Sunday, January 9, 2011

Eh, dah 9/01/11 ?

Cepatkan masa berlalu? fikir - fikir balik , aku macam masih bersantai di dapur rumah Boboi menikmati hidangan cekodok pisang emas Cik Tie sediakan dengan suasana kampung Si Jangkang. Ahhhhh, masa itu emas! Esok dah 10/01/11, hari aku mula kerja erti kata lain, masa 'bercuti' aku sampai di sini sahaja. Sejujurnya aku katakan, tak bosan kehidupan seharian aku sejak peperiksaan English for Science and Technolgy, setiap hariku jalani dengan pelbagai agenda dan juga karenah manusia yang perlu aku hadapi. Mungkin, ini satu caraNya untuk memperlihat keesaanNya dengan mata dan akal untuk melihat dan berfikir demi menjadi seseorang yang lebih baik daripada semalam. " Penutup " masa aku bercuti nie kurasakan seronok dengan kehadiran tetamu yang datang dari jauh, dapat jua aku terokai Bandar Ipoh dengan mereka. Macam-macam aku jumpa dengan kaki dan tangan. Bertemankan alfa bin sony Boboi, dapat jugaklah kami mengambil sedikit gambar di sekitar Ipoh nie dalam album Ronda - Ronda Ipoh di Facebook aku. Agak kekok dan kelu apabila mereka bertanyakan pelbagai soalan mengenai Bandar Ipoh dan sejarah kewujudan sesuatu perkara atau bangunan, namun aku dengan mudah menafikan dan menyatakan aku lahir di tanah Johor dan kenal Ipoh cuma baru menjengah 3 tahun :) Dan mereka pula bakal balik ke kampung halaman masing-masing apabila matahari sudah tegak nanti, Boboi menaiki KTM Berhad ke Kuala Lumpur seterusnya ke Klang manakala Amin Ali memilih Trasnasional Berhad ke Parit Buntar. Aku ? Hmmm, terpaksa mencari baju putih berlengan panjang petang nanti agar dapat digunakan sepanjang waktu bekerja aku di sebuah hotel di sini. Akan ke City Ipoh untuk menstruktur kembali jadual kelas memandu aku, supaya tidak bertembung dengan waktu bekerja aku. Aku.. tak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Mungkin.. kurang masa nak melayari internet, berblogging, mahupun bersembang kosong dengan kawan di kedai mamak. Takpaa lah, aku pernah terbaca satu artikel, kejayaan ditemani kegagalan dan pengorbanan. Kejayaan seseorang itu merupakan 1% hasil kerja yang kita curahkan, manakala 99% adalah penat lelah mengenalpasti kelemahan dan membaikpulih kegagalan kita hadapi. Aku cuma berasa syukur dan seronok dengan kehidupan aku sekarang, entah terasa tiada beban duniawi di bahu aku, mahupun beban lain yang aku perlu galas. Urusan seharian pun terasa dipermudahkan dan dirahmati. Aku harapkan perasaan, nikmat ini berterusan agar tak lari daripadaNya. :)


pss: To Boboi and Amin Ali, thanks for coming, i really appreciate it. Thanks for willing to let me become a champion in Fifa10 game we played :P Mintak ampun atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang korang berada di sini :)

3 comments:

  1. glabah..champion??4-2 weyh

    ReplyDelete
  2. elehhh.. takat menang sekali uat pe! aku menang ngan ko 3 kali! haha ko kne titik lak tue,sayur :P

    ReplyDelete