Wednesday, April 13, 2011

Siapa kenal encik kertas ?

Assalamualaikum.

Mood : geram kat nyamuk, mane entah dowg masuk -.-
Music : Too Phat- Alhamdulillah (Malay Version), fav aku sejak primary school wei !

Hah ? Kenal tak ? Hehehe, sebenarnya, aku dah lama stalk beliau dalam myspace. Myspace ? Sounds lame ? ==' Well, aku kenal sejak zaman myspace lagi, agak - agak... masa aku tingkatan 3 kowt. Selalu la jugak aku tengok gambar - gambar, dan baca serba sedikit profile dia, memandangkan tak set private to non - friend XP Gambar yang diambil menarik dengan berkongsi pengalaman dan pemandangan kawasan luar yang tak pernah aku jejak seperti Singapore and Phuket. Minat kat DLSR aku pun mula menebal dari beliau juga. Kalau korang  sedar, Myspace juga ada menyediakan perkhidmatan sistem ' blog ' bagi sesiapa yang suka tulis daripada cakap ( asal aku terasa ? -,- ). Cuma dua entry dia tulis secara umum kepada orang luar, 10 things to do before 35, 10 things to do before 40. Aku baca, wahhhh ! Besar cita - cita dia, tengok jawatan dia lah kan, hohoho. Entah tadi baru aku terfikir pasal profile dia, dan nasib baiklah aku boleh ingat url dia. Baca balik blog myspace dia, aku tertanya sendiri.. " kau tak nak buat camtu ? " Fikir - fikir balik, aku cuma letakkan semua impian dalam kepala sahaja, hanya berniat berusaha sungguh - sungguh dan dapatkan keputusan SPM dengan baik agar dapat ke Perancis. Then ? Here I come up and challenge myself to complete my  " 10 things to do before 30 " list.

1. Menunaikan haji :)
2. Nak buat umrah dengan family !
3. Dapatkan pointer Master dalam course aku pilih dengan 3.0 keatas, insyaAllah
4. Sebidang tanah lot perumahan dan ladang
5. Sebuah rumah yang dimiliki sepenuhnya
6. Mini cooper warna merah garang :D
7. Ir. Mohd Qhassimi Bin Mohd Nor Hamizi yang valid di Malaysia :)
8. Saham target nak tambah lagi RM7000
9. Melawat Felda Bera Selatan 01, hutan kesayangan aku :')
10. Marry a queen :)

P/s : lantak koranglaa nak gelak ke ape, nie blog aku laaaa ! Hahahaha, peace yaw ! :DD

4 comments: