Friday, March 18, 2011

Arghhh, kena saman ! #.#

Assalamualaikum.

Mood : OMG !
Muzik : More - Usher

Pweffhh, penat tunggu giliran kaunter tiket KTM di Stesen Keretapi Ipoh, rupa - rupanya tren petang hanya pukul 6.00 petang. Aku fikir tak boleh sebab tak nak mak long kena tunggu aku kat sana lama - lama, kalau boleh, dia habis kerja terus boleh ambil aku. Keluar dari kaunter menuju tempat parkir, ternampak poli bantuan parkir motosikal honda EX5 betul - betul belakang kereta aku. Dia check ape hmmm ? Dengan selamba jelah aku mendapatkan kereta aku, nampak gayanya, pak cik beruniform nie ushar kereta Mercs buatan baru di parkir sebelah. Sedang aku masuk gear mengundur, lalu pula lagi seorang polis bantuan di hadapan parkir aku. Yang peliknya dia memandang tepat ke anak mata aku, tapi mukanya tak menunjukkan bengis, marah. Kenapa pelik sangat hari niee ??? Dah selesai beli tiket Plusliner ke Kuala Lumpur untuk petang ini, aku singgah sebentar kat rumah Makde. Stesen Bas Medan Gopeng dengan Perumahan Lapangan SSI tak laa jauh sangat, lagipun dalam perjalanan balik rumah pun lokasinya. Sampai - sampai, tengok ada tiga kereta. Tak cukup dua, sah Ipa dan G.E takda kat rumah, yang hairanya, sebelum parkir lagi Jein biasanya dah bukak pintu, menyambut tetamu yang datang, kenapa kali nie senyap jea ? Perlahan aku buka pintu, memerhatikan keliling rumah termasuk pintu barat. Senyap nya. Lantas aku kembali ke garaj, menyeluk poket sakuku, mengambil handphone Motorola aku.

Tertera pada skrin telefon bimbit aku :

Calling Jein
013 3******

D-SIM : Hello Jein, kamu kat mana ?
Jein : Hello, Jein ada kat rumah Makcek
D-SIM : Hah ? Kat rumah Makcek ? Siapa ada kat rumah ?

Dalam kotak fikiran aku ligat membayangkan suasana rumah Makcek yang sentiasa riuh dengan saudara maraku disana, sayangnya rumah mereka di Penang :s Sedang leka terfikir, mata aku terpandang suatu kertas panjang terlekat kat wiper kereta. Eh ? Ada kertas melayang melekat ke masa aku memandu ke sini tadi ? Macam bil elektrik @ air jea ? Eh eh, pernah ke mamat TNB/JPS letakkan bil kat kereta ? Bukan dalam peti surat ? =_________________= Jangan - jangan..ahhh sudahh..jangan.. Perlahan - lahan aku berjalan ke arah sambil tangan kanan mencapai kertas tersebut.

Jein : Peoi ada kat rumah kowt, cuba call dia

Aku tak endahkan suara tersebut sebab mata aku dah bulat melihatkan apa yang dihadapan aku. My first saman ever ! #.#

Jein : Hello, mimi. Hello ?
D-SIM : Erm, hello. Haa, tak pelah Jein, thanks.

Aku letak panggilan, sambil mengambil nafas yang dalam. Sedang memandu ke Pengkalan, barulah masuk akal akan kejadian yang terjadi kat Stesen Keretapai Ipoh tadi, aku faham akan renungan tadi. Malah, berkali - kali aku ambil dan baca bil tue berulang - ulang kali walaupun aku sedang memecut laju, aku tak percaya ! Macam mana aku boleh terlupa akan perihal kupon nie ???


Haih, sebaik lah tak mahal sangat :s



Kata mak, budak baru belajar ~


Pesanan untuk MBI : AKU SAYANG IPOH T.T

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ish3.
    naseb baek saman bandaraya je.
    kalu saman polis, 300 la jwbnye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...