Saturday, April 23, 2011

Buat perokok, tak kisah laa perokok tegar atau baru mencuba - cuba.



TAHUKAH ANDA ROKOK ITU HARAM!!!!


Pengharaman rokok bukanlah datang daripada hadis Nabi secara direct. Ia lebih kurang seperti pengharaman salah guna dadah. Tetapi ia adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Di Malaysia rokok telah difatwakan HARAM sejak tahun 1995 lagi! Dan Ulama Di Indonesia juga telah mengeluarkan fatwa bahawa rokok itu HARAM sejak lama dahulu! 

Namun sayang Fatwa pengharaman rokok hanyalah pada peringkat syariah namun pelaksanaan bagi membenteras pengisap rokok tetap tiada sama ada dari jabatan agama islam sendiri (padahal kes haram lain boleh plak ditangkap) apatah lagi pada undang2 sivil negara. Dan selagi undang2 sivil menjadi undang2 tertinggi negara selagi itulah undang2 islam akan diperkotak katikkan.


p/s : kalau dah buta hati , dosa pahal pun dilanyaknya. Nauzubillah.

1 comment:

  1. harap harap lepas ayah balik umrah ni, tak hisap rokok dah . aminn .

    ReplyDelete