Thursday, September 29, 2011

Macam . . . melepas jea.

Assalamualaikum.
Mood : Damn tired, less sleep and . . lactic acid ?
Music : Secondhand serenade - Maybe

Ya Allah, nie kalau dapat guling - guling atas katil nih. . nikmat gila ! Rasa penat woah hari ini, semalam layan One Piece sampai pukul 3 pagi, bangun subuh pekena mandi air panas dah susah nak tidur pulak. Kelas pagi mana ada, kelas start 2petang sampai 4.30 petang jea pun. Basuh baju, layan movie, kemas rumah, buat tutorial semua sempat buat pagi tadi. Aku siap sempat pergi sign up kelas foreign language.  Tapi, waktu dalam kelas lah boleh tertidur. Ingat saja - saja nak 'relax' lentangkan tangan atas meja, kepala jatuh atas lengan. Sekali sedar - sedar, dah jauh lecturer explain pasal Magnetism and Electric -..-' Jangan ikut perkara terpuji ini yeaaa adik - adik. Orite, aku sebenarnya dah plan nak balik Ipoh petang tadi, cuma yang memberatkan keadaan. . . betul ke ada Islamic Studies hari jumaat ? Tanya - tanyan kawan, agak noob bila aku orang terakhir tahu Islamic Studies ada sem hadapan -.-' Tak kesahlah, janji belajar 3 hari seminggu sem 1 nih. Untunglaa duduk kat Nottingham :D Tapi, Faiq ( Pak Arab Pakistan merangkap vice president Islamic Center ) mintak tolong aku belikan kain pelikat. Dalam 20 helai ( helai ke ? entah, aku tak tahu,huhu ) Hah, sini pelik sikit. Most Muslim foreigners suka pakai kain pelikat walaupun sedia pakai seluar panjang melepasi lutut. Sebabnya ? Entah, berat pulak mulut nak bertanya. Logik jugak kalau Faiq suruh belikan, aku tengok banyak yang dah hampir lusuh warnanya dan Alhamdulillah dengan kehadiran foundation + degree + master + Phd students, nak pakai kain pelikat tue diorang terpaksa pakai bergilir gilir, rasa boleh bukak kaunter giliran kowt, hehe. Perkara yang paling aku suka pasal orang arab,

" foot to foot, shoulder to shoulder, don't leave gaps for Satan in prayer "

Diorang cakap dan amalkan ayat tuh. Harmoni ketika solat tue terasa wujud kalau solat kat masjid sini. Kalau masjid kat kampung ( bandar pun sama ). . . bukan main jarak lagi antara kaki ke kaki, apatah lagi nak rapatkan bahu ke bahu. Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul, kan ? InsyaAllah, aku percaya kesedaran antara Islam masyarakat kita boleh berubah.

Dan insyaAllah, macam mana sekali pun aku kena keluar cari kain pelikat hujung minggu nih. Sabtu kowt ?  Dan kemungkinan besar, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN to go! Alang - alang menyeluk pekasam, Low Yatt terus pastu! XD  Eh, aku dah terlari tajuk ke ? =________= 

Okay2, sebenarnya Aiman Radzman bakal fly ke Mesir Isnin nih, dah beliau nak jumpa - jumpa kat Sunway. Sunway ? Yeah, tue yang Aizat Ghazali beritahu aku tadi. Sunway tue....kalau dari Kajang adalah :

1. Ambil Bus Nottingham ke KTM Kajang = estimate time 45min.
2. Tunggu komuter - estimate time 10min or even an hour, i don't believe the commuter time table at all -.-'
3. KTM Kajang ke KL Sentral = estimate time 30min - 45min.
4. Tunggu train Pelabuhan Klang kat KL Sentral, 30min ?
5. KL Sentral ke Subang = estimate time, 30min kowt
6. PALING BENCI : Bus mini ke Sunway = 20min rasa macam 5 jam dalam kenderaan kecil/sempit/panas tersebut ! D;

Kesimpulannya ? Macam pffffff. Kalau Mid, Pavi or KLCC okay laa kowt sebab access senang. Nie nak consider timing solat Jumaat lagi. Buat Aiman, bukak Berita Harian esok. Aku kasi teks salam perantau khas buat kau :

Saya, D-SIM dari Nottingham UK ( bajet...err,insyaAllah bakal ) ingin memohon maaf zahir dan batin kepada Aiman b. Radzman yang berada di Malaysia kerana tak rasa dapat turut hadir pada farewell esok hari. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, selamat berlepas dan sampai ke Mesir. Jaga diri, jaga nama negara dan keluarga, jaga iman sekali !  Jangan lupa kawan kat Malaysia ! ;(


( Aiman Radzman si bajet cute jelir lidah kat kamera, yang tersengih nampak gigi paling depan nih Aizat Ghazali. Untunglaa member semua hensem,haha.)

InsyaAllah selamat perjalanan kau nanti man, insyaAllah.

P/s : kalaulah aku rajin angkut kereta mai Nottingham nih~

No comments:

Post a Comment