Tuesday, February 8, 2011

*sob , sob

Assalamualaikum :

Mood : Lapar

Macam biasa, aku turun bawah melihatkan hidangan yang mak aku sediakan. Memang, jarang nak lahap masakan mak aku sendiri, lagi - lagi sejak aku bekerja. Kira balik rumah terus hanyut ke alam mimpi serba indah. Sedangkan sebelum aku bekerja sementara, tika ruang masa itu ada, aku selalu melayan diri dalam bilik, seringkala kali termenung dan berfikir pasal perkara lalu, kini dan mendatang. Inikan pula, bila sudah kesempitan masa. Melihatkan lauk ikan goreng, wahhhh! Makanan simple yang aku suka! Sedang leka mencari tempat duduk yang sesuai menghadap televisyen, kuterdengar bunyi tapak langkah berderap menuju ruang tamu bahagian belakang.

Tak makan ikan masak sambal ?

Berminyak laaa mak, tak pelah. Ikan goreng pun okey

Kutambah kicap rata ke atas nasi berlaukan ikan dan sayur goreng. Tanpa kicap cap kipas memang tak sah ! Sedang teragak - agak ingin menjamah selera, teligaku menangkap bunyi cawan diletakkan ke atas meja kaca. Makku sedikit menghempas cawannya. Eh ? Ada air ? Macam mana boleh tidak perasan tadi ? Sibuk melayan perasaan laaaa nih. Haih,

Air apa ini mak ?

Tanganku menyentuh jag air berlogam kalis cahaya. Masih panas lagi nih.

Tea O' kamulah,

Ringkas jawapan mak, baruku sedar mak dah sediakan makanan dan minuman sejak mak dan adik berbuka puasa magrib tadi. Kalau ikutkan, aku ingin juga menyertai mereka, tapi keadaan badan agak lemah, penat, kepala pening dan masih mengantuk. Setiap kali aku balik kerja, aku akan menghempaskan diri di atas katil, cuba mengendurkan otot - otot badan, melayan lelah dan batukku yang semakin kronik. Pihak hospital tidak pula menghantar apa - apa berita pasal kesihatan aku, walaupun sudah masuk bulan kedua. Pening aku menghidu asap kenderaan bermotor sepanjang jalan dari tempat bekerja aku, sudahlaa udaranya kering, gah pula matahari menyinari Bumi Ipoh petang tadi. Bilik lah menjadi tempat untuk aku bersenang - senang dari segala hal, tempat aku menyendiri dari dunia yang sementara.

Eh, dah habis ?

Aku mencebik melihatkan rentak air tea O' mula mengalir perlahan daripada muncung mulut jag. Cuma beberapa centimeter cube air tea O' cawan kandung. Takpalah, tiada rezeki malam ini. Lantas aku membaca basmallah, memujiNya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, semoga rezeki yang halal dilimpahkan mencurah - curah, tidak pula ditutup pintu rezeki dan pintu hati daripada sumber rezeki yang haram. Selesai makan, aku tak lupa untuk menjilat 5 jari kananku. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan, jangan dibersihkan jari-jarinya sebelum dia menjilatnya"


Nah mak buat baru

Eh?

Perlahan - lahan mak menuangkan tea O' ke dalam cawanku yang sedia kosong airnya. Hatiku melonjak kegembiraan dengan tea yang dibawanya. Raut wajahnya sedikit lesu, kurang bercakap dari tadi, aku mengerti tenaga pengajar di depanku ini juga penat, seharian suntuk bekerja demi keluarga. Sesudah itu, mengisi waktu petang dengan mengemas rumah sebagai tanggungjawab besar seorang isteri dalam menjaga sebaik mungkin rumahtangga suaminya. Dalam kepenatannya, dia masih mengisi ruangnya untuk menyediakan minimun kegemaranku. Menjadi perkara wajib menjamah nasi di rumah dengan tea O' ! Perlahan - lahan mak mengangkat pergi jag tadi, membiarkan aku mengambilnya, lalu mendekatkan mulut cawan tersebut ke hujung bibir merahku. Air tea O' suam tadi berjaya menyejukkan hatiku, menenangkan fikiran yang sedia kusut. Inikah penangan air tangan ibu ? Sedang dada terasa lapang, kuperasan mata ibuku masih tidak berganjak melihat aku minum dari tadi. Kutoleh sedikit merapati wajahnya. Mata bertemu mata.

Kamu penat ke mieee ?

Ya Allah, sepotong ayat yang terpacul dari mulut ibuku hampir membuatkan air mata aku mengalir ! Mak dapat baca anak mata aku ! Mataku sudah berkocak, hampir tertumpah membasahi pipiku. Tidak, aku terpaksa tahan semua ini. Cepat - cepat, aku pergi ke dapur, menekan sedikit mataku supaya air mata mengalir keluar, memudahkan aku mengesat air jernih itu. Aku tak sanggup menambah beban ibuku, tak sanggup membiarkannya mendengar rintihan hati kecilku. Cukup sudah penatnya di tempat kerja, melihatkannya menyediakan makanan dan minumanku sudah membuatkan aku berasa terkilan. Diriku dihimpit rasa bersalah, malu, segan dengan kata - kata ringkasnya tadi. Sepatutnya, aku yang bertanyakan tentang harinya, permudahkan segala urusan dirumah ini, namun sebaliknya pula. Malu aku dengan llalai atas tanggungjawab sebagai anak lelakinya dalam mengurus penjagaan ibuku. Kata - kataku mati, buntu tak tahu nak buat apa.


Terima kasih mak, untuk tea O' mimi.


Sambungku dengan secebis senyuman. Ahhh! Senyuman hipokrit! Kubawa cawan bersamaku ke tingkat atas kembali, sayang nak tinggalkan begitu sahaja.



P/s : terima kasih mak atas air ajaib nie, dada mimi terasa lapang dengan setiap teguk air yang mimi ambil, bagaikan dadah, berasa dalam dunia khayalan, terlupa seketika segala masalah yang menimpa anakmu ini. Maafkan mimi atas segala silap salah mimi ;'(

3 comments:

  1. terharu gler, u have a wonderful mom, :)

    ReplyDelete
  2. Dude! u brought tears to my eyes~

    ReplyDelete
  3. terharu sgt ni :) and u have a great mom .

    ReplyDelete