Monday, September 26, 2011

Kita merancang, Allah yang tentukan.

Assalamualaikum.
Mood : Baru masuk jam 2200, aku dah mengantuk !
Music : Joe Brooks - Someday





Yeah, HE knows the best. Haritue aku ada cakap nak beli handset and speaker dengan Buncit kan ? Masa dalam ETS malam Jumaat tue, Buncit hantar mesej :

Aku x g lowyat ahad ni. Bz sori2 @.@

Aku tutup message application, mata pejam, dalam hati jerit. . . Adoiiiii ! Dah banyak kali ajak dia keluar, tup tup dia sembang pasal promosi gajet + computer thingy. Bila ditanya kenapa excited macam orang baru kenal dunia teknologi ? Relax jea dia cakap, " Aku baru balik dari Low Yatt ". Kalau dia ada sebelah aku, dah lama aku sekeh kepala dia -..-  Ajak Arif Aizat ( budak ASiS panggil dia Arif Gila sebab perangai dia gila - gila, gila beliau jadi kuasa dua kalau jumpa sama geng, atau orang yang seotak macam dia. Penat korang tau nak layan perangai dia ==' ) dia tak rajin pulak nak ikut. Aduh, berkurung lah aku dalam rumah macam anak dara kat tingkat bawah nih. Tapi, pagi tadi dapat mesej daripada Nas :

Lepas zuhur kat masjid, tunggu kat sana. Nanti kita gerak sama-sama pergi Open House 

Alhamdulillah ! Isi jugak masa aku weekend nih ! Tunggu ! Nas ? Nas sebenarnya baru aku kenal malam semalam, jumpa kat masjid, lepas Solat Isya'. Solat semua habis pukul 9, sembang punya sembang sampai pukul 10 baru reti nak bali ke bilik, haha. Nazirul ( orang panggil Nas ), 3rd year Mechi Eng under Petronas. Orang Parit Buntar ! Pastu kenal pulak dengan Athar,1st year Pharmacy ( previously A-Level kat Intec, so nanti 2 tahun kat Nott. UK ) dari Baling dan juga Afiq 1st year E&E Eng, dari Teluk Intan, Perak ( Perak rulez ! ) buat under Gamuda ! Pergh ! Tak tahu pulak kasi no kat Nas ada makna *wink wink. Untunglaa jimat makan sehari aku kat Nottingham ! Dah nampak kebaikan budak degree habis sem break ! :D

To make it short, berbelit woah Seksyen-seksyen nih ! Pening kepala nak cari rumah Faris ( tuan rumah, 3rd year Mechi Eng. kira geng Nas laaa.. ) Tapi at least, aku belajar sikit jalan - jalan sekitar Bandar Baru Bangi + Kajang nih, I even now know on how to not use SILK highway to reach Bandar Baru Bangi. Yang syoknya, konvoi kereta laaa hehe.. Ada laa dalam 4 kereta, semua senior kecuali Harith, geng sefoundation macam aku, huhuhu Segan nak mati -.-' Tapi dah sampai open house, nampak makanan, malu segan semua letak tepi.hahaha Btw, aku jadi happy gila bila nampak anggur hijau + chocolate cake with white cream topping + air mineral Select' ! Weeeeehooooo ! . . . .  Comot gak laa jadinya mulut aku tengah hari tadi,hehe 

Dalam tawa dalam sembang bersama kenalan baru, terdetik hatiku, masjid lah jadi tempat bermula segalanya. Aku pasif, I mean, aku jarang nak pergi TCR nak jumpa kawan SeMARA dan lepak - lepak kat sana buang masa. Kalau pagi rajin laa aku nak ke sana, tu pun sebab nak download game ( pagi = orang tak ramai guna internet = more or less 4MB/s ! ) Kalau pergi gym atau main badminton, kawan boleh laa jumpa aku kat Sport Complex petang-petang . Tapi, pergi masjid tunaikan fardu ain tu bagi aku wajib laa dan dari situlah aku kenal senior - senior nih ( sedihnya tak ramai kawan seasasi turut serta, sebab tu kawan cakap aku anti-sosial sebab tak selalu lepak dengan diorang, aku selalu ke masjid instead ! ). Well, impression aku, orang rajin pergi masjid memang baik dan ternyatalah pada sifat senior - senior yang aku kenal dari masjid. Nas, Amin, Afiq, Athar, Afiq lagi sorang, Lukman, Zabit, Hafiz, Lah, Lutfi, Daniel, Izat dan  kalau berkawan dengan orang baik dah tentu kawan mereka baik jugak kan ? Berkenal dengan kawan mereka, Faris tadi, well, baik jea aku tengok dia, cakap pun lembut ( bukan bapuk okay ! ) Kat sana pun aku siap kenal Amil, Law Syariah kat KUIS, baik jugak. It seems like, the mosque institution plays major role to unite among the Muslims here, dan dah tentu aku bersyukur dapat berkawan dengan orang yang betul :) Aku sebenarnya takut hanyut jea kat sini, kat U kan bebas, kat sini lak, tingkat 1 dan 3 untuk lelaki, tingkat 2 untuk perempuan. Aku pernah jugak "bernasib baik" bila nak pulang dari gym ke bilik, nampak perempuan pakai T jernih dengan boxer jemur boxer kat ampaian tingkat 2. Itu sumpah rezeki XD Ish, kalau iman tak jaga, macam - macam boleh jadi wowww ! Aku seronok bila tengok saf satu dua penuh walaupun berbilang bangsa, tapi kan lagi syok bila kenalan Melayu turut serta, kan ? Bila ada orang yang sama-sama mengamalkan adat,adab dan fahaman persekitaran yang sama macam aku, tak jadi janggallah aku yang bertubuh kecil nih nak solat dengan kiri kanan aku bodyguard * you know what I mean #.# . Selain tazkirah daripada pak Imam Palestin, si senior-rajin-ke-masjid pun rajin buat usrah, saling tegur menegur pasal agama mengambil sedikit kesempatan untuk kita sedar siapa diri kita di muka Bumi ini. No man is an island dude, tapi kalau salah cari teman, jiwa pun boleh jadi serabut ! Teringat suatu hadis al-Bukhari dari Abu Musa :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Tak rugi kan kalau kawan dengan orang yang rmenuju ke arahNya ? Fikir dalam - dalam, ada hikmah setiap apa yang terjadi, kan ? ( selain dapat invitation ke open house :P ). Hmm, aku percaya, Allah 'gagalkan'  rancangan aku, sebab nak buktikan sepotong ayat yang dahulunya tidak jelas bagiku maksudnya hinggalah ke hari ini :  berkawan dan berpisah kerana Allah. Allah Maha Besar :')

Update : Thanks Payeh !

P/s:  Entah apa aku google tadi masa tengah makan roti, jumpa pulak gambar nih. Khas untuk lelaki ! :D


Esok Sem 1 bermula. Bismillahirrahmanirrahim.

4 comments:

  1. ha'ah.. intan pun bese jadi camtu.. well, He knows the best.. apa yg berlaku pasti ade hikmahnya..(ayt klise:))

    ReplyDelete
  2. hana boleh baik dengan jiran sebelah bilik sebab pergi terawih kat masjid sama2. :)

    ReplyDelete
  3. mnusia yg paling lemah ialah org yg tak sanggup m'cari teman dn paling lemah drpd itu ialah org yg mensia - siakan teman yg diperolehinya..

    ReplyDelete
  4. that's right intan !

    woah, ada dua hana kat sini :D
    kalau pergi tarawih sesame, mesti rase secure bila nak balik rumah sekali kan ?

    tu hadis ke cik farhana ? btw, good reminder.

    ReplyDelete