Sunday, August 14, 2011

Nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (470-561 hijriah)

Assalamualaikum.


Wahai anak muda!
•Tegurlah dirimu sendiri dahulu sebelum menegur diri orang lain.
•Perbetulkan diri kamu sendiri dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.
•Perhatikan diri kamu sendiri dahuklu sebelum memerhatikan orang lain.
•Perdulikan diri kamu sendiri dahulu sebelum memperdulikan orang lain.


Sekiranya kamu masih "buta" (dalam hal keagamaan dan ketuhanan), bagaimanakah kamu hendak membimbing orang lain? Hanya orang yang celik sahaja dapat membimbing orang lain. Hanya pakar berenang sahaja yang mampu menyelamatkan mangsa yang sedang lemas di laut.


Hanya orang yang telah mengenal Allah sahaja dapat membawa/membimbing orang lain dalam perjalanan menuju kepada Allah. Bagaimanakah seorang yang "jahil" tentang Allah mampu membawa/membimbing orang lain kepada Allah?


Janganlah kamu bertanya, apa yang "patut" Allah lakukan. Kewajipanmu hanyalah mencintai Nya dan berbuatlah segalanya hanya keranaNya bukan kerana "ghairullah" (selain Allah). Takutlah hanya kepada Allah, jangan takut kepada "ghairullah". Ia mesti tersemat di dalam hati bukan hanya berkata pada lidah sahaja. Di dalam "diri sendiri" bukan semata untuk menunjuk-nunjuk pada khalayak ramai.


Sekiranya "tauhid" dipintu rumah tetapi "syirik" di dalam rumah, ia umpama "pepat" di luar "rencong" di dalam. Orang Munafik namanya. "Celakalah" orang yang lidahnya lurus tetapi hatinya bengkok, lidahnya manis tetapi hatinya pahit.


"Celakalah" orang yang berpura-pura menjadi "Hamba Allah" tetapi patuh kepada "Ghairullah". Jika kamu benar-benar hambaNya, maka janganlah patuh kepada ghairullah. Orang yang benar-benar beriman tidak akan "taat" kepada nafsunya sendiri, iblis dan syaitan. Dia tidak sesekali patuh ajakan syaitan dan tidak akan di kuasai oleh "dunia". Hanya Allah sahaja dipandangnya setiap ketika.


Buanglah "syirik", tegakkan "tauhid" Allah yang menjadikan segala-galanya. Janganlah meminta kepada "makhluk" pintalah hanya pada Allah kerana DIA memiliki segala-galanya. Setiap perkara ada tersimpan dalam perbendaharaannya.


Wahai anak muda.


Terimalah dengan ikhlas apa yang di taqdirkan kepadamu. Tanamkan perasaan sabar di dalam kalbu. Taatlah kepada Allah dengan penuh khidmat. Jika kamu berbuat demikian, Dia yang Menentukan Taqdir akan melimpahkan Keberkatan dan Rahmat kepadamu, jauh melebihi dari apa yang kamu harap dan sangkakan...  

Sumber : MDKA facebook page :)

No comments:

Post a Comment