah. Cubalah tanya pada anak kecil kini, berapa jenis hantu dia kenal, baik hantu local malah hantu Hollywood, jika dibandingkan dengan sifat sifat tuhan? Kalau anak anak percaya, hantu boleh berbuat apa sahaja seperti dikisahkan dalam filem, masakan si tua - tua percaya, bahkan bergantung harap pada perkara tahyul seperti benda keramat. Dua dua pemikiran sejenis, bezanya satu menjauhi/takut perkara tahyul, satu lagi mempergunakan perkara tahyul. Tahun 2017 sudah, masih ada lagi sejenis menyebarkan fitnah melalui santau, di tiang tiang kedai dengan botol berkain pelbagai warna, mat mat motor dengan tangkal benangnya pula. 

Ah aku sedih bila memikirkan perkara sebegini ada dalam pemikiran masyarakat kita. Sayangnya bila si kecil dengan takut berjalan kaki ke surau atau masjid berdekatan kerana tauhid salah itu. Sayang juga bila si anak kecil berasa sangat takut bersendirian di rumah, berasa sangat terganggu pada apa juga bunyi biarpun detikan jam dinding. Akalnya dari mula dicemari dengan tanggapan hantu mampu mencederakan manusia, bahkan mematikan seperti dalam filem. Sayangnya pula kepada si dewasa, ada rasa seram atau takut pada sunyi malam sedangkan sepertiga malam adalah malam yang afdhal nya solat tahajjud, Qiam dalam bahasa sek sek usrah. Rugi bila beralih rasa berharap, tertipu dengan mainan syaitan yang memudaratkan, bahkan menggugurkan akidah diri demi kepenting duniawi. Seperti yang kuulaskan sebentar tadi, kepada Allah lah yang sepatutnya kita takut pada azab yang tertulis seperti dalam surah Al-Waqiah, kepad Allah lah juga yang sepatutnya kita berharap seperti ayat ke-3 surah Al-Ikhlas. Sekurang kurangya, bila sudah celik, ajarlah si anak anak perkara yang sebenarnya, siapa hantu siapa Allah. Bukannya kerana memudahkan engkau dalam memberi perintah kepada anak, diceritakan kisah hantu supaya segera tidur, atau sebenarnya tertidur dalam ketakutan. Bagi aku ini penyeksaan psychology yang ternyata salah!

Beringatlah, andai ada terbit rasa takut selain Allah, cubalah hayati hadis yang disampaikan guru mulia ini;




Mudah kata, apa yang anak Adam takutkan atas dunia ini, perkara itulah Allah uji, uji dan terus menguji sehinggalah kita get over it, melepasi 'ujian' tersebut. Sampailah kita sedar, Allah jualah tempat yang sepatutnya kita takut. Perihal hantu pula, teringat pesanan ringkas guru, 


"La hawla wala quwwata illa billah, 
orang yang beriman tidak takut hantu."



Di mana iman kita bila disebutkan Allah jika dibandingkan bila disebut hantu?


* * *

End-up, aku keluar dari tempat tersebut dengan terpinga - pinga, kepala tercongak congak dimana sebenarnya aku berada. Tiada telefon minta bantuan uber/grab request dek kepenatan, tiada wallet bersama untuk singgah di kedai kopi. Cuma kunci kereta dan diri sediri. Berjalan separa jogging mencari jalan menuju ke pintu masuk, tempat aku parkir kereta juga, tika itu bukan lagi rasa takut yang hadir, ada suatu perasaan dipanggil insecurity. Tak senang duduk, gelisah, risau walhal aku separa jogging di Malaysia pun, bukannya benua lain. Insecurity lah perkara yang banyak menggubah pola fikiran serta tindakan kita dalam bermacam perkara. Persoalannya, apakah tindakan tersebut baik atau jahat? Pernah terfikir, dalam segala hal kita lalui, yang mana satu terhasil dek perasaan insecurity ini?

Sunday, January 29, 2017

Awal Pagi




السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Terjaga awal pagi,
masih jauh sinar mentari. 
Mata pena aku harap,
sebuah kata aku garap.


Terjaga awal pagi,
angin lalu sejuk sekali.
Bermain kata dalam kepala,
mengatur kata bicara.


Terjaga awal pagi,
masih gah menulis lagi. 
Mencari sebuah inspirasi,
dari sudut bilik kurenungi.


Terjaga awal pagi,
mula menulis sebuah konklusi. 
Berlari indah mata pena,
atas sebuah kertas kerja.


Terjaga awal pagi,
rentetan kata aku turuti. 
Terkadang tersenyum gembira. 
Terkadang rasa kecewa.


Terjaga awal pagi,
menulis dengan emosi. 
Hatta menulis fakta,
soal hati jangan lupa.


Terjaga awal pagi,
tersenyum sendiri. 
Apa matlamat tahun ini,
puas aku kecapi.


Terjaga awal pagi,
bermasam muka awal hari. 
Apa yang sedang aku lakukan,
bila kerja sekadar diperlukan.


Terjaga awal pagi,
mula mencari posisi. 
Pada segenap kata bicara,
mencari aku dimana sebenarnya.


Terjaga awal pagi,
tersentak sendiri. 
Mungkin ini proses kerja,
bukan sekejap dicapai semua benda.


Terjaga awal pagi,
masih menulis lagi. 
Cuba mencari erti,
setahun sudah kulalui ini.


Terjaga awal pagi,
membuat satu lagi konklusi. 
Diri masih haus cabaran,
perlu tempat berpatutan.


Terjaga awal pagi,
tinggal masa untuk submit. 
Dalam hati terfikir juga,
5 tahun lagi jadi apa?


Terjaga awal pagi,
Berfikir pula masa nanti. 
Apa perlu aku terima,
tawaran kerja yang aku suka?


Terjaga awal pagi,
aku kira banyak travel nanti. 
Terfikir apa jadi,
pada kita hari nanti.


Terjaga awal pagi,
benarlah hidup sukar diselusuri. 
Andai bergantung kiraan sendiri,
biar berulang kali bilang guna jari.


Terjaga awal pagi, 
surah al fatihah aku mulai. 
Tersimpan pada surah itu,
pergantungan manusia pada Tuhan yang satu.


Terjaga awal pagi,
surah al ikhlas kubacai. 
Tersimpan pada ayat ketiga,
bawa aku jumpa tuhan seketika.


Terjaga awal pagi,
kembali aku berteleku sendiri. 
Konsep tawakal aku lupa,
dalam leka pada dunia.


Sungguh malu ku padaMu,
sehingga duduk kuberteleku.
Bila terbit persoalan,
Kau beri jawapan. 
Bila kurungut sendiri,
Kau segera beri nikmat sejukkan hati. 
Bila tiba rasa ragu ragu,
Kau segera hapuskan rasa itu!

Terjaga awal pagi,
ampuni hambaMu seorang ini.










D-SIM
Kangar, Perlis
31 Julai 2016.

Sunday, January 15, 2017

Part 1 : Memahami






السلام عليكم و رحمة الله و بركات




Kepala sedikit pusing, otak rasa tepu, mata terkebil - kebil melangkah masuk ke dalam banggunan salah sebuah syarikat ulung, besar dan terkenal di Malaysia ini. Paling baharu, syarikat ini berjaya membeli sebuah syarikat yang berasal daripada Singapura, secara tidak langsung, pasaran facility di Singapura dan Taiwan dapat ditawan sekaligus. Hebat.



Huh, just another day

Hampir sedemikian rupa hari-hariku sebegitu, dalam segenap rasa dan jiwa, cuba meresapi apa itu bekerja kerna illahi. Lama aku mencari jawapan tersebut, aku kira salah sebuah persoalan hidup yang sukar sekali dirungkai dengan kata-kata, melainkan jiwa dan perasaan menzahirkan apa itu bekerja kerna illahi. Sehingga pada suatu hari aku percaya, jika benar perkara yang kusebutkan tadi, sudah tentu mampu dilihat pada sifat lahiriah, baik dari segi perbuatan tangan atau kaki yang bersungguh bekerja hatta di bawah terik mentari, mahupun bersikap adil pada masa bekerja seharian tanpa mencuri tulang, tertakluk juga pada sikapku apakah sambil lewa atau teliti dalam design implementation sebelum memberikan keputusan yang melibatkan beberapa tenaga kerja dibawah penguasaanku diinaya muscles mereka atau benar benar skills dimanfaatkan, atau beberapa ratus ribu, juta wang ringgit yang menjadi impaknya. 

Sama halnya persoalan yang membuatku terkilan tempoh hari di UTP, memenuhi permintaan mengambil gambar mereka sebelum konvo berlaku, pada raut setiap seorang daripada mereka ceria, bangga bahkan rasa gembira itu terkadang buatkan terasa aku menjadi salah seorang daripada mereka. Sedangkan dalam masa yang sama, bagaimana aku waktu grad awal beberapa bulannya dahulu tak rasa sedemikian rupa? Apakah kerna pencapaian tidak setimpal dengan apa sepatutnya, ataupun waktu itu kaki mula melangkah perlahan lahan menghadapi dunia realiti sehingga menenggelamkan rasa gembira itu? Sumpah hari grad tempoh hari bagaikan hari - hari biasa, kecuali pada hari itu aku melihat ibu dan ayah aku begitu gembira. Tak lekang tangan memegang telefon bimbit, diambil gambarku berjubah BEng dari segenap sudut. Entah berapa group whatsapp yang dikongsi gambar - gambar tersebut, di FB sudah pasti ada, aku berani jamin. Oleh sebab mereka gembira, itu punca senyumanku. Dan punca aku gembira hari itu adalah kerna mereka gembira pada hari itu.

Begitu subjektif penilaian gembira pada setiap manusia, hatta gembira ibu bapa dan aku sendiri berbeza walaupun kami anak beranak secara langsung. Tidak hairan ada manusia menyatakan gembira, bila memilih bersesak - sesak dalam keramaian di KLCC seumpamanya, ada yang gembira menghabiskan masa di Starbucks the Garden, membaca buku sendirian dibelinya dari kedai Borders bersebelahan, ada pula berasa cukup gembira ketika menikmati pandangan matahari terbenam cuma di muara muara sungai, ada pula menyatakan gembira pada penat lelah mendaki bukit atau gunung sedang dipuncak sana belum tentu ada pemandangan yang memuaskan. Silap silap, cuma papan tanda penanda aras ketinggian sahaja!



Lillahi Ta`ala



Kucapai komputer riba dakap rapat kedadaku, sebelum melangkah ke meja komputer AutoCad di hujung tingkat ini. Aku sendiri menamakan komputer AutoCad, hanya komputer ini sahaja yang mempunyai AutoCad untuk para pekerja tingkat ini. Terkadangku gunakan juga kerna perisian Microsoft Project, mudah merancana pergerakan projek - projek syarikat dengan perisian tersebut. Dan baru baru ini, aku diberikan tugas untuk memastikan setiap lampu dalam banggunan 17 tingkat ini mampu dikawal secara automatik. Bermula pada design implementation, aku perlu pastikan lampu apa yang mampu memenuhi kehendak tersebut sebelum aku memanggil masuk kontraktor - kontraktor berbuat kerja fizikal. Dunia kejuruteraan, sama halnya berbincang pada awal mula buat thesis, assignment secara kumpulan, atau buku skrap waktu sekolah sekalipun. Semuanya memerlukan pemahaman yang sama daripada semua pihak, termasuk juga persetujuan pada waktu dan harga kehendak tersebut sebelum sebarang kerja dijalankan. Apa - apa perubahan selepas meja perbincangan itu bermaksud tambahan masa dan kos kerja! Habis kaitan pada kerja fizikal, perlu pula khidmat pakar perisian. Begitulah IoT (internet of things), konsepnya mengawal beberapa perkara tanpa pengawasan atau kendalian manusia. Pernah baca sebuah kisah flagman KTM dalam Majalah Mastika? Di mana ada seorang pakcik ini perlu ada di pondok pengawal lalu lintas landasan keretapi pada beberapa waktu tertentu, mengawal lalu lintas kereta dan manusia biarpun berhujan panas, atau di awal pagi keseorangan! Terfikir aku waktu itu, sungguh berdisplin tinggi pekerjaan tersebut mengalahkan bekerja di syarikat - syarikat Jepun. Andai kata secara tiba - tiba pakcik tersebut sakit atau kemalangan atau ada hal mustahak perlu dilakukan, siapa yang harus menggantikan tempatnya sedangkan perlu ada seseorang yang mengawal lalu lintas atau akan terjadi musibah besar kemalangan melibatkan keretapi? Revolusi berlaku pada pengangkutan awam sehingga khidmat pakcik tersebut tidak lagi diperlukan memandangkan hal lalu lintas (signal) boleh dikawal dari jauh. Bukti terdekat, Monorail dan LRT Kelana Jaya, membawa ribuan manusia ke pelbagai destinasi hampir sehari suntuk tanpa seorang pemandu pun!

Gunanya AutoCad apabila aku perlu menanda lampu lampu berkenaan atas layout design. Sesetengah orang lebih suka print layout design, gunakan highlighter menandakan lampu lampu tersebut. Aku memilih bekerja secara professional, mula berjinak dalam bidang professional katakan hewhew. Ada waktu aku tergaru - garu kepala sendiri, cuba mengingati cara menggunakan perisian tersebut. Rasanya kali terakhir aku gunakan AutoCad waktu latihan industri dahulu, hasilnya untuk syarikat telekomunikasi yang terkenal dengan warna kuning. Kubilang dengan jari, 3 tahun lalu rasanya. Ah, refresh semula memori, meneliti setiap butang yang ada sambil telinga menangkap bunyi kasut berderap atas lantai kayu. Tingkat ini sedikit istimewa, cara gubahan dan perhiasan tingkat ini tidak sama dengan 16 tingkat yang lain. Disini pula lantainya kayu, mudah sahaja mengetahui pergerakan manusia melalui hentakan kasut pada permukaan lantai ini. Dan entah angin atau ribut apa melanda kepada Kak Zan sehingga tidak senang duduk dibuatnya.


"Hish!", 


dengusnya kuat sambil datang dan membawa pergi beberapa helaian kertas dari meja sebelah aku. Oh, meja komputer AutoCad berada di jabatan support service, jadi drafter dan sumber manusia (HR) duduk di kawasan ini. Kali ini aku menumpang di kawasan mereka, terlihat segala karenah support service yang selama ini kelihatan sedikit tersorok dari kawasan jabatan teknikal dan operasi. 


 

Hmm busy betul abam teknikal kita ni


Tersenyum aku melihat 'orang lama', kalau tidak silap sudah 23 tahun bersama dengan syarikat ini. Fuh! Anak mata mencuri pandang pada helaian kertas di meja. Ohhh, TRF! Travel Request Form, polisi syarikat, kalau perlu outstation melebihi 50KM pergi balik perjalanan, wajib mengisi borang tersebut. Apa yang Kak Zan lakukan dari tadi, disusunnya borang tersebut satu demi satu mengikut nama pekerja. Hingga suatu saat, dia terhenti seketika, menggeleng  kepala beberapa kali.


"Akak pelik la dengan engkorang."


Aku mula memasang telinga, tetapi tangan gengam kemas tetikus hitam dan mata masih tertancap pada skrin komputer. Kebetulan beberapa juruteknik berada disitu juga, melampirkan butir TRF mereka untuk diberikan kepada Kak Zan. Aku dikira nasib baik, paling kurang ada telinga telinga lain mendengarkan celotehnya. Takkan dibiarkan dia bercakap seorang diri kan?


"Department lain kalau outstation, 
pergi sekejap sekejap je dalam setahun. 
Korang outstation sebulan je dah mengalahkan diorang!"


Gelak kecil juruteknik berhampiran sehingga menampakkan gusi. Aku pun turut tersenyum sama. Empat lima bulan aku oustation dipertengahan tahun 2016, begitu padat jadual projek waktu itu di utara tanah air. Sekembalinya aku ke pejabat selepas itu, terserempak dengan ketua jabatan syarikat, "Hai Qhassimi, I haven't see you for like 5 months? I ingat you dah taknak balik office". Terdiam aku waktu itu, sekadar membalas dengan senyuman selebar mungkin. "5 months are enough to help CnC data kan hehe".


"Macam mana lah korang dengan family korang. Akak outstation 3 hari je dah risaukan anak - anak."


Ouh, tak terfikir aku dari sudut ini.


"Haaa itulah dia kak, itulah dia."


Bersahaja gaya juruteknik melayan Kak Zan membebel. Ringkas tapi memberi ruang lanjut kepadanya untuk berbicara. Bila bekerja, aku mula memerhatikan cara interaksi dengan orang yang lebih tua juga sesama mereka. Ada perkara yang perlu aku berhati - hati ketika berbicara takut takut ada yang terluka. Seperti soal jodoh bagi andartua umpamanya, soal anak buat yang sudah lama berkahwin, kesihatan, politik kerja, politik antara syarikat hatta soal gaji pun mampu menjadi isu besar terkadang jadi kekok bila tersalah cara berbual. Masih teringat perbualan bos dengan seorang senior general manager, "Sihat En. Isa?" lalu dibalas "Alhamdulillah sihat!" dengan gaya gembira, riak wajahnya sahaja sudah menggambarkan jawapan tersebut terbit dari hati bukannya meniti dihujung bibir sahaja. Kenapa jadi gembira sedangkan aku rasa soalan itu biasa biasa sahaja? Bila berbicara dengan orang yang berusia, soal kesihatan melebihi segala galanya. Kerna umur sudah lanjut 50-60an, berbagai penyakit sudah menimpa diri. Faktor sekeliling rakan, saudara mara ataupun keluarga yang sakit atau meninggal dunia pula menjadi penyebab mereka di status 'berjaga-jaga'. Sebab itu ada orang tua - tua berpesan pada anak - anak muda supaya mencari pekerjaan dengan benefit yang tinggi, terutama perihal tanggungjawab syarikat kepada kesihatan diri dan keluarga walaupun bergaji rendah atau biasa - biasa sahaja.  Berbeza keghairahan orang tua - tua dengan anak - anak muda, mengikut usia golongan masing - masing. Hidup di tahun yang sama, namun berkehendak yang berbeza. Kebiasaan anak-anak muda lepasan kolej atau universiti mula mencari - cari pekerjaan stabil, wang yang mencukupi memenuhi tuntutan semasa tanpa mengira berat pada soal kesihatan, kerja masa berpanjangan, kekurangan tidur atau tekanan di tempat kerja sedangkan orang tua - tua melakukan perkara sebaliknya. Lumrah alam dan putaran roda mengikut masa, akhirnya bergantung kepada setiap jiwa untuk menetapkan apakah keutamaan kita dalam kehidupan seharian. Asal semuanya berlandaskan syariat, berniatkan apa juga tidak menjadi penghalang seseorang melakukan sesuatu dalam mengejar impian masing - masing. Dalam Quran sendiri berpesan, acapkali kita mendengar sejak di bangku sekolah;


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
- Surah ar-Rad, 11


Dan engkau D-SIM, apa tuntutan semasa engkau? Apa pula keutamaan engkau sekarang ini? Dahi mula mengerut, ekspersi semula jadi diriku sendiri tatkala menghadam sesuatu ilmu atau soalan. Benar, aku juga manusia biasa seperti kalian, punyai beberapa kemahuan serta tuntutan baik dari segi diriku sendiri, keluarga, masyarakat juga. Juga seperti kebanyakan manusia, beberapa perkara telah aku rencanakan tetapi begitulah kehidupan bila kita manusia hanya merancang dan berusaha sehabis kudrat mungkin, Allah jualah yang menentukan. Pilihan Allah jualah yang terbaik buat hamba hambaNya. Mengelamun seketika, lebih kurang 10 tahun dahulu, aku langsung tidak tahu apa itu sekolah asrama penuh atau lebih dikenali SBP. Tidak terfikir ada sekolah sebaik atau lebih baik daripada MRSM Langkawi atau Taiping yang kuidamkan dahulu. Tidak pula aku tahu adanya IPTA selain UPM, tidak terlintas pula aku jadi seperti aku sekarang, seorang jurutera muda. Langsung tidak terlintas dalam benak fikiran tika itu, Kuala Lumpur sebagai tempat aku mencari rezeki. Heh, lawaknya bila 10 tahun lalu, aku cuma membayangkan cukuplah solat, berbuat baik kepada ibu bapa, membaca Quran dan puasa semata mata sebagai cukup syarat memasuki syurga. Allahu, daifnya sifat seorang manusia dan apa apa yang dirancangnya hanya terbatas kepada keluasan ilmunya sahaja. Oleh sebab itu, orang yang luas pemandangan punyai perancangan lebih rapi, tersusun baik serta besar manfaatnya apabila telah terbentang dihadapan matanya pelbagai situasi sebagai pengajaran dalam mengorak langkah seterusnya. Ambil comtoh si Za'ba, nukilannya dahulu dicela masyarakat melayu tika itu, kini mula difahami masyarakat kita. Si Scorates pula, dihukum hemlot (racun) oleh pemerintah kerana takut atas disebabkan kritis fikirannya terhadap sistem demokrasi yang merosakkan dek dipilih juga oleh orang yang mudah diperalat kerna tidak tahu menahu hala tuju politik. Tika itu mereka tidak memikirkan kesannya sehinggalah kerajaan Greek jatuh, cuma termaktub dalam kitab sejarah! Malaysia pun apa kurangnya dan apakah Malaysia pun mengulangi sejarah yang sama? Maka kita teramat mudah lupa, ilmu Allah Maha Agung, sudah tentu apa yang Allah rencanakan lebih baik daripada perancangan manusia! Tertulis dalam Quran, terkadang apa yang kita lihat baik sebenarnya buruk bagi manusia dan terkadang apa yang kita lihat buruk adalah baik bagi kita. Nah, berapa ramai pula yang sanggup mengetepikan impian yang telah lama dirancang atau diburu, setelah di tengah jalan Allah sampaikan hidayah, mengetahui jalan yang kita rancangkan itu sebenarnya menjauhi diri daripada Allah? Ilmu Allah itu luas dan Dialah mengetahui jalan terbaik buat kita. Sebagai manusia, kita perlu teus berusaha dalam masa yang sama menambahkan lagi keyakinan diri kepada Allah. Bila dibuka suatu jalan, yang berubah adalah sikap, tujuan serta cara kita, bukannya hukum hakam yang perlu mengikut kehendak kita. 

"Kamu pun sama Qhassimi!"


Ah sudah. Meja aku pula terkena kesan ribut Kak Zan. Tersenyum aku memandangnya. Ah orang perempuan kalau membebel. Teringat ibu aku waktu itu. Kalau mak membebel kan segala apa pun, aku iayakan sahaja. Pasang telinga, ada waktu sengaja 'barakan' api, ada waktu aku 'sejukkan'. Ikut tahap nakal aku, mood aku bagaimana. Terikut perangai abah aku mungkin kerna abah pernah terbaca atau disampaikan kisah Saidina Umar. Kisahnya di mana seorang sahabat datang kepadanya mengadu dia dimarahi, dibebel oleh isterinya. Saidina Umar menceritakan, dia pun menghadapai perkara yang sama juga haha

"Err... kenapa kak?"


To be continued. (pening menulis dalam bas)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...