Tuesday, December 6, 2011

Rumput + Kucing = ?

السلام عليكم


 



Hah ? Apaan ini ? Masa mula tengok gambar ini... 

I should get one for my White, Kelabu and Aoron ! "  

Ini cumalah inovasi baru ( baru ke ? ), bawa rumput 'masuk' ke dalam rumah. Perasan tak kadang-kala kucing 'makan' rumput ? Zaman sekolah rendah dahulu, cikgu kemahiran hidup aku pernah cakap, kucing makan rumput sebagai ubat-ubatan dia. Kalau dulu angguk tanda faham jela. Penjelasan saintifik ?

Sesetengah pakar menyatakan oleh kerana diet kucing adalah diet karnivor ( daging dan tulang) , maka kucing mencari bahan makanan lain yg boleh berfungsi sebagai serat atau fibre untuk melawaskan proses penghadaman makanan. Rumput juga dikatakan mengandungi folic acid, sejenis vitamin B yang penting untuk pertumbuhan sel darah dan sel-sel badan, yang tidak boleh diperolehi dalam daging dan tulang serta tidak disintesis oleh badan kucing.



Selain itu, makan rumput jugak boleh merangsang regurgitation iaitu memuntahkan semula bahan dari perut , contohnya hairball ( gumpalan bulu). Ini adalah kerana kucing selalu menjilat bulunya semasa grooming. Bulu yang tertelan jika tidak dikeluarkan, akan menyebabkan sembelit atau foreign body obstruction(FBO). FBO agak berbahaya bagi kucing kerana jika salur perut tersumbat ia boleh menyebabkan keradangan pada organ tersebut dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian. Bagi FBO yang terlalu besar dan tidak boleh dikeluarkan melalui proses muntah , biasanya memerlukan pembedahan bagi mengeluarkanhairball tersebut. "
 
 
Haaa.. dah faham sekarang ? Jadi, buat kawan yang bela kucing dan duduk di apartment, kondo atau pent house sekalipun. . .'bawa' masuk laa rumput demi kesihatan kucing itu sendiri.
 
 
 
Sekadar kongsi informasi untuk kebaikan si comel ^^,
 
P/s: rindu White dan Kelabu~ 

1 comment: