Friday, January 20, 2012

Maafkan kami ;(


السلام عليكم



Pertama sekali, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana final exam telah habis dengan jayanya, yeaaahaa !  Dan ternyata paper Thermal Science A tadi paper paling senang dalam final Sem 1. Syukur ya Allah :DD


Kedua : 




Terima kasih Pok Khek sebab sanggup hantar aku ke Ipoh ! :D Aku sorang jea sesat orang Perak dalam kereta tu, lagi dua dari Penang,  dua lain termasuk driver orang Kedah, hehe. Aku memang muka tak segan nak celah-celah camtu asalkan dapat balik :P Memang awesome laa balik ramai-ramai, kena pulak lepas final. Tekanan jiwa batin bebas. Silap tak nyanyi lagu 'Balik Kampung' jea dalam kereta tadi, hehe




Ape yang Shamil tunjukkan tu ? O.o Nampak tension jea Izzat tengoknye, haha


 Ketiga : 


 I'm home babeh ! 



Okay okay, apa kena mengena dengan tajuk entry kali ini ?  Maafkan kami ? Aku ada buat dosa ke ? Kami ? Bukan bermakna aku dan rakan-rakan aku ke maksud 'kami' di situ ? 


Apa-apa pun, cuba layan lagu ni dulu :




Haaa, siapa pernah dengar lagu ni ?

Maafkan Kami - nyanyian P. Ramlee, Aziz & Sudin dan dipetik dari filem Pendekar Bujang Lapok keluaran tahun 1959 (  Mak pak aku pun belum lahir time tuh -,- ). Sebenarnya, aku nak buat entry pasal seorang pakcik yang mirip watak P Ramlee dalam wayang Ali Baba Bujak Lapok. Perwatakan mereka mirip sekali, bezanya . . . nantikan entry tersebut yea :P


Sedang mencari bahan sesuai untuk entry tersebut, aku terlihat link sebelah kanan Youtube yang biasa kita lihat pada laman sesawang tersebut.






Sekali terpandang link ke video Maafkan Kami,  tak semena-mena mengimbas kembali memori aku waktu tingkatan 1, di SMK Pengkalan, Ipoh  sekolah sebelumnya ASiS.


Al-kisahnya bermula pada tingkatan satu, kelas 1A1. Waktu itu diri ini masih terasa asing di tempat orang, baru beberapa bulan aku diam di bumi Ipoh ini. Sudahlah dulu duduk ceruk, kena pula pindah di tempat orangnya bermacam-macam perangai. Rambut sama hitam, ragam lain-lain. Eh, tak jugak. Ada yang dye rambut, lagak hero agaknya. Atau ingin kelihatan lain ? Sedangkan apa yang aku lihat, hitam itu menawan. Just be yourself, let the people admire you at your own quality, bukannya budaya copy&paste. Sifat itu melawan budaya berdaya-saing, orang sebegitu ternyata tidak se-cool daku yang original B)

*  *  *

Dalam tingkatan satu, biasalah, ada 11 subjek - 8 subjek PMR, satu Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Sivik dan Kewarganegaraan serta Seni. Sumpah aku fail yang bukan subjek PMR tu. I tak kreatif maha sihat apatah lagi bertanggungjawab kepada negara pada waktu itu. Exam Oriented lah sangat  -_-  Agak padatlah jadual waktu itu, cuba biasakan diri balik lewat dalam jam 1300 atau 1400. Kalau waktu UPSR, jadual paling lambat pun takat 12 tengah hari jea, pastu petang layan kartun, hahaha. Aku tahu, bukan aku seorang jea camni. Anda juga, kan ? :O




Itu dia, subjek paling hardcore time tu. Kami - aku dan classmate lelaki - benci yang amat kalau tiba kelas Kemahiran Hidup Bersepadu atau lebih dikenali KH. Mengimbau kembali, KH waktu tingkatan 1, cikgu yang ajar kami adalah seorang cikgu perempuan, muda, bujang kowt masa tu, yang pasti cantik. Woot ! Woot ! XD Yet, the meanest women come from the 'prettyzone'. Fuhh, kerja kami masuk kelas salin soalan dari buku teks jawab dalam buku latihan. . salin soalan dari buku teks jawab dalam buku latihan. Tak cukup daripada itu, sambung pula dengan buku latihan yang diberikan. Huarghhhhh! Sounds like we had a hectic time! Tertekan kowt, tak tipu T.T


Kelebihan kelas KH satu jea, kelas KH kami di Blok C, dan kelas kami di Blok B. Dua-dua aras yang sama - tingkat 3. Cara nak tahu cikgu ada atau tidak, cuma lihat tingkap kelas KH terbuka atau tidak. Kalau terbuka, adalah big boss atas kerusi besau dengan meja besau beliau. Kalau tak, hoooreeehhhh ! Main gusti-gusti kat belakang kelas ! Mind that we were 'boys' that time ;) Tapi, ada sekali. . dan kali itu jea. Tingkap kelas KH tertutup, nampak kipas tak berpusing. Mula ingat tiada cikgu, hingga tengah syok bersuka-ria dalam kelas, terdengar cikgu jerit. . dari tingkap kelas KH ! OMG ! OMG ! Camne beliau ada pulak nih ? Bukan tadi suasana kelas KH nampak kelam je ke dari jauh ? O.o


Habis kelam-kabut satu kelas, mula geledah beg cari buku teks, buku latihan bagai. Ada yang terkinja-kinja mencari pensil yang hilang, pemadam lah. Takut tak takut kami, yang pasti, 'gunung berapi' dah menggelegak kat kelas KH tu ! Bagai anak kecil, masing-masing membuntuti kepala kelas di hadapan, marching ke kelas KH dengan hati yang kecut !



 Ginilah agaknya kami 'berarak' ke kelas KH, tapi dengan muka senyum kebawah -.-'



 " Apasal datang lambat ? 

Kamu semua tahu tak saya dah tunggu lama kat sini ? "


Masing-masing diam seribu bahasa, menggaru kepala yang tak gatal. Ada yang tersorok-sorok di belakang classmate lain. Oleh sebab aku pelajar berwibawa ( ceh ) aku antara pelajar di barisan hadapan. Silap besar beratur depan, pandangan mata bulat besar cikgu tu boleh 'panah' tepat kat anak kecil kecut aku  =='


" Habis spoil mood saya nak mengajar sekarang ini. 

Dah, awak semua pergi keluar kelas, 
fikirkan cara nak bagi saya senyum balik "


Hamboih - hamboih cik adik manis, kejamnya awaaaaak  D;  Nak taknak, keluarlah jugak kami. Sampai keluar, masing-masing habis bahasa kotor hinggap kat nama cikgu tu. . dalam kadar nada rendah, hehe Tahu juga kami takut dia eh ? Biasalah, masa itu, buruk baik pun tak fikir jauh. Dalam macam itu sekali pun, masih ada sekelumit belas kami kepada pendidik itu. Sebabnya, kami yang bersalah. Itu yang paling jelas menerangkan keadaan kami.




Kata orang, guru itu umpama lilin. Sanggup membakar diri demi menerangi masa depan pelajarnya.  Tambahan pula :




Bagaimana kita nak jadi orang yang ketiga atau keempat jika yang kedua itu tidak menjawab ? Itu belum kira ikhlas atau tidak. Bagiku, redha seorang pendidik itu penting. Ada redhanya, maafnya, sayangnya barulah ilmu itu senang untukku pelajari selepas redha Allah juga. Jadi, satu per satu memikirkan cara nak menggembirakan cikgu, malah kena buat dia tersenyum pula !

Ikut kata ketua kelas,

mintak maaf jelah


Mintak maaf . . mintak maaf. .  hmm, macam kurang ikhlas jea dari bunyinya. Tapi, entah macam mana, lagu Maafkan Kami dari cerita Pendekar Bujang Lapok bermain dalam kotak fikiran walhal, aku bukanlah peminat cerita Melayu. . lagi cerita Melayu lama ! #.#


Maafkan Kami ♫~

Maafkan Kami ♫~

Maafkan Kami ♫~


Teriyang - iyang lagu itu, secara autopilot aku humming sampai kedengaran jelas di telinga rakan yang lain. 

Kawan. Apa kata kalau. . . . .  


And guess what ? 

Cikgu bukan sekadar senyum, malah tergelak lihat gelagat kami dengangkan lagu itu ! Siap nada lagu ikut betul gaya si Bujang Lapok dengan wajah meminta simpati ;(  Okay, yang aku hairan sangat. . asal aku yang lead lagu itu ? Mana ketua kelas pergi lari nih ? -,- 

Nostalgia, nostalgia. Sepanjang tahun itu, kami tak pernah melihat wajah ceria cikgu KH seceria wajah saat itu. Tak pernah. Kira kali pertama dan terakhir. Belajar dari pengalaman. Sejak dari itu kami mula menjaga adab kami sebagai murid dengan guru. Lagi-lagi dengan guru KH, termasuk timing kelasnya.

  

#Sekarang, sudah 7 tahun masa berlalu. Namun, kenangan itu masih segar dalam ingatan. Dan hampir 7 tahun juga sudah tidak kedengaran berita cikgu itu, sudah berpindah jauh kalau tak silap. Cuma, aku doakan agar Allah rahmati beliau. Tiada ilmu Allah yang dia tolong sampaikan, tiadalah basic ilmu KH aku. Tak mantap perkara basic, manakan dapat keputusan cemerlang subjek KH exam PMR sehingga terbawa aku ke bumi ASiS pula. Every human around us play a part in our life. Aku percaya, kerana ilmu itu juga membantu aku sekali lagi melakar kejayaan dalam SPM ! 



Terima kasih cikgu !


P/s : Last-last, final exam Form 1 dapat 7 A 1 B - B dengan 78% subjek KH !  T.T  Esok aku melawat kembali SMKP, sebagai penceramah jemputan. Gute Nacht :) 

3 comments:

  1. best! best! ^_^
    that's so so so true. "every human around us play a part in our life."
    sesungguhnya, kerjaya guru itu adalah kerjaya yang sangat mulia.
    semoga dgn ilmu dari cikgu yg kita sampaikan kpd org lain menjadi saham buat cikgu kita di akhirat kelak, i.Allah.

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. msti chomel je kan korg nyanyi2 tu.. :D
    btw, i love KH! lg2 time nk b'tukang2 tu.. ;)

    ReplyDelete
  3. @ jadi doktor pun keje mulia jugak, hehe tapi bakal engineer nie dok terpikir..ape yg bley sumbang kat masyarakat dan islam eh ? O.o

    @sarah : KH mmg best, blaja sikit, main ketuk2 kayu jea banyak..cuma mase form1 jea hectic T.T

    ReplyDelete