Tuesday, April 5, 2011

HDR, Kuala Kangsar pula~

Assalamualaikum.

Mood : hurm, baru balik baca Yassin kat Hospital Besar Ipoh
Muzik : The Show Goes On - Lupe Fiasco

Ah sudah, mak lupa nak tinggalkan duit makan hari ini ! Duit dalam poket takde, bank jauh ! -.-' Lapar, perut dah merengek memandangkan matahari sudah tegak atas kepala. Terpaksa lah aku selongkar, jumpa jugak lah duit 50sen kali 6 keping = lepas lah nak makan roti canai 2 dengan Teh 'O Ais ==' Hari ini bangun lambat pun, ajak Hazmi ke maple, Nasir pun datang lepas kerja di kantin selesai. Tengah rancak bersembang, Hazmi ayat punggung dengan maple, masuk panggilan daripada mak aku, ajak ke Kuala Kangsar. Kena memandu lah tue -.- Takpelah, daoat jugak aku ambil satu dua gambar di sana, jarang sangat berbuat sedemikian walaupun selalu melawat kuala. Tapi syok jugak bawak kereta waktu siang, tak macam malam lepas. Bawak kena perlahan, lagi - lagi kalau nak ambil selekoh lepas turun terowong Menora. Dan tadi aku ambil lap 100km/h kat selekoh yang sama, best ! :D Rupanya, lagi laju kereta jenis mak aku tue, lagi mantap dan stabil kereta, tak heranlah kereta mewah banyak pandu laju. Tadi pun takat sentuh 130km/h, mak dah tegur suruh bawak 120km/h jea :s


Kenal tak bangunan nak runtuh nih ? Haaaa, aku pun agak - agak samar akan tujuan penubuhannya. Pavillion Square, Kuala Kangsar ini ditubuhkan sekitar 1930an untuk kegunaan isteri - isteri orang kenamaan atau kerabat diraja untuk beriadah. Kata ayah aku setahun dua lepas, mereka main permainan tradisional seperti congkak dan meriakan majlis - majlis tertentu di sini juga. Pada pandangan kita, kenapa bangunan buruk dan kecil ini menjadi tumpuan orang kenamaan ? Secara logiknya, dahulu bangunan dibina menggunakan batu bata sudah dikira hebat mahupun mewah. Aku pernah melawat galeri sultan ( Sultan aper entah ) di Bukit Chandan, melihatkan gambar - gambar dalam zaman awal Kuala Kangsar ditubuhkan, berdiri megah bangunan istana. Dapat memerhatikan Sungai Perak dengan luas dan jelas, dengan rumah - rumah rakyat jelata yang hanya bertiangkan kayu, beratap daun nipah. Jadi, kenalah kalau Pavillion Square ini tempat mewah untuk isteri - isteri orang kenamaan zaman dahulu.

Bagi yang tak pernah pergi Pavillion Square, Kuala Kangsar, Perak, bangunan tersebut sebenarnya terletak bersebelahan dengan kawasan Kolej Melayu Kuala Kangsar dan MCKK pula terletak bersebelahan dengan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, tak jauh pun dengan Hospital Kuala Kangsar. Dari jauh, aku dapat lihat anak MCKK sibuk dengan latihan untuk hari sukan, berikutan berkumpulan berlainan warna baju satu sama lain, siap ada lumba lari 100m sesama sendiri. Ada lah dalam 100 pelajar bermuka newbie berkedudukan teratur, sah - sah junior kena kawad, hahaha. Well, aku masa kat ASiS dua tahun terlepas kawad :P

P/s : kami singgah ke rumah Pak Yob, mak aku gelar rumah dia rumah Bollywood Kuala, hahaha. Besar gile kowt, aku segan laa nak ambil gambar rumah dia :X

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...