Saturday, December 10, 2011

Persepsi masyarakat kita pasal bab kahwin.


السلام عليكم
 




 



Tak nak cakap banyak, lets straight to the point :




KAHWIN HANTARAN MURAH ♥


"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"


KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥


"ish! mahalnya? nak jual anak apa?"



KAHWIN UMUR MUDA ♥


"ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"



KAHWIN UMUR LAMBAT ♥


"ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"



KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥


"ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"



KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥


"ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"




Bersangka baiklah, jangan dengar kata orang, buatlah sederhana, dan Allah memuji hambaNya yang bersederhana !





P/s : Siapa - siapa pun diluar sana, baik bakal suri hidupku, mahupun bakal dijemput ke walimatul urusku ( jika aku, kau dan kita dipanjangkan umur ), mak aku berikan pesanan awal - awal kepadaku dan ingin sekali aku kongsikan bersama kalian. 


Tiada muzik. Tiada lagu pengantin. Tiada silat bagai. Tiada tempat bersanding, bergambar macam dikejar paparazi. Tiada 'adat' membatalkan air-wuduk, rejis-rejis bagai. Tiada baju pengantin yang menampakkan aurat si bakal pengantin ( e.g : pakaian ketat - aurat yang rata-rata di'dedahkan' oleh orang perempuan saat 'hari kebahgiaan' dia ). Tiada bunga-bunga yang melibatkan ribuan ringgit. Tidak mampu hantaran mahal-mahal, MUNGKIN sepotong ayat yang kumampu ( kita tidak mampu melihat masa depan ). Tiada tempat berkahwin 5-Star, cuma keselesaan diutamakan. Makanan ? Aku ( tanpa 'pengetahuan' mak ) wajibkan Beef Wellington buat semua hadirin B)


Logiknya ? Kehidupan selepas hari berkahwin lagi penting dan perlu difikirkan berbanding memikirkan serta membazirkan terlalu banyak tenaga/masa/wang kepada SEHARI hari berkahwin tersebut. Again, buatlah sekadar sederhana :) 

Satu je yang aku fikir sangat-sangat : mampukah si bakal suriku dan keluarganya terima keadaan ini ? 

9 comments:

  1. pernah baca cinta sms from aiman azlan punye blog? it's same with what you are talking about.. bace la.. :)

    http://www.aimanazlan.com/2011/11/cinta-sms-ep-10-episod-terakhir.html

    ReplyDelete
  2. sarahshamsudin, oh cerita tu (: Haha best tapi tak follow pulak.

    Sim, aku rasa ramai je lagi perempuan dekat luar sana yang tak nak bersanding untuk bersederhana. hahaha nanti kau pujuk-pujuk bakal bini kau keluarkan hadis apa semua mesti dia setuju untuk tak bersanding. Oh nanti jemput aku Hahaha

    ReplyDelete
  3. Sekiranya perempuan yg dipilih baik kerana agamanya, dia akan faham~

    ReplyDelete
  4. bagos2... :)

    aah.. aiman azlan tu baik owhhh...:)
    pernah baca gak tp x follow...

    anyway,
    perempuan pun ramai gak yang x mau bersanding.... jgn risau r..

    lelaki yg baik utk perempuan yg baik.. :) wish you the best

    ReplyDelete
  5. hmm persis impian abang aku. harap mak aku punya pikiran sama.

    ReplyDelete
  6. impian kita sama. insya Allah lama2 nanti ramai yang akan mula faham.

    ReplyDelete
  7. @sarah : errr... cerita bersiri ke tu ? tgk mcm byk part..

    @TB : fikiran kau tak sama dgn kkk kau ( rujuk komen kkk kau ). kalau kat bakal bini xpe lagi...kalau bakal MERTUA ? =='

    @Anon : insyaAllah.

    @Aqila : fikiran kau tak sama dgn adik ko ( rujuk komen adik ko ) muahaha.. ape kaitan lelaki yg baik utk perempuan yg baik dgn entry nie ? hoho

    @cchopu : abg ko tiru style aku,haha

    @Cikgu kowt ? Amin :)

    ReplyDelete
  8. yup.. bersiri.. ade 10 episode je.. malas la tuh nak bace.. huhu :P ala, bace time free la.. dah nak cuti kan.. hahaha

    ReplyDelete
  9. err..malas laa..kalau novel - HARD COPY - rajin laa jugak, hehe

    ReplyDelete