Sunday, October 23, 2011

I had a great today ! :D

 السلام عليكم

Mood : Rasa macam mengantuk, tapi tak rasa nak tidur pulak -.-'
Music : The Script - Nothing

Dah lewat malam, rasanya tak berblogging lama-lama kowt. Kiranya tadi, ingat nak pergi makan. Tapi, tak tahu nak makan kat mana,hehe. . Dah puas pusing kat Pekan Lama, tiba - tiba teringat pulak kat restaurant Radix yang terletak di Silibin; pinggir bandar Ipoh, weehooo. Pak Cho cakap ayam goreng kedai tersebut sedap * yummy yummy, aku semua benda yang dikomen sedap aku nak rasa ! Drift punya drift, kedai Radix tutup ! Dah rusing kepala nak fikir makan kat mana. Mak punya komen pulak, cakap makan sahaja kat dalam Kampung Manjoi. Yeah ! Dalam Kampung Manjoi, banyak jugak kedai makan dan yang paling femes kat sini kalau tak silap dek kuey teow goreng deme masak. Nak komen pun . . entahlaa, eden tak suka kuey teow sebenarnya, haha. Jalan slow-slow dalam kawasan kampung tue....kedai tutup -.-' Aik, rasanya dulu, pergi waktu siang pun dah bukak. Last-last pusing-pusing dalam kawasan situ sampai Masjid Ar-Rahman ( aku panggil masjid biru.) Aaaa ! Rindu gila kat masjid nih ! Dulu masa kecik, rajin melawat rumah Mak De ( rumah lama beliau ), dah rumah dia tak lah jauh sangat daripada masjid biru tu. Kalau terdengar azan, memang jakun laa berkayuh basikal pergi ke masjid. ( Dulu 9 tahun duduk di kawasan tiada masjid. Kira, syahdu laa dapat dengar azan dari rumah yang kita overnite, T.T ) Pernah jugak redah dalam hujan dek nak ke masjid nih, huhu Solat Jumaat pun pernah sini... dengan Pak De sekali. Yeah, aku rasa aku rindu tempat ini sebabkan Pak De. Banyak kenangan suka, mostly ketawa dengan lawak Pak De. Moga Allah rahmati roh Pak De, amin :) 

Lepas solat, mak cakap " Mimi. . . jom pergi Kuala Kangsar ". Abah pulak sambung, " Jom pergi Taiping jelah, makan - makan kat Changkat Jering " Erk ==' Aku banyak benda nak buat,huhu. Aku slow talk laa dengan parent memandangkan aku ada exam minggu depan,hoho. Kena banyak rehat + study :P Sekali aku terfikir. . . " Jom pergi Kinta City Jaya Jusco "






Black Canyon Coffee. Mum seemed happy dengan menu kat sini :D Abah, awal - awal mintak Espresso, hahaha. Okay, aku ingat laa apa yang masuk dalam perut aku + family hari ini :



Menu :

Mushroom Soup
Tuna Sandwich 
Thai Spicy Tuna Salad with Lemongrass 
Thai Seafood Tom Yum
Stir-Fried Fusili with Spicy Dried Tuna Tom Yam
Spaghetti Chicken bende ntah
Chicken ham with oyster souce ? Aku sendiri lupa menu utama aku -,-

Drinks :

Iced Chocolate
Orange Juice
Watermelon Juice
Espresso

Senang cerita, sedap laa. Cuma slack kat tom yum tuuu. Masin sikit, I mean, portion garam dia terlebih daripada biasa ( since ada makanan masin as it's original taste. I bet the case doesn't fall onto BC tom yum ). Mak paling suka salad, ahaha. Aku taram tomato sensorang. Dan tak tahu pulak Jasmine tea compliment  Espresso...Espresso...hm,now I know kenapa tak boleh tidur, yes, I'm blaming you Espresso. Adoiii. . . Espresso pahitttt !



Next stop. . MPH. Haaa... kat MPH tadi aku jumpa majalah SLR bertajuk Landscape. Pwehhh, aku baru jea download majalah yang sama semalam ! Jimat duit merah aku hari ini XD  Sedang cari - cari novel, mak tunjukkan suatu buku.


Eh, rasanya. . . baru jea sembang pasal isu orang Islam yang perlu kaya supaya dapat menegakkan syiar Islam secara financially dengan mak abah semasa menunggu pesanan tiba. Tup tup, jalan kat MPH jumpa novel terus ! Ya Allah, petanda ke nih ? Dah 'mulut masin', angkut jelaaa~ 

Next stop, Popular. Adik aku tergedik - gedik nak beli buku latihan sekali alat tulis. Haih, dah nak spm baru nak kelam kabut. Sementara tunggu, sempat 'singgah' kat satu novel inggeris ' The Confession by John Grisham '


An innocent man is days from execution. Only a guilty man can save him. Travis Boyette is a murderer. In 1998, in the small East Texas city of Sloan, he abducted, raped, and strangled a popular high-school cheerleader. He buried her body so that it would never be found, then watched and waited as police and prosecutors arrested Donte Drumm, a local football star with no connection to the crime. Tried, convicted and sentenced, Drumm was sentto death row: his fate had been decided. Nine years later, Donte Drumm is four days from execution. Over 400 miles away in Kansas, Travis faces a fate of his own: an inoperable brain tumour will soon deliver the end. Reflecting on his miserable life, he decides to do what's right. After years of silence he is ready to confess. But how can a guilty man convince lawyers, judges and politicians that they're about to execute an innocent man? "

Macam best kan ? Tapi kalau tak silap, ada movie pasal tajuk nih. Tak tahu laa kalau berdasarkan buku ini atau tidak. Still. . . aku tak beli pun novel nih. Novel Contengan Jalanan pun tak habis lagi + Orang Islam Harus Kaya yang wajib baca dalam masa terdekat = jumpa lagi tahun depan yea The Confession :)


Popular dah ada paper bag ! Nice !

Lepas beli barang dapur kat Econsave, singgah solat Asar kat rumah Mak De. Selalu balik Ipoh mesti singgah rumah beliau, hehe  Guess what ? Mak De buat Kek batik ! :O



Mak berbaju biru bersama Mak De ;)


Macam banyak, idea aku ajak sedara-mara lain datang sini makan ramai - ramai. The more, the merrier !


Pucuk di cita ulam mendatang ! Sekali dinner kat sana ! Alhamdulliah murah rezeki hari ini, perut kenyang hati senang ! Jumpa pulak kek batik ! Weeeeehhoooo ! * Mak De dah siap - siap kasi satu tupperware kek batik kat aku, huhu Sayang Mak De :*


P/s : I really enjoyed today, with all the smile faces of relatives. May Allah bless our togetherness :)

2 comments:

  1. spaghetti chicken ham la.
    next, cuba try combination rice dia.. terbaek..

    ReplyDelete
  2. dah rase haritue... sedap gak :D

    ReplyDelete