Wednesday, September 28, 2011

Earphone jea pun.

Assalamualaikum.
Mood : Rasa segan bila terfikir pasal kejadian tadi -..-
Music : Pot Of Gold - Chris Brown


Lokasi : Learning Hub, F2 ( Blok TCR )

Izat ! Kau ada nampak tak earphone aku tadi ?

Tengah gelabah mencari Philips tersayang, spontan jea soalan tue keluar dari mulut aku. Hai, senyap jea. Sibuk sangat kat calculus atau tak habis - habis dengan iPad 2 baru dia tuh ?

Apa dia ?

Mata dia tetap tekun pada 'sekeping besi', tenung macam boleh tembus iPad tuh. Nampak bebenor tak kasik perhatian kat aku -.-' Ingat baru jea nak dengar lagu, biar dengar lagu rancak macam The Diary of Jane - Breaking Benjamin, baru ligat sikit otak nak buat calculus. iPod dah sedia menyerah diri, tinggal nak sambungkan earphone jea, seluk tangan dalam poket kecil kat bahagian luar beg, cari earphone. . . tiada !

Alaaa, earphone aku tadi. Kan aku ada dengar lagu masa tengah makan kat cafe. Perasan tak ?

Tanyaku lagi, sambil memeriksa setiap poket sweater aku, manalah tahu kalau - kalau ada. Philips tue baru aku beli dalam 2 bulan lepas, sangat berguna dalam kelas IT, memandangkan kelas IT ada lagi dalam semester nih. Lagi - lagi kalau nak preview projek yang ada menggunakan lagu. Kecil jea makhluk tuh, tapi saaangat bermakna dalam hidup aku ! Once aku sayang sangat suatu benda, tak kiralah berapa nilainya pada mata orang, aku tetap akan menghargai dan menjaga sebaik mungkin. Atau mungkin sebab aku beli dengan duit sendiri, tu yang sayang lebih? Entahlah, kalau tak sayang, tak lah aku gelabah mencari earphone tuh. Nie, gaya selongkar beg dah macam nak cari cek 1 juta yang hilang !

Tinggal kat cafe lah tuuuu masa kita tengah lunch tadi. . .

Tenang jea dia jawab, tapi otak aku dah sesak dengar dia cakap macam tuh ! Minda aku terjemahkan 'tinggal' Izat tadi kepada '99.99% takkan jumpa lagi dah !' Haih, lagi gelabah aku jadinya. Mana taknya, bila student foundation + degree + master + PhD dah mulakan course masing - masing serentak, maka secara logiknya keadaan kat cafeteria jadi sesak dengan manusia kelaparan pada waktu lunch sekarang nih. Takut jugak kalau ada yang gatal tangan. Nak tak nak, aku terpaksa mengorak langkah ke cafeteria, perjalanan biasa 3minit jadi seminit bila aku berlari anak. Fikiran aku menimbang. . . 'ada harapan lagi ke nak jumpa earphone tue? ' 'Berusahalah dahulu dan tawakal, insyaAllah ada', harapan inilah yang menguatkan semangat aku, uhuhu.

Lokasi : Cafeteria

Mak aiii ! Ramainya ! Tadi rasa tak lah sesak sangat ! Rentak aku berjalan pun terpaksa kuperlahankan, takut - takut terlanggar orang. Dalam keadaan macam ini, kemungkinan nak terjadi terlanggar-orang-sedang-menatang-makanan lagi tinggi. 'Si mangsa' tiada rezeki nak makan, baju aku jadi kotor, dah bertimbun pulak masalah nanti. Sesak dengan orang ramai, pandangan aku sempat singgah kat meja aku isi perut tadi walaupun jaraknya dalam 10meter. Alah, dah ada orang duduk kat meja tadi ! Percent harapan aku tadi dah turun kepada 50% ! Langkahku terhenti, melihatkan penuh meja itu dengan. . . perempuan seMARA ! OMG, secara autopilot aku jadi segan. Sumpah segan. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam nie, mungkin sebab aku tak kenal diorang kowt. Rasa-rasanya, dalam ramai - ramai budak perempuan seMARA, 6 nama jea aku kenal. Kenal nama dan tuan punya nama jelah, tu pun sebab budak lelaki selalu sebut - sebut kat telinga aku. Naik bernanah aku dengar -.-' Lain daripada tue, tak kuasa aku nak ambil tahu. Kenal Thermal Science A lagi bagus :D Namun, mata aku kembali jatuh kat atas meja mereka, mencari - cari harta berharga tersebut. Memang sia-sia lah kan kalau dah 10meter, apa yang nampak sangat pun. Dengan orang lalu lalang lagi, takat lauk pauk deme makan jelaaa aku nampak =='

D-SIM, demi Philips kau.

Kus semangat, fikir pasal Philips tebal muka jelah. Baru nak meengorak satu langkah, ada salah seorang daripada mereka perasan kehadiran aku dari jauh. She stared at me like a hungry werewolf, damn adrenaline made me fucking nervous ! Asal kau tenung lama - lama ? Belakang aku ada Jack the Ripper ke ? Kau tengok orang lain kan ? kan ? T.T Aku dah putus harapan. Perlahan - lahan aku menapak keluar daripada cafe, dengan hati yang sedih,huhu. Hilang Philips = duit melayang = duit bakal melayang lagi. Aku kembali ke Learning Hub, duduk malas atas kerusi beroda. Apa nak buat apa nak buat apa nak buat ? Ingat balik. . kalau tak silap, duduk paling hadapan tadi, Kecik. Okay, dah tentu perempuan Melayu beliau. Orang panggil Kecik sebab dia rendah dalam kalangan perempuan seMARA kowt. Setahu aku, Kecik lah paling rendah, nak kata sebab tubuh badan dia kecik, yang lain aku perasan sama kecik jea.. Keding pun ada, hoho Wait, Kecik ?

Assalamualaikum, wei, kau ada nampak earphone tak atas meja korang ?

Kau jangan cakap tue earphone aku Izat, atau aku yang mintak. Pleaseeee ! Berulang-ulang kali aku cakap benda yang sama walaupun aku tahu dia tumpukan lebih perhatian on phone conversation.

Owh, okay.

Ai, macam tak sedap jea bunyinya. Jangan-jangan . . .

Hm, takdelah D-SIM

Ringkas, cukup buatkan aku patah hati, lagi ! T.T Dahlah, yang dah pergi biarkan dia pergi walaupun hati tak rela ! Mood tiada, mata nak jamah calculus pun dah tak lalu, nie kan pulak nak habiskan soalan compose function. Layan tea 'O panas Lipton lagi masyuk~

'Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya kan Izat ?', terpacul ayat tu dari mulut aku. Aku selesa sikit dengan Izat. Dia rajin ajar aku cara buat kek batik haritue, dulu educamp TNB sama-sama, kat sini group dan tutor pun sama. Kiranya, selain Harith, aku rapat jugak dengan Izat. Izat lah pun yang 'bawa' aku ke masjid dulu. InsyaAllah, Oral Presentation kelas Study Skills nanti kami satu group jugak. Aku terus memujuk diri dengan bersabar, and live on ! Baru sedang syok explain compose function kat Arip Hilang, datang Kecik kat Izat. Mereka bertegur sapa kowt ? Lantaklah, aku bukannya jenis busy body.

Earphone kau warna hitam eh ?

Laju jea telinga aku menangkap percakapan dia bila ayat dia bermula dengan 'earphone' . Hah, mungkinkah ???

Nah. . 

Aku nampak wayar yang berserabut berwarna hitam, pasti ! Mana dia jumpa, entah. Asalkan benda tue ada kat depan mata ! Aku dah tersenyum lebar tapi mataku memandang tepat earphone dalam gengaman Kecik. Bagaikan budak kecil menantikan duit raya, perbualan mereka langsung aku tak endahkan. Aku terus menanti dan menanti earphone tuh, nak mintak segan dan Kecik ingat earphone tue Izat punya, bukan aku. Kan dah jadi pelik kalau aku yang terlebih excited ? Pfffff. Hah, earphone bertukar tangan, mata aku pun melirik mengikut sekali. Belum sempat Izat nak merungkai wayar yang sedia serabut tuh, aku tangkas mengambil earphone dari tangan Izat lalu aku main-mainkan earphone di depan mataku, bagaikan mimpi ! Ya Allah, aku dah jumpa balik barang aku ! Kejap, bukan aku yang jumpa tapi Kecik. Teringatkan dia, aku terus mengalih pandangan kearah mereka, aku nak ucap terimaaaaa kasihhhhh baaaaanyaaakkkk baaanyaakk ! Eh, 'mereka' tue dah jadi Izat dan orang lain, seorang perempuan seMARA jugak tapi haram kejadah aku tak tahu nama dia -,- Mana Kecik nih ? Haih, rasa bersalah pulak tak berterus terang apa milik siapa kat Kecik tadi. Muke dah laa comel, susah - susah jea tolong aku XP  Apa - apa pun, arigato Kecik ! :D

Nama beliau SHE1360/97. RM 15 jea, kat Tesco berkotak-kotak ada jual. Sebab 'SHE' lah kowt aku sayang sangat kat benda alah nih :P


P/s : rindu same-sex-school macam ASiS, kalau tak takde masalah kowt tadi -..-

6 comments:

  1. hahaha sama-sex-school. xD ta ble blaa ayat. hahaha~ lulz sayang ehhh buah ati penyumbat tinge ko tuu~ hahah bguslaaa dpt jmp blek xD

    ReplyDelete
  2. mestilaa sayang..aq xmain cinte tige segi cam ko~ lalalala :P

    ReplyDelete
  3. philips punya earphone best wehh.serious :D

    ReplyDelete
  4. siut hang. manade cinta tige segiii >.<

    ReplyDelete
  5. @boy : yeah, tapi philips xley lawan beats laa,haha

    @jajan : yolah, papehal pun. . . mane kek batik ! D;

    ReplyDelete
  6. alalala, lwak je ko nih..
    btw, thniah sbb dh jmpe blik 'she' ksygn.. hehe.. ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...