Friday, January 27, 2012

Cameron Highlands lagi.



السلام عليكم 



"Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran tuhan 
yang diciptakan untuk mereka yang berfikir"




Bertemakan firman Allah dalam kalamNya, Cameron Highlands - menjadi  destinasi pilihan aku, CD, Kutak dan Anip petang semalam. Yeah, aku ulang - petang semalam. Bukannya pagi, walau sudah dirancang di meja maple malam sebelumnya bagai nak rak. Hafiz dan Bahu awal-awal sudah undur diri dengan hal masing-masing. Oleh sebab itu, kerja aku tidur bangun tidur bangun. Bangun pun dek telefon melalak lagu One Night menandakan ada panggilan hangit masuk. Kejap lagi aku sampai kejap lagi aku sampai. Yelah yelah, memang sekejap pun kau sampai. Janji 10 pagi, mula bertolak 3.30 petang kan ? -_- 


Tapi. . . . .tarappapa. Asalkan trip menjadi ! Lama tak jalan jauh dengan member ! :D Untunglaa Ipoh - CH dekat jea. Niat naik atas sana, bukan nak bergambar. Sekadar berjalan mengisi masa lapang. Lapang sangat masa aku ada pun, sem start lambat lagi -,-




Bertemankan ferrari buatan Malaysia dengan enjin 1.6Billion cc, kami dipersilakan mengisi minyak RM15 ( jea - RM5 setiap penumpang, si driver cuma buat muka seposen sambil cakap 'Minyak hampir habis lah'  ) di Simpang Pulai sebelum meneruskan perjalanan. Diingatkan, stesen minyak hanya terdapat di kawasan Tanah Rata, Cameron Highlands dan Simpang Pulai, Perak dan itu sahaja ! Takde stesen minyak kat tengah-tengah jalan. Kowt habis minyak tengah jalan, tak ke mampos nak tolak turun balik ? =/=

Tapi, hari ni perjalanan rasa lain sedikit. Sebelum Pos Raya pun dah terasa udara dingin. Dalam hati berdoa juga, supaya jangan diturunkan hujan atas sana ! Tak syok jenjalan bila hujan ! Macam biasa, pemandangan kiri kanan menghijau masa on the way. Ada juga 'tompok-tompok' putih yang menjadi kediaman sayur komersial. Makin ke atas, makin banyak tompok tersebut. Sendiri faham la yea. Aku yang mula macam cacing kepanasan dengan sweater dari Ipoh, tersenyum lega dengan udara yang semakin sejuk ! Namun, tekanan jiwa bermula selepas beberapa kilometer melalui kawasan Tringkap.

Traffic Jam !




" Eh, aku rasa JPJ 'exercise' kat atas lah. 
Pakai tali pinggang, pakai tali pinggang. 
Saman kemain mahei lagi sekarang ni. "


Kata - kata kutak itu bertahan cuma 10 minit. Lepas tu, entah hilang ke mana pegangan pada safety guide tu. Sucks, jam teruk kowt ! Ambil masa lebih sejam nak ke Tanah Rata ! Jenuh - jenuh. Ikutkan waktu. . . memang melepas nak lawat Ladang Teh Boh. Sekarang risau sampai sana lambat pula. Teman tak reti ambil gambar waktu malam, segera beransur lancarlah traffic jam ooii T.T


Nothing else to do. Dengan siaran radio CUMA Nasional FM yang dapat detect - serious shit - here's my 'boring output'  :










Sampai-sampai atas, rupa-rupanya punca hectic traffic jam tu  disebabkan Pasar Malam Brinchang ! Oh my Rabb, sejam dari Tringkap ke Brinchang ! SEJAM. Tambah pula dengan bangsa dominant kat sini ramai yang dok potong Q tanpa memikirkan ketensionan orang lain. Nasib angin sepoi-sepoi menerpa masuk melalui tingkap kereta direct hit muka aku, kalau tak merungut habis lah aku. Aku benci traffic jam satu sebab jea - asap kenderaan. Bajet nak layan udara dingin atas sana, bukalah tingkap. Sekali udara itu pun bercampur dengan bau carbon monoxide, nitrate et cetera et cetera. Sesekali bau baja tahi ayam dari kebun berhampiran pun join sekali. Hurghh, nasib berpenyakit hidung sensitif. Silap bau jea dah pening -.-


Dan akhirnya, Masjid Abu Bakar Tanah Rata, Cameron Highlands :)




'' Umar si pak imam tempat aku selalu pesan, biar mulakan sesuatu dari masjid terlebih dahulu~ " 

  
Masjid ni terletak di atas bukit, boleh nampak kabus lalu di perkarangan masjid. Awesomeee :O Aku rasa hari ini memang sejuk sikit kowt. Masa otw ke sini, tengok orang lain poyo pakai tebal-tebal, tambah pula sweater kulit + berbulu-bulu tuh. Alahai, Malaysia jea pun. Tengok padang bawah dari perkarangan masjid tu, orang main bola pun dengan sweater training. Pergh, dah macam ManU buat training jea, silap asap tak berkepul-kepul keluar dari mulut jea. Haha Aku pun jealous jugak, sebab aku jenis suka sejuk-sejuk camnie. Dan, sejuk natural lagi best kan ? Dalam kereta, dalam sesak jam tadi pun kitaorang dah merepek nak bina rumah kat sini. Anip siap nak buka tanah pertanian lagi, amekaw !

Okay, dah dah. Perut dah meragam lapar. Jom jenjalan cari makan ? B)

  


Tourist dah jadi pemandangan biasa di Malaysia kini~ 







Sumpah aku tergelak lihat Seri Murni terpacak atas tembok batu. Kemain cantik pemandangan sini, dengan bandar ala-ala retro, tersangkut pulak minyak masak kat sini ? Adooii. . Nevermind, I tried aperture 1.8D on it :)




Pak Cik si penjual Chakoi. 


Rasa pelik bila pak cik beri bekas kecil berisi ribuan butir kristal kecil gula merah. Selama aku hidup bertemu chakoi, bukan compliment kuah warna hijau tu ke ? O.o Tapi, sedap jugak dengan gula merah, hehe Dasar suka makan -..- Tapi hati-hati dengan pak cik ni. CD tepuk bahu dari belakang, nak bayar harga chakoi yang dibeli ( konsep makan dulu + chakoi dia kasi banyak gilaaa ) sekali dia terkejut terus buka langkah silat. Tak boleh disergah rupanya XD






Okay, sebelum balik 'bercuti' mestilah ada buah tangan kan ? Mula ingat nak beli sayur memandangkan sayur di sini segar bugar. Tambah pula, bosan duduk di rumah. Ingat boleh laa main masak-masak kat dapur, isi masa yang ada. . . fikir dalam-dalam. . . malaslah :P Dan. . Pasar Malam Brinchang yang sesak tu jugaklah menjadi destinasi terakhir kami~

Parking tepi main road, dengan jalan tak berturap RM 3. Gila hapa ? 




Dadih strawberi + Choc Hershey's = RM2  Murah kan ? :D Aku tak suka sangat dadih, entah apa yang sedapnya. Starwberi pun tak layan, masam. Orang kata manis, masih mencari yang manis tu. Cuma,  aku tertarik dengan choc Hershey's dia campur dalam dadih. Hehe. . aku hantu choc jugak.




Ini limau maaaaaniss. Sebelum sampai atas dah asyik teringat limau ni. Saiz limau nie 2 kali ganda daripada limau biasa. Nama limau ? Entah, aku bukan botanist,hehe  Biasa dijual RM 2 sebiji, tapi auntie nie mood dia banyak baik. Sekilo RM7. Dengar sekilo macam dapat banyak kan ? Tapi, takat 4 biji jea ! T.T But I think she was playing honest with us. Gerai lain, lagi mahal. Gerai sebelah gerai auntie ni pun sekilo RM10 !




Apa aku beli ? Takat, jagung dan limau manis serta ais krim potong perisa strawberi. Ais krim itu mak yang nak :) Hidup orang bujang, hal duit kena budget budget jugak kan ? Kalau haritu Melaka spent < RM90 untuk 3hari 2malam, berjalan ke Cameron nie setakat RM40.50 jea

  • Minyak kereta RM10 seorang      - RM 10
  • Nasi Goreng Cina + Teh'O panas - RM 4.50   <------- Murah&Sedap !  
  • Chakoi                                         - RM 2
  • Dadih                                           - RM 2 
  • Jagung manis                                - RM 10
  • Ais krim potong      RM 1 X 5      - RM 5 
  • Limau manis                                  - RM 7


Pergi Melaka haritu orang belanja makan tiap-tiap hari, mana tak jimat, hehe. Kalau nak pulang Ipoh dengan tangan kosong, bukan kos semua sekali setakat RM14.5 ? Murah bukan ? Jadi, moh laa kita cuti-cuti Malaysia XD


Kata orang tua-tua;

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri  :) 



P/s : Pakai portrait lens hampir sepanjang masa B) 
Dinasihatkan agar jangan bercuti waktu perayaan Tahun Baru Cina. Sesak.   

9 comments:

  1. jap jap, tak puas hati. Kenapa nasi goreng cina + teh o panas tu murah sangattttt?

    skrg ni nasi goreng cina pun dah kemain mahei 4 ringgit sepinggan.

    ReplyDelete
  2. One thing I like about ur blog is ur photos!!! Suka giler tengok gambar2 yg kau tgkap. Cantik!:D

    ReplyDelete
  3. eceh, cameron jugak. hee. untunglah kan rumah dkat, petang pun boleh sampai.

    btw, pic minyak seri murni tu memang mengancam habis. haha.

    ReplyDelete
  4. gambar minyak seri murni uh terbaik... pemandangan da cantik dah...iklan.iklan..

    ReplyDelete
  5. cantik2 gmbaq. pndai amik angle. btw seriously buah limau tu sgt mnis and besaaa gila. :D

    ReplyDelete
  6. @TB : eh ? aku tak pernah mkan nasi goreng cina, so aq xtahu harga menu tu...yg pasti, murah laa kalau dgn air xsmpai rm5,hehe

    @intan : thanks :) masih belajar ambil gambar~

    @farhana : opss..kantoi pergi cameron gak :P tp serius pelik minyak letak kat situ -.-'

    @IS : yeap, cuma gambar x sharp~

    @farhana : haha, iklan seri murni kowt~

    @farra : thanks kak ! :D aritue sblm balik kondem farid suruh beli limau tu pun,haha

    ReplyDelete
  7. sambil buat programming bce blog ko nikh, bestla..ilang tension.. =) ehem..trun cameron tu singgah2 la umah.. (bwk mai stroberi sket..haha..)

    ReplyDelete
  8. ade teringat ko aritu yan, tp pikior balik, bkn hang time tu kat matrix ke ? haha

    ReplyDelete