Monday, January 30, 2012

AJL ?

Salam.

Amboi - amboi. Buka sahaja blogger dashboard, hampir semua news feed keluar pasal AJL. News feed Facebook pun apa kurangnya. Yeah, mungkin datangnya pandangan sendiri pasal event gempak tu ( iyeke ? ). Lagipun, di laman sosial kan suara tu 'sedikit' lantang untuk mengkirtik sana sini, komen itu ini termasuklah ucapan segulung tahniah kepada para pemenang AJL tersebut. Hah, kiranya sekarang. . aku pun ada pandangan aku yang tersendiri. . . 




Sebab utama aku ?




Sudahlah wanita bebas menunjukkan aurat suaranya dikhalayak ramai ( aurat tubuh badan lain cerita pula ). Tidak cukup dengan itu, seluruh negara mendengar/melihat aib mereka di kaca-kaca TV. Ya Allah. . Tempat situ pula, bercampur bebas tempat duduk lelaki dan wanita. Bahagian mana AJL ingatkan para hadirin kepada Allah ? Oleh itu, beruntunglah orang yang menghadiri majlis ilmu agama, majlis yang mengingatkan siapa kita di sisiNya. Menghambakan diri kepada Allah jauh lebih baik daripada menghambakan diri kepada dunia hiburan. Allah sayang orang yang sukakan majlis ilmu. Dapat keampunanNya, dapat PAHALA ! 


Manfaat menghadiri majlis ilmu ;


#Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah mampunyai satu kumpulan dari Malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan-jalan bagi mencari satu jemaah yang berzikir kepada Allah. Apabila mereka bertemu dengan jemaah tersebut, mereka akan berpanggil-panggilan ; 


Mari ! Mari ! 



Di sinilah Jemaah yang kamu hajatkan. Kemudian Malaikat akan berkumpul dan mengerumuni dengan membukakan sayap-sayap mereka sehinggalah ke Langit Bumi.


Allah bertanya kepada Malaikat ( walaupun DIA mengetahui ):


Apakah yang hamba-hamba AKU lakukan ?

Malaikat menjawab :


Mereka mensucikan Mu, membesarkan Mu dan memuji-muji Mu.


Allah Taala berfirman :


Apakah mereka pernah melihat AKU ?


Malaikat menjawab :


Tidak ! Mereka tidak pernah melihat Mu.


Allah Taala bertanya :


Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihat AKU ?


Malaikat menjawab :


Kalau mereka melihat Mu, sudah pasti mereka akan lebih beribadat kepada Mu,
lebih memuji-muji Mu dan lebih bertasbih kepada Mu.


Allah Taala bertanya :


Apakah yang mereka minta ? 


Malaikat :


Mereka memohon kepada Mu SYURGA.


Allah Taala berfirman :


Apakah mereka pernah melihat SYURGA ?


Malaikat :


Tidak ! Mereka tidak pernah melihat SYURGA.


Allah Taala berfirman :


Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihat SYURGA ?


Malaikat menjawab :


Mereka akan bertambah keinginannya, bertambah berusaha untuk mendapatkannya.


Allah Ta ala bertanya :


Daripada apakah mereka memohon perlindungan ?


Malaikat menjawab :


Mereka memohon perlindungan daripada API NERAKA.


AllahTa ala bertanya :


Apakah mereka pernah melihat NERAKA?


Malaikat menjawab
Tidak ! Mereka tidak pernah melihat NERAKA.


Allah Ta ala bertanya :


Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihat NERAKA ?


Malaikat menjawab :


Kalau mereka melihat NERAKA,
mereka akan bertambah TAKUT
dan lebih menjauhkan diri daripadanya.


Allah Ta ala berfirman :


Bersaksilah kamu.

Sesungguhnya AKU telah mengampuni mereka dalam MAJLIS itu.


Sebahagian Malaikat bertanya :


Wahai Allah ! 
Sifulan yang ada dalam MAJLIS itu bukanlah datang untuk berzikir

tetapi datang untuk hajatnya yang lain.


Allah Ta ala menjawab :


Mereka yang duduk dalam MAJLIS itu 
tidak diKECEWAKAN dari ( rahmat dan nikmatnya ) MAJLIS itu.


(HR Bukhari.)




P/s :  MasyaAllah. Duduk sahaja dalam majlis ilmu dah dapat pahala, apatah lagi kalau niat betul pula. Bukan berganda ganjarannya ? Jika kita orang yang 'berfikir'. . . pilihlah, madu atau racun ?

7 comments:

  1. peringatan yang baik untuk semua insha - Allah.

    apa pendapat kamu kalau ada orang kata, "saya tengok AJL untuk melihat keadaan ummah yang kelalaian. dan at the same time, sebenarnya, saya baru tahu yang lagu 'penakut' by yuna tu punyai unsur mengingati tuhan."

    so macam mana ye agak agak?

    ReplyDelete
  2. yeah banyak hal yang lebih penting semalam yang telah melalaikan aku dari tengok AJL. syukur syukur

    ReplyDelete
  3. @farhana :

    pendapat aku ?

    hm, hairan juga 'untuk melihat keadaan ummah yang kelalaian' tak cukup lagikah dengan situasi ummah dalam kelalaian ?
    Cuba laa jauhkan diri dari menghadiri atau melihat rancangan tuu.. sebabnya, kita sendiri boleh tahu rancangan itu berteraskan dunia hiburan. Di sana, tempat manusia bebas menegakkan nafsu..huhu, takut -,-

    Penakut - Yuna. Bukan nak blame Yuna, tapi cuba lihat balik Robin Hood. Dia curi duit orang lain untuk tolong orang susah. Yuna menyanyi, di tempat maksiat ( AJL boleh dikira sebagai tempat maksiat kan ? ), mendedahkan aurat suaranya untuk mengingatkan para hadirian kepada Allah. Niat dia betul, tapi cara dia sendiri tuu. . .

    p/s... baru tgk lirik lagu dia.. err...sorry,tapi boleh jelas kan maksud lagu dia ? coz..tgk mcam xde part kepadaNya pun. -..-

    @c.chopu : syukur... aku pun semalam pegi seri iskandar smpai lewat mlm =/=

    ReplyDelete
  4. lagu penakut uh ada unsur ingat tuhan.?? haish. yeke. tak pena pon nak hayati or hafal lagu..huhu..
    emm..ce terangkan lebih lanjut...

    ReplyDelete
  5. entah.. ce tny cik farhana lagi sorg :P

    ReplyDelete
  6. @d-sim and farhana twin. hee.
    erm, actually ada member yg cakap gitu. entah lah, mmg dari apa yang kita pndg. lagu tu lagu cinta pada manusia, but then dia kata, ehhh. why not kite tukar kpd cinta to Allah. which means, tukor liriknya.

    ini tidak adil tidak adil bagiNya,
    ini tidak adil tidak adil bagiku,
    ini tidak adil untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga,
    Tidak adil tidak adil bagiNya.

    lebih kurang gini laa. entah lah, the moment bila dia tanya tu macam errr, tak tau nak jawab apa. =.='
    mungkin ada betulnya. mungkin ada silapnya. walupun kita jahil, yang pasti, kita tahu yg AJL ni banyak lagho nye. so, paham paham jelah kan. apa apa pun, thanks simi for yr opinion. kita sependapat. well, kalau nak berhibur, boleh. tapi agak agak lah kan. pilih hiburan yg Allah suka, bukan yang Allah murka. ye tak? wallahu a'alam. sorry for any wrong.

    ReplyDelete