Tuesday, March 15, 2011

Bila cooper biru aku full tank.

Assalamualaikum.

Mood : Satisfied, pictures uploaded finally -.-
Muzik : She's the one - Robbie Williams

15.3.2011, hari pertama aku lepas berhenti kerja. Tapi, aku bangun awal, 8.30 -.- Dahla tidur pukul 4 pagi sebelumnya ==' Disebabkan ayah aku cuti, maka adalaaa cooper biru tue tersadai kat halaman rumah, takkan nak biarkan camtue jea ? Aku dari jauh tengok geram jea, mesti bawak keluar jugak kereta tuhh ! Hahaha, Erm, aku dah plan pun.. Nak pergi sarapan pagi di McD Medan Gopeng selepas ambil Black.

Tak jauh sangat pun francis nie daripada taman aku dengan kereta, tapi bukan McD Pengkalan lagi dekat ? Pergi jauh sikit pun sebab dah janji dengan orang.

Beliau yang jimbit termenung jauh, kalau boleh nak tembus segale benda dia nampak, haha. Okeh, malam hari terakhir aku sebagai waiter kat Hotel Syuen, ada laa sembang - sembang sikit dengan pekerja terbaik nih ( yeke ? haha ) Aku panggil die Acap, 23, bujang, baru dalam dua tahun kat Syuen, baik gak die nih, tahu macam - macam benda masa aku masuk bahagian F&B. Nak tergelak pun ada, dalam otak macam percaya tak percaya dengarkan cerita silam dia. Paling best pasal dia, dia open - minded sikit, its more to optimistic, takde mood gak laa kalau kerja shif petang hari selasa sebab dia RD hari tue, best kerja dengan dia, lagi - lagi kami bertiga ada. ( dah-dah, sembang lebih-lebih kang besar pulak serombong kapal~ )


Black tunjukkan gambar lensa 300mm kalau tak silap. Acap nie gila gajet jugak, siap ada HTC Aria, ko ada iPhone 4 ea Black ? Teman ? Cabok Motorola campak lombong jea yang selalu beratkan seluar aku -.- Tengok gambar, memang Acap berminat tentang slr, mahu beli D90 katanya, dah beli nanti jangan lupa aku dah la !


Selepas pergi shopping, ingat nak buat panorama tingkat paling atas sekali. Panas terik kowt, clear sky laa katakan. Sebaik aku bawak tripod aku, sedap sikit nak ambil gambar panorama.


Ahaa, ter ' freeze ' pergerakan burung tue. Masa lepas ambil beberapa gambar kat sini, datang seorang berbaju coklat cair denga walkie talkie kat tangan dia.

Pakcik : Adik buat apa kat sini ?
Black : Ambil gambar jea banjaran jea pakcik.
Pakcik : Korang semua datang daripada mana ?

Pakcik tue dah hairan tengok aku yang uat dek jea, lantak korang lah. Nak dating pergi jauh - jauh, kacau aku setting tripod and camera jea.

Black : Ipoh jea pakcik.
Pakcik : Hmm, betul nak ambil gambar pemandangan jea ? Sebab ini kawasan larangan.
D-SIM : ( aku mula masuk campur ) Betul pakcik, takat nak ambil gambar jea. Pastu kami tak kacau apa - apa dah.
Pakcik : Kalau macam tue, tak apa. Teruskan tapi kalau boleh jangan lama - lama sangat. Kalau jumpa dengan pakguard lain cakap, ketua sekuriti tempat nie dah tanya korang, kalau tak nanti korang kena halau.
Black : Owh, ok. Pakcik nama apa.
Pakcik : Encik Tarmizi Zainal.

Pweehhh, lega, lepas siap dapat permission khas daripada ' kepala ' dia, hahahaha. Tengah syok tangkap gambar, dapat pakguard lain.

Pakguard : Hei, turun. Turun bawah, ini kawasan bahaya.
D-SIM : ( kerek gila pakcik nih, takde pape terus halau jea -.- ) Err.. kami dah mintak kebenaran pakcik.
Pakguard : Siapa yang bagi nih ???

Nada dia dah melebih sudah ! Geram pun ada >:

Black : Err, Encik Tarmizi Zainal
Pakguard : .... ( Raut wajahnya berubah sedikit, apasal nih ? )

Selepas bersembang kat walkie talkie dimana aku masih sempat ambil beberapa gambar..

Pakcik : ( Tiba - tiba tersenyum kat kami, geli aku ==' ) Err, kalau boleh janganlaaa rapat sangat dengan tiang tue, dah ramai yang bunuh diri kat sini dengan terjun ke bawah. Tengok tuuu..

Anak mata aku dan Black terus melirik daripada hujung jari telunjuknya ke suatu tanda amaran.

DANGER ZONE

Kiranya, bukan sesuka hati boleh masuk kawasan nie. Aku dah check Ipoh Parade dalam enjin carina google.com, adalaa dalam satu dua gambar atas bangunan Ipoh Parade, Ipoh, Perak. Persoalan nya, KAMI NAK BUNUH DIRI ? =_____________________=

Ini pemandangan Banjaran Titiwangsa dari atas bangunan Ipoh Parade, Ipoh, Perak.


Ini pula, Banjaran Kledang, Ipoh just got the best of the both world :)


Kalau aperture tinggi, gambar belakang blurr :D

Okeh, test drive kat Taman DR Seenivasagam lagi.




Gambar panorama nie 360 darjah kowt, hahahaha



Kamera Black, D80 :)




Pakai ICE buat panorama dengan gabungan 4 gambar.


Pakai ICE buat panorama dengan gabungan 2 gambar pula.




Nie depan rumah Syed, hehehe. Kena ambil dia pergi Lubuk Timah.

Okey, first time sampai sini, it was like.. Wowwww ! Kiranya, test shutter speed lah sini :D
Aku pilih nak buat ' freeze ' atau ' flow ' serendah mungkin.
















Sebelum balik, sempat lagi singgah kat tanah lapang belakang Petronas sebab nak tangkap gambar jea !

Ini jelahh kowt yang paling okay :l

Tiring day, yet I've learn something new in this field.

pss : jalan - jalan sampai separuh tank minyak aku dah guna ! Da kena top-up =='

5 comments:

  1. style pics...papehal baju temenggong still ade pic..haha...

    ReplyDelete
  2. hahaha dh besor serombong kapal ni membaca nya hahah thaks kepada cikgu black yg byk mengajar best lepak ngan korang apa2 jgn lupa aku kalau dpt shot fasha sanda haha

    ReplyDelete
  3. waaa.. nice pics especially tang air terjun tuh..lawa..

    ReplyDelete
  4. dah pro.bertapak meninggalkan yang amatur.keh3.

    ReplyDelete