Wednesday, February 16, 2011

Set Lunch teramai setakat nih :-P

Macam nak tercabut otak, serabut setup set lunch ! Jumlah tak jadi masalah, cuma displin masa mereka. Ada yang datang terlalu awal, ada yang lambat ? Mangsa ? Kakak nie jugakkk, Set Lunch ? Kita belajar sikit eh hari nie.

Appetizer
Soup
Main course
Dessert
Tea@coffee

Dalam set lunch, semua ini kena diberikan mengikut susunan. Selagi pelanggan tak habis makan appetizer, jangan nak mengada - ngada pergi bawak sup hidang kat pelanggan, begitulah seterusnya. Nak set kan susun atur sudu garfu yang berbilang kaum, nampak sahaja serupa tapi lain fungsinya dan aku masih kurang fasih dalam hal ini. Lunch tadi, seramai 20 orang telah datang bawah tempahan sebuah syarikat pembinaan terkenal kat Malaysia nih ( ader aku kesah ? ). Ini RESERVATION, tak termasuk W.I.G ( walk in guest ). Sebab susah nak setup lah aku dan Aizad merungut mereka datang tak serentak. Bayangkan kalau orang lain dah lahap makanan utama set, datang lewat pula seorang, nak tak nak terpaksa lah kasi setup ' khas ' untuk dia seorang, kena kasi dia penyelera makanan ( appetizer tadi tuh ). Kalau 9 orang dah masuk bab Tea@Coffee dia pulak baru sup ? Nanti ader lah yang gatal tangan angkat sebagai isyarat panggil kami yang dok tenung diorang dari jauh. Mintak macam - macam, sedangkan syarikat mereka bayar ciput, tak lebih sikit langsung for any special treatment.

Sorry mister,
additional charge would be applied for the orange juice if
you add it into your set.

I see, its okeylah..

Lepas tu, korang dapatlah lihat muka orang tua tarik muka, hodoh nak mampus.

=________________________________________=

Aku kira itu masalah korang lah, aku nak kena setup lagi, nak tempah appertizer kat co-kitchen, mintak sup dan main course kat main kitchen, pastu mintak lagi dessert kat co-kitchen. Yang penatnya, kena laa perhatikan diorang makan satu per satu, supaya kami dapat sediakan turutan seterusnya sampailah mereka memilih tea atau kopi. Baru lega ! Ralatnya, yang datang lewat ! Uhhh ! Tengok kawan mereka yang lain dah makan, mulalah pelanggang marah makanan dia tak sampai lagi walaupun dia baru sahaja melabuhkan punggung ! Kelam kabut mintak kat co-kitchen dan kitchen sediakan makanan. Pakkkk ! Kena marah pula dengan chef cakap kenapa tak hantar sekali. Aduiii.. dugaan ! Aku ? Nak marah bengang jugak !!!! Sabo jelaaa... Tapi kan ada peristiwa best berlaku sejurus sahaja aku tiba di tempat kerja, hehehehehehe.. dah sebulan kerja baru tadi dapat peluang ! maap yea , rahsia ! :P Terfikir balik semua tuh, aku senyum jea :D

Dialog antara Putera Dapur bernama Chef. F dengan Pedagang Coffeehouse D - SIM :

CF : Aku suke betol hang nie
D-SIM : ........ ( asal nie ? )
CF : ( Tengah kelam kabut dengan order tiba-tiba tadi ) Aku nak marah hang pun tak jadi, senyum jea muke hang tak kira masa, heyyy, geram aku.
D-SIM : ( Aku tambah lagi seyuman, nak tergelak pun ade KAHKAHKAH )

Adoiiii, tapi korang cuba lah senyum kat orang yang senantiasa muka masam atau anda terpandang orang bermuka toye hodoh kelat beliau, senyum jea ! Mesti balas punya walau diorang segan - segan silu akibat otot senyum diorang dah keras ! Aku dah banyak kali buat, the result is damn amazing kalau dapat senyuman seseorang :))


Hidup kena cool yawww !

2 comments:

  1. Ye. Anda betul. Hidup kene cool, jgn sampai terlebih cool sudah :D

    ReplyDelete
  2. Smiling is contagious~ :) Keep it up!

    ReplyDelete