Tuesday, December 20, 2011

Oh Pantai Timur B)



السلام عليكم




Negeri yang terlibat   : Pahang, Terengganu dan Kelantan
Jarak perjalanan        : 1457.1 KM  ( Dalam 1200 KM aku drive. Penat tahu ? )
Durasi perjalanan      : 4 Hari 3 Malam
Lokasi penginapan    : Vistana Hotel Kuantan, Sutra Beach Resort & Spa, Pantai Merang dan Felda    
                                   Residence Kuala Terengganu

Komen ( dah macam freelance tourism product pulak ) :

                   Sakit bontot drive lama - lama weh -_- Oh yea, terbukti dengan Shell anda boleh pergi jauh jika tidak tutup enjin setiap kali berhenti walaupun dengan isi minyak RM60 sahaja serta tak main 'tarik' minyak ( kalau bawak laju tak tarik takpe, aku bawak 150-160 km/h atas highway. Meter segan nak turun bawah 120 KM~ ). Dengan RM60, dari Simpang Pulai,Ipoh ke Kuantan,Pahang, ikut meter aku jumlah jarak perjalanan masa itu 460KM :)  Di Kuantan aku rasa awesome + jakun sebab 1st time rasa angin monsoon kuat gila babeng, serius rasa badan macam lalang kena main dek angin. Kuat, mak pulak risau banjir. Oleh sebab cuaca tidak begitu baik, sekadar tengok Pantai Teluk Cempedak dari dalam kereta, dengan wiper terpasang -,-  Bendera Merah naik kowt. . . Pergi petang, malam pagi esoknya pun sama. Haih, tiada rezeki. Still, rugi tak pergi cari seafood di Kuantan ni. Lebat macam nak rak pun hidup jea kedai sampai ke lewat malam. Hari kedua spoil sebab kena ulser mulut. Nasib ada bakal doktor tolong, hoho. Sebelum chao ke Ganu, kitaorang shopping sakan kat East Coast Mall walau personally. . . sana kurang pilihan brand lah ==' 


 Fakta : MPK ( Majlis Perbandaran Kuantan ) lagi maju daripada MBI ( Majlis Bandaraya Ipoh ). Perbandaran lagi hebat daripada Bandaraya ? Terbalik dah kowt sistem kat Malaysia~


       







                  Bestnya Terengganu sebab awek sini cun-cun. Cair den XD Okay, jalan pantai sini lebar dan panjang, lagi-lagi jalan selepas Rantau Abang jalan lurus jea ( memang best nak buat ala Need For Speed kat sini ) Faktanya : Pemandu sini tidak sopan. Anyone ? Bukan nak insult, tapi pengalaman, itu lah pandangan pertama aku kat pemandu di sini. . . sampai sekarang,huhu Siapa agak nak rasa tenang, boleh laa menginap di Sutra Beach Resort&Spa, Pantai Merang. . . tapi bukan waktu musim tengkujuh ! Masa aku stay, dari petang sampai ke pagi esoknya bunyi ombak menghempas pantai kuat ! Rasanya, bayu darat waktu malam, tapi asal angin dari laut kemain kuatnya :S  Awan pula gelap tapi tak hujan, itu yang hairan tu. Nasib aku penat drive, nyenyak jea aku tidur, hehehe Hari ketiga, pagi sini sedikit cerah, tapi angin tetap kuat macam semalam. Kami memilih untuk menginap di Kuala Terengganu, senang nak berjalan kata mak aku. Tempat kami melawat, Pasar Payang, Tamadun Islam, Kampung Keropok Lekor, Dataran Syahbandar dan . . . baru aku sedar, tempat ini jea kitaorang melawat ? -.-' Aku kempunan nak melawat Bukit Puteri sebenarnya, sebab dapat melihat seluruh Kuala Terengganu dari atas sana, tak puas nak lihat pemandangan dari tingkap bilik, sampai-sampai. . . tutup pulak dah T.T Sini, barang mahal. Anggur aku selalu beli sekilo RM8 sini jual RM18, hahahaha. GILA D; Makan sama jea harga kat tempat lain, cuma sini makanan pedas jadi manis. Eh, aku pertama kali tengok dengan mata kepala sendiri rupa telur penyu  huhu ! Keropok lekor jangan lupa ;D


Bila cuaca baik, aku pun ambil kesempatan nak menangkap gambar ~ 














                       Dan hari ke-4, dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu. Aku excited drive sebab aku nak tahu jalan Pantai Timur nih, dan last time aku melawat Kota Baharu. . . dalam. . . 12 tahun lepas ? ( Aku masih ingat lawak abang aku jual selipar buruk harga sepuluh liyar~ ) Sana simple, jalan kampung, tapi sesak dengan kenderaan. Paling best, tepi pantai, weehooo. Macam heaven kalau dapat tinggal di kawasan camnie ( bina rumah singgah aku tepi Istana Singgah sultan pahang di Kuantan pun boleh~ ) Owh yea, aku terlupa nak tekankan, di Terengganu dan Kelantan, hampir sepanjang jalan ada papan tanda yang maha Esa, Allah. Daripada iklan entah apa di tepi jalan, baik kita zikir kepada Allah kan ? :) Aku suka, sini ramai perempuan pakai tudung labuh atau bawal dengan berbaju kurung. Oh my. . . caissssss XD Lelaki pula, ramai yang berkopiah, berbaju putih, hoho. Benar, cara pemakaian tidak melambangkan sepenuhnya seseorang itu, tapi bukankah mereka sedang berdakwah dengan mengenakan pakaian yang betul, cara yang betul ? Oh fikirlah~ Pasar Siti Khatijah, shopping sakan lah mak aku. Aku best kat food court dia, pergh ! Heaven ! Banyak makanan ! Nampak jea simple, tapi ramai orang datang, lauk pulak tak henti-henti tambah. Memang syurga aku lah sini :P Akhir kata, aku tukar plan, daripada lalu Gerik, aku ambil Lojing - Cameron Higland untuk pulang ke Ipoh. Serius Cameron Highlands waktu malam sejuk ! Mula rasa sunyi, lalu dari Lojing, tapi semuanya ada hikmah, sebab dapat lihat kebun sayur waktu malam ! Apa yang menarik ? Sebab kebun tu pasang lampu, ada merah, merah malap, putih tapi mostly bulb kuning oren yang biasa kita tengok. Dalam kegelapan malam, lihat kebun-kebun tu bercahaya, lihat cara susunan kebun dari lampu-lampu yang dipasang dilereng-lereng bukit. . . kalah I-City, Shah Alam weh ! Sumpah ! Tapi rugi rugi rugi rugi yang amat, bateri kamera habis ! Tak dapat nak share dengan korang T.T Kalau kebun dari jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands pulak, tak lawa. . tak menarik. . sepuluh kali ganda bezanya. Huh, ingat...suatu masa nanti, aku dapat ambil gambar dari arah sana, dan share kan dengan korang. InsyaAllah :)



Kelantan. . kalau kerajaan persekutuan kasi duit kan senang Kelantan nak maju, jauh daripada sekarang.








Aku dah google pasal kebun + waktu malam + Cameron Highland, tak jumpa. Korang bayangkan jela, hehe Bayangkan tema cahaya yang lebih cantik dan menarik daripada I-City, fuhhhh !


P/s : aku.dah.kehilangan.sentuhan.ajaib.ke.atas.DLSR.aku :( 

6 comments:

  1. seronok merantau. pantai timur makan memnag sedap, tapi driver memang lain macam sikit

    ReplyDelete
  2. hohoho.. sbg org ganu, intan stuju bahawasanya pemandu kat sini ganazZ2.. kalo kuantan baek je pemandunya tp bila msk ganu mmg kena sabo jela drpd dpt dosa maki org.. tp kt klate x jem ke?? besenya jln kt sana mmg kena byk b'sabar gak..:P

    p/s:kalo hujung2 thn mmg mcm tu la pantai.. kalo nk best dtg la tgh2 thn..XD

    ReplyDelete
  3. @cchopu : mana-mana makan pun sedap, tapi east coast nie sedap part seafood :D

    @intan suraya : kan ? haha, klantan agak jem, tp boleh lagi laa drpd ganu :P

    ReplyDelete
  4. errr... x pening ke dgn jln sehala kt ganu??haha

    ReplyDelete
  5. Aku tak ada chance lagi pergi Klate ngan Ganu. Kau dah pergi dulu, ini tidak adil! Haha

    ReplyDelete
  6. @intan : pening ? ipoh lagi pening jlnny~

    @syai : alah, nnt ade laa rezeki ko pulak nnt,insyaAllah

    ReplyDelete