Saturday, February 19, 2011

Instructor aku ada AURA owhh :O

Assalamualaikum.

Mood : Mengantuk :s
Muzik : Never Say Never - The Fray


Setibanya di tempat berikut, dilesenkan dibawah nama City Ipoh Institute, aku tiba lewat lagi. Tapi kali ini, lewat 30 minit ! ==' Tapi pakcik instructor aku cool, sengih tengok aku dengan helmet mencari tempat melabuhkan punggung dibawah tempat berteduh daripada sinaran matahari. Katanya, biar aku datang daripada tidak langsung ! Sudah 30 minit lewat ( sebenarnya lewat disebabkan bergambar di taman DR, dan mengambil sarapan pagi di McD Station 18 bersama Farid, sebelum balik ke rumah menukar baju mengikut formal yang ditetapkan institute nie ) aku diminta agar melakukan latihan dalaman sekali sahaja manakala beliau sibuk melayani jadualnya di dalam pejabat. Naik bukit, parking tiga penjuru dan parking biasa. Macam ayam goreng KLG, aku masih sempat membuat panggilan ketika latihan ! Takat melepasi bukit buatan tue, tak payah sampai kereta bergegar, dengan senang hati aku melepaskan brek tangan, laju menyusuri turun kebawah.

Hah ! Konaaa ke kiri, kite p kat luar pulak !

DUPPP DAPPP, DUPPP DAPPP !

Apahal jantung aku tak betul nie ? Parking sahaja di atas platform simen, kudapat rasakan suatu AURA yang aneh, semakin lama semakin kuat, tak senang duduk aku dalam kereta tue diibaratkan cacing kepanasan, mencari puncanya. Rupanya, pakcik tersebut sedang mengorak langkah ke arah kereta Kancil buatan Perusahaan Otomobil Kedua, PERODUA berdaftarkan AG* 345. Sambil memberi salam, tangan kasarnya membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu, bunyinya bagaikan merentap jantung aku ! Mak aiihhh ! Ilmu apa anda pakai nie ! Bagai kerbau dicucuk hidung, segala arahan kupatuhi semasa mengenali jalan R. Kesilapan kecil pun boleh berlaku jika pakcik ada sebelah aku ! Lampu isyarat lupa, had kelajuan entah kemana, berhenti di simpang jalan lupa, senantiasa berada di lorong kiri pun terlupa ! Sedangkan, elok sahaja ketika aku memandu kereta ayah aku sendirian, tiada masalah langsung. Enjin kereta pun boleh mati kat simpang lampu isyarat ! Ya Allah, segan gila ! Pakcik kat sebelah, apa lagi, habis aku kena sembur ! Sakit telinga owhh T.T

Apa kamu nak fail ?

Ahhhh ! Sinis gila ayat tu ! Lagi 20 minit sebelum kelas memandu tamat, kudisuruh melakukan latihan dalaman bersama dengannya disebelah ==' Alhamdulillah tiga penjuru dan parking baik sahaja, sampai kat bukit, erk.. kantoi habis ! Tak masuk langsung line kuning ! Siap turun bukit kebelakang lagi !

Apa nak jadi dengan kamu nie,,
heyyy, aku tak tahulaa.. entah macam mana kamu dengan jpj nanti

Aku sedar, tapi fikiran aku terus melayang entah kemana ! Namun, sebaris senyuman tetap menghiasi wajahku secara sendirinya. Sinisnya ! Kenapa aku nie ? Nervous ke nihhh ? Perkara yang berpuluh - puluh kali aku lakukan boleh tak lepas pada saat ini ? Setiap apa yang dikritiknya pada tika itu, aku hanya angguk dan iyakan sahaja, silap aku, salah alpa aku, apa boleh buat ?

Dah, jumpa lagi selasa pagi. Janga lupa !

Angguk aku sambil tersenyum lalu menghulurkan salam dan mencium tangannya. Walau terguris manapun hatiku, namun aku sedar, aku sendiri datang ketempat ini mencari ilmu. Guru diibaratkan kunci kepada gedung ilmu, tanpa berkatnya, tak berkat ilmu kita ! Takpa, selain ilmu pemanduan yang terpaksa aku tingkatkan, aku perlu pelajari ilmu AURA agar dapat mengalahkan ilmu pakcik dan terus takda masalah memandu disebelah anda, siaplaaa ! :P


TUTTT. . . TUTT. . . TUTT

Haaaa ! Kat mana, 12 dah nie !
Aku kat rumah.
Dah agak dah, bawak dslr sekali yea ! Cepat sikit !

Setelah beberapa minit, Farid tiba denga Honda Wave - nya sekali beg sampang tersimpan dlsr. Aku dari dulu ingin mengambil gambar pemandangan sekitar kawasan tempat latihan memandu, tetapi tiada kesempatan ! Kebetulan pula Farid datang, alang - alang tue, angkutlah dslr sekali ! Aku malas nak bawa dan berkepit dengan dslr aku sendiri sepanjang latihan memandu :s

Tempat sini, agak panas... Okey... sangat panas lagi - lagi pada waktu tengah hari tatkala langit cerah awanya kurang, matahari pula bersinar panas. Fuhhh ! Berpeluh nak belajar memandu kat sini ! Aku siap pasang pendingin hawa sampai ke tahap maksimum pada kelajuan kipas berputar yang maksimum ! Tak heranlah instructor yang ada jarang sekali bersama ketika latihan dalaman, hahaha. Tapi kali ini aku bernasib baik ! Debu hakisan bukit batu kapur oleh kilang berhampiran kurang, nampak jelas pemandangan bukit batu kapur kali ini ! Mungkin disebabkan landskap dan kedudukan feng-shui amalan orang Cina menjadi pilihan pengasas City Ipoh untuk memilih tapak ini.


Hahahaha ! Sejak aku mula sampai di sini lagi aku berkenan sangat nak ambil gambar bas yang tersadai di tepi litar latihan memandu ini. Dengan belatar belakangkan pemandangan bukit batu kapur, aku tanpa segan silu ambil gambar bas tersebut di tengah panas terik ! Passion is everything yaww ! :D

1 comment: