Friday, February 3, 2012

Entry malam Jumaat.

Assalamualikum.

Apa khabar iman kalian ? Solat 5 waktumu bagaimana ? Dah laksanakan 7 sunnah baginda dalam hari ini ? Jawablah soalanku dalam bentuk perbuatan bukannya lisan, or even worst, takat mengangguk kosong sahaja. Sebabnya ? Action speaks louder than words ! Niat tanpa usaha buat apa kan ? Semoga Allah memberkati kita semua :)


Anda peminat alunan piano ? Open in new tab this link : Alexgrant sambil layan entry aku.


Yeah, ini malam Jumaat. Malam Jumaat, selalu disinonimkan dengan pelbagai cerita hantu. Di kaca tv malam ini lagi galak, macam - macam momok ditayangkan, variasi rancangan katanya. Sedangkan tanpa sedar, itu PEMBUNUH tauhid kanak-kanak. Logiknya, kita diajar takut ciptaan Allah lebih daripadaNya. Kita mungkin tergelak atas akal kita, sedangkan anak-anak kecil mendakap muka, takut ! Nauzubillah. Entry ini mungkin di'hit' oleh insan gila seks luar sana, atau stats aku mungkin dibanjir dengan keywords ini. Who cares ? Mungkin ada orang yang berubah atas tinta aku, mana tahu ? Biar satu dalam sejuta pun kemungkinannya, aku tetap berpegang pada prinsip baharu yang kutemui :


Jadilah penyebab hidayah,
bukannya penyebab dhalalah ( kesesatan ; yakni jauh daripada Allah )


Hari ini sama seperti hari-hari lain, pagi celiknya subuh. Berjaga sebentar melihat Bumi sehingga terasa hangatnya mentari menjadi indicator aku untuk tidur semula, sedar-sedar sudah satu dua petang ! Haduih. Namun, aku bukanlah jenis membuang masa sebegitu sahaja. Tentatif hidup aku sentiasa padat. Aku taknak termasuk dalam golongan orang yang merugikan waktu muda untuk bermalas-malasan. Kata orang tua-tua, masa itu emas, waktu muda itu waktu emas. Padat tak padat 'jadual' aku petang hingga bawa ke malam tadi sehinggakan ;




Pertama :  Penat sangat sampai tertidur.
Kedua   :  Sekarang nak buat apa ? Haha

Terpanggil untuk menulis entry ini pun dek cik Fatimah :P   


Okay, mengutip fail lama daripada handphone cikaiku (-,- ) ; 




Indah bukan dunia pagi ?  
Gambar ini datangnya beberapa saat selepas gambar ini ;




Anda mungkin boleh mengagak serba sedikit dari dua gambar di atas. Yeah, gambar yang di ambil dari sebuah bangunan tinggi, dikaitkan pula dengan wad + surgical thingy = hospital paling kurang. Lokasi waktu itu : HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH. Hospital 'kecintaan' orang-orang sakit satu negeri Perak, khususnya orang Ipoh itu sendiri. Orang kayo pergi KPJ laaa, takpun Prince Court kat Taiping -_-


Ward 5C Surgical Male 1st Class. 1st Class. 1st Class. 1st Class. 1st class weh ! OMG. Kalau admit wad kelas pertama, apa yang bermain dalam minda anda ? Aku cuma geleng kepala, kesian pak cik aku ya Allah ! Beliau ada masalah neurology ; diberi dua pilihan iaitu


Makan gam. 


Gila hapa orang sakit makan gam ? Wait the minute guys. Gam yang dimaksudkan di sini bukanlah sejenis gam melekit macam tahi hidung tu ;




Atau gam yang korang cari bila tumit kasut anda cabut ;




 Atau . . .




Bukan bukan bukan bukan. Gam tersebut adalah cara penerangan terbaik dari para doktor lulusan bidang ilmu perubatan kepada orang awam. Aku rasa, pak cik aku yang sedia sakit, akan lagi sakit otaknya dengar 'medical term' daripada mulut doktor, haha. Jadi, keterangan terbaik doktor adalah : GAM. Mungkin 'gam' itu terdiri daripada glycoprotein. Just a gist of medical knowledge, nevermind. Gam itu diperlukan untuk 'menampal' balik pembuluh darah yang pecah dalam otaknya. Makan gam ( aku rasa suntik ), dan ia akan 'berjalan' hingga ke otak, jika terjumpa jalan keluar iaitu lubang di mana darah pun keluar, gam itu akan menjadi seperti kes sampah sarap menutup laluan air lalu tersumbat. Hell yeah, tersumbat di sini for good sake to stop the bleeding.  Internal bleeding dalam otak teruk kowt !


Pilihan kedua dan terakhir ;
Pembedahan.


Mak aku rasa sucks kena bedah dahulu, dan aku rasa kalau neurological surgery lagi sucks. Belum kira side effect lagi. Fuhhh, hebat orang yang pilih bedah berbanding alternatif lain. Kiranya, pak cik aku kira hebat pilih pembedahan ! He said ; " Let's do it for once at all ". Biar hidup ambil risiko, asalkan masalah itu tidak menghantuinya pada masa akan datang !

Dan . .  tadi aku dapat mencuri masa, menjejak semula kaki ke hospital itu. Alhamdulillah, dia sihat ! Dia ingat aku, bercakap denganku dan dapat aku bersalaman dengannya :') Teringat dua hari lepas, saat dia masih di wad ICU. Matanya lebam, pejam sahaja. Dengan kepala di 'STAPLE' nak camtum bali scapula beliau. Kalau kau tengok dah macam Robotcorp weii . . Aku lihat air mata darah bertakung di sudut mata. Kata mak, mungkin dia melawan derita. Mak selalu pesan, bila jumpa orang sakit sebut Alhamdulillah dalam hati. Kenapa, sebab kita sihat ! Sebab kita bukan dikatil si sakit itu, sebab kita yang melawat orang sakit, bukannya dilawati orang melihat kita sakit. Tapi jika orang itu berilmu bahasa arab, kita disyorkan untuk menyebut ;


INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN 


Ayat itu, kalau sebut dihadapan Melayu ortodoks, mau yang koma tercelik dengarnya ! Haha. Tetapi, beberapa kerat sahaja yang tahu akan maksud sebenarnya ?


  “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ 


Okay, malam ini aku taknak insult typical Malays thinking, cuma fikirlah sejenak akan firman Allah ;




Surah Al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud :

(Maka orang-orang mukmin yang sabar ialah) orang-orang yang apabila musibah menimpa mereka, mereka berkata (dengan mengucapkan kalimat istirjaa) ,  إِنَّالِلَّهِﻭَإِﻧﱠﺂإِلَيْهِﺭَٰجِعُون  (yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami, kepadaNyalah kami akan kembali”.







Jadi bersabar lah buat orang sakit, buat kita yang mungkin akan ditimpa sakit atau penyakit suatu masa akan datang. Sakit itu datangnya cuma beberapa kali dalam hidup kita, jadi usahlah bersedih kerana tanpa sedar, sebenarnya nikmat sihat itu lebih panjang daripada derita sakit. Kenapa nak merintih bila jari terluka ketika memotong sayur jika sakit itu tiba cuma beberapa minit daripada 3600 minit sehari ? Jika Allah berkira dengan kita, mahukah kita sakit 12 jam sehari, sihat 12 jam sehari dan berlarut fenomena itu hingga ke akhir hayat ? Tidak bukan ? So, put a smile back on your face sebab perkara itu tidak terjadi pada kita ! :)


Biar aku undur diri dengan kata-kata semangat buat pesakit luar sana, termasuklah Pak Cik Rahim ( semoga dia cepat sihat agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa ) :


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 



(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





P/s : Aku pun tak sangka usalan aku pasal 'sakit' panjang :O
Lihat fail gambar ini buat hati sedikit gembira ;




Saat itu aku bersila luar selepas sahaja solat Asar di masjid berdekatan. Dalam 30 minit selepas habis solat Asar, terdengar ayat ". . .aku nikahkan dikau . . . ", seraya itu aku terus berlari ke muka pintu utama masjid. Aku berdiri di muka pintu sambil tersenyum, Alhamdulillah, satu lagi pasangan akan membina taman syurga :)

Ehem, engkau bila D-SIM ?

6 comments:

  1. alhamdulillah, entry ini mmg kena tepat pada waktunya. thanks for reminding. "jadilah penyebab hidayah,
    bukannya penyebab dhalalah" nice.

    ReplyDelete
  2. urm, ni sape ye?
    blaja kat mane skrg?

    ReplyDelete
  3. syukran atas entry bermanfaat,,,tambah ilmu itu yg psti..alhmdulillah..

    ReplyDelete
  4. @farhana : tepat ? O.o

    @IS : :)

    @Nuruddin Azri : Ini Mr.D-SIM belajau kat Nottingham..Semenyih,Selangor B)

    @LBYL : ilmu diam itu tak bagus, tak bercambah, lalu sebarkanlah ilmu yg ada di dada, walau sepotong ayat sekalipun :)

    ReplyDelete