Tuesday, December 21, 2010

singgah sebentar~

Hah, tengah mop lantai atas, tibe-tibe mak panggil. . .

Teman mak keluar jap, ambil perabot.

Lekas aku persiapkan diri dan ikut mak. Setelah semua selesai. .

Eh, mak nak pergi mana?
Pergi sekolah laaa..
Buat apa pula nie?
Ambil barang, dan hantar karpet, lupa ?

Perlahan kereta yang mak aku pandu menyusur masuk ke dalam kawasan sekolah.. Dah.. setahun lebih tak melawat sekolah nie.. Ikutkan jarak, jalan kaki pun boleh sampai.. Nak guling-guling pun boleh sampai! Haha, Tapi.. disebabkan nak jaga hati, dan taknak terasa hati, kujarakkan dari dari kawasan sekolah semampu mungkin. Namun, kali nie, aku 'terperangkap'.. sebab dah terikut mak aku, ingatkan boleh laa mak hantar aku sekejap ke rumah Akim. Hmm, layan jelaaaa~ It's like.. Wow ! Dah banyak perubahan ! Rasa-rasanya, baru nak masuk dua tahun tinggalkan sekolah nie, tapi flow perubahannya macam dah sepuluh tahun! Ingat, cuma nak tolong mak hantarkan karpetnya ke bilik sahaja, entah mengapa hati teringin untuk merakam / mengambil gambar beberapa lokasi kat sekolah.. Inilah hasilnya. . . . . . .


Ader lagi kucing nie! :D Sebenarnya, nie hadiah aku kat mak semasa aku masih.. tingkatan 2 kowt. Aku beli kat PasaBina Emas Mall dengan RM 9.90 hahaha.. Ingat laa pulak~ Niatku, supaya alatan tulis mak kat atas meja tak berterabur lagi :)))

Hah!!!!! Padang Old Trafford Pengkalan !!!! Rindu owh padang nie :s Cakap berape score korang nak aku buat ? One ? Two ? Hattrick ? Weih! Aku penah score triple hattrick kowt! Hahaha, atas padang nie, namaku KAKA 2A1 or KAKA 3A1 on respective year 'coz I've got speed :) Btw, ada satu kisah aku tak boleh lupe kat atas padang nie. . .

Tahun 2008 : Sehari sebelum peperiksaan Math Percubaan Negeri Perak 2008

Petang tu, hujan. . lebat. Sangat lebat hinggakan hanya boleh nampak jelas pemandangan cuma beberapa meter sahaja. Petir menyambung-sambung, langit gelap. Rumpat padang basah, ada juga yang berbecak. Namun, kami ( D-SIM, Hazmi, Hanif, Khairi, Syed, Nasir, Hafiz dll yang gila bola ) tetap 'tabah' bermain bola di padang nie =p Lagi lama hujan turun, lagi feel main bola ! Sejuk beb ! Sekali. ..

Woi! Ape korang takde keje ????

Menggelabah kami mencari suara yang samar-samar tue, walaupun hujan lebat.. Suara tersebut sayup-sayup tetapi lama kelamaan makin lantang.

Siapa tue?

Kami saling berpandangan. Manelah tahu turun hantu masa-masa hujan nie, tambahan pulak langit gelap awan hitam. Hehe..

Sekali ternampak suatu 'lembaga' kemas berbaju formal seorang.. guru. Dan, beliau adalah guru displin yang digeruni semua warga SMKP !!! OMG !

BALIK ! BALIK ! HEI, TAK SEDAR DIRI NAK EXAM !

Hahaha, aku gelak dalam hati. Tak berani nak gelak depan cikgu, sekali keluar hikmat terkenal beliau kat pipi aku, mau takleh makan seharian jadinya =='

Dan yang lawaknya. . . .

Masa : Waktu sekolah
Kelas : 3A1
Situasi : Kelas 3A1 senyap macam dilanda garuda. Keputusan Math ada pada cikgu, kat depan =_______________=

Khazsim ( agak pelik namaku disebut beliau -.- ). Saya pelik dengan awak nih

Hm? Pahal nie?

Sarah, cube buat soalan nie ( soalan algebra Form 3).

Lama sikit lepas tue, Sarah garu kepalanya yang tak gatal, lalu geleng kepala.

Khazsim, buat.

Sarah hampiri aku, aku pula berdiri. Marker Pen bertukar tangan.

Dalam hati aku,

Pehal laaa soalan cikgu kasi nie, senang nak mati.
Kasi satu lak tue.
Asal die suruh buat ea?
Macam ada sesuatu yang tak kena ja.

Dengan mudahnya aku buat soalan tue, mengikut standard Add.Math, seriously aku tak expand soalan tue. Dah dapat siapkan, aku lantas kembali duduk di meja kerusiku semula. Kulihat, dahi cikgu tersebut berkerut. Sambil pegang kertas Math aku, matanya bertukar pandangan ke jawapan yang kuberikan pada papan putih.

Saya musykil, hairan, pelik!
Kenapa soalan dalam paper math awak salah???
Dan markah awak 66 !
B !

Pergh! Terbeliak mata aku masa tue, aku sendiri tak percaye dengan keputusan tu. Dahlaaa keputusan percubaan lak tue =='

Kalau ikotkan rekod yang lepas.. awak.. 100
dan tak pernah pulak awak bawah 80
ish, saya hairan, pelik !

Ish, cikgu pelik, aku lagi pelik. Dah laa segan semua mata memandang ke arahku -.-

Nie, sama ada bukan awak yang jawab kertas ini atau ade orang lain yang jawapkan.

Hahaha, part nie lawak! Aku fikir banyak kali. Ape beza ayat cikgu tue???
Tapi aku kembali serious apabila cikgu cakap. . .

Saya akan bentangkan keputusan awak dalam mensyuarat guru sebentar lagi.
Mainlah lagi bola tengah-tengah hujan.

=________________________________________=


Replika 1Malaysia nie dah macam wajib kat setiap sekolah, tapi yang masyuk nya, SMKP punya replika hasil nukilan dan binaan member aku sendiri ! Hazmi dan Hafizul ! ( tertulis mie dan jawe kat bawah 5T ) Tak macam ASiS, order terus. Sedar-sedar dah terpacak 1Malaysia kat depan main entrance --,

Ape kena pulak bilik tertutup nih? Hahaha, sebenarnya bilik ini pernah menempatkan kerusi-kerusi-kerusi, haih kira banyaklaaa kerusi dan bilik generasi pertama PA System :D Masa muda-muda ( -.- ) dulu, biasa nya pengawas lelaki akan meletakkan beg masing-masing bersebelahan pintu tue sebelum melaksanakan tugas selaku pengawas pada setiap perhimpunan pagi. Aku pulak? Well, duduk bersantai dalam bilik ni! Hahahah.. Kerjanya tak lah susah sangat, takat play and stop the school , Perak and Negaraku song. That's it. Tapi, yang penatnya.. bilik ini digunakan masa aku pengawas hingusan ( ceh, ==' ).. Kena datang awal untuk persediaan sistem bunyi. Dan yang paling lecehnya.. bila terpaksa menarik wayar microfon atau menggulung wayar microfon ke/dari...
dataran perhimpunan lama nie. Ada masa, semua kerusi terpaksa dikeluarkan untuk cikgu-cikgu gunakan, biasanya untuk perhimpunan rasmi. Yang kena uruskan semua nie, aku -.- . I'm in charge to lift all those stuff .. Was.. sebab bila dapat jawatan secara rasmi dalam carta pengawas, aku ada kuasa suruh semua peralatan perhimpunan diangkat oleh orang lain, hahahahahaha ( gelak jahat ) uhuk..uhuk..uhuk.. dapat jawatan pun, penat jugak kerja aku. Biasalah kalau aku tiap-tiap pagi masuk kelas dengan berpeluh, lagi-lagi kalau terpaksa pakai blazer =.=


Okey, cukup. Tak lalu nak tulis dah~ Tengok laaa video nie sendiri~ Anyway, don't regret your past years :))




13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. owh..mak kau cikgu...
    aku suka ayat cikgu kau ni..

    tu la, main bola time hujan lagi..

    hahaha..
    btw, ni antara post kau yang panjang:)

    ReplyDelete
  3. cis~
    aku xkan lupe sampai mati -.-

    yupp, maen taip jea...
    x prasan dah panjang lebar aku tulis~

    ReplyDelete
  4. haha.
    kite ingat owh,ayt cikgu azza.\
    hahaha
    btw,rindu skul!!!

    ReplyDelete
  5. time men bola tu ak ade..
    ak igt..hahaha

    ReplyDelete
  6. segan owh time kelas math tue -.-
    btw, cikgu math kite tue ttp cool dan best !
    suke uat lawak tapi pljr dilarang gelak! hahaha. best2~

    erm, 2laa.. xkan lupe maen bola time tue :DD

    ReplyDelete
  7. KAKA! nak mintak signature please ;p

    ReplyDelete
  8. Wahaha funny post! Reminds me of my schooldays too. I was so young back then :D

    ReplyDelete
  9. lol,
    we are same age, thus we were so young back then :))

    ReplyDelete
  10. ya allah rindunye skulah T_Tiunte

    ReplyDelete
  11. hehe,
    i'm not.. rase epy skola abis,haha

    ReplyDelete