Tuesday, February 7, 2012

Trip dengan member lagi !

Assalamualaikum

Hari ini hari Selasa bertarikh 7 haribulan Februari 2012 tahun masihi. Selasa ini juga merupakan hari terakhir bagi cuti sem aku. Sedih ? Mungkin. Berjauhan dengan parent lagi, abang adik. . White. . Aoron, dan member gila-gila kat sini. Setahu aku, ramai yang dah mula menduduki sem terakhir bagi asasi masing-masing. Aku ? Bakal. Sem 2. Hmm, belum apa-apa aku dah terasa tekanan pasal sem 2. Entah kenapa. . kadang dalam gelak ketawa, tiba-tiba terlintas pasal sem 2. Mati gelak aku, hanya senyuman kelat yang tinggal. Cuti sem pun asyik terfikir-fikir pasal sem depan, walhal final dah lama tamat, tengah cuti lagi tanpa perlu memikirkan assignment report bagai. Sepatutnya aku enjoy kan ?

Cuma, Ahad lepas. . lain daripada yang lain. Serius lain. Eh, Ahad lepas ? Apa yang dah jadi ? Sebenarnya, aku berlima - Aku, Aizat, Farid, Idzhar dan Syakir - telah bersetuju untuk melancong ke. . . 




Taiping, Bandar Warisan yang terkenal di Malaysia :)


Secara ringkas, Taiping merupakan bandar ke-2 terbesar di negeri Perak kesayanganku ( eh ? ) Dahulunya Taiping dikenali sebagai Klian Pauh. Klian Pauh ini dijumpai pedagang dari China, memajukannya dalam sektor perlombongan. Sudah tentu lombong bijih timah, bukan lombong dua lobang di muka tu. Dan kemudiannya diambil alih penjajah jahat British sebelum Tanah Melayu merdeka. Tapi, tahukah anda bahawa Taiping ini pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum Ipoh ? Paling awesome, masjid pertama di Tanah Melayu terletak di Taiping ! Dan fakta menariknya, Taiping merupakan kawasan paling lembap di Malaysia, selalu hujan. Syukur Alhamdulillah, Ahad lepas hujan turun sekejap sahaja = boleh photoshot ! :D



Misi utama trip jauh kami pada kali ini adalah Bukit Larut. Aku rasa dapat naik atas mesti cool gila sebab ketinggian bukit ini dari paras laut lebih kurang sama dengan Cameron Highlands ! Tak percaya ? Do trust me, I'm Mr.Know It All and thanks to google :) Cuma yang bulltahi nya, kenderaan lain tidak dibenarkan mendaki bukit ini selain Land Rover yang disediakan. Releks, RM 6 jea seorang dewasa, kadar kanak-kanak aku lupa, hehe RM 4 kalau tak silap. Cuma ingin aku tegaskan di sini, datang melawat Bukit Larut bukan pada cuti umum sebab . . . 




Tiket cepat habis ! T.T  Berdasarkan pegawai pelancongan di sini, pihak beliau  mula buka kaunter pada pukul 7.30 pagi, cepat habis macam pisang goooreng panas, haha Cuma mengambil dalam 100 pelancong di atas. Kalau kurang orang menginap hotel di atas, keberangkalian anda nak naik ke atas adalah besar. . . sedikit. Huh, kira lain kali aku kena tempah tiket awal atau cuma datang ke sini hari bekerja. Kan best pergi tempat lagi privasi. Tambah pula udara segar dan sejuk dengan tiada pelepasan asap kenderaan di atas selain asap kenderaan Land Rover sahaja. Yang menarik minat aku, di atas sana ada ditanam bunga tulip diimport khas dari Belanda. Katanya, bunga tulip ini tak dapat survive ditempat lain dalam Malaysia selain Bukit Larut. Fuh, rugi besaaauuu aku !




Ikutkan rupa Land Rover tu, macam kurang yakin jea nak naik bila dapat tiket -_- Kebenaranya, inilah yang paling tough untuk jalan berliku-liku ! 




Aku jerit :

" Aizat ! Ke tepi ! "


Dia berhenti sambil berpaling,  SNAP !  Termasuk dalam gambar sekali, siot dikau =='

Takpelah D-SIM, tiada rezeki nak merasa Teh'O panas atas sana. Jadi, kami pun bergerak ke Muzium terawal dan tertua di Malaysia, Muzium Taiping ! :D Huh, mesti ada yang cakap kenapa Muzium kan ? Dude, the entrance fee is free ! It's free !




Entah siapa si encik statue tu, tapi yang pasti tak masuk dalam buku sejarah sekolah dulu, haha




Pengaut Keluli Kapal Korek. Pengaut ini ikutkan nampak kecik jea jika dibandingkan dengan kapal pengorek bijih timah dulu. Let say ratio 1 : 100 ? Anda boleh melawat Kapal Pengorek Bijih Timah yang terletak di Batu Gajah, Perak - satu-satunya kapal pengorek bijih timah yang masih ada di Malaysia :) 




Idzhar cakap ;

 RM 355 jea sebijik meriam nih ?

Itu tahun bila yeop ? -,-




Lokomotif terawal di Tanah Melayu :)

Fakta : Hubungan terawal pengangkutan keretapi di Tanah Melayu bermula dari Port Weld ( Kuala Sepetang ) ke Taiping.




Masih ingat ambulan yang digunakan dalam cerita dulu - dulu macam dalam filem P.Ramlee ? Yeap, warna hijoo belakang deme tu pernah digunakan sebagai ambulan. Asal sebenar, ambulan bagi Perang Dunia II :)

Dengar kata, TS paling syok kat sini ? Dengan segala hormatnya, kami telah mencecah duli ke Taiping Sentral, pusat membeli - belah 'high class' di Taiping. Kata orang sana, Pavillion Taiping ? Hahaha, entah apa yang mereka nak banggakan sangat bila kamera digital tidak dibenarkan bawa masuk ! What the fish, geram weh ! Kena tahan Pak Guard, walkie talkie rapat ke mulut gaya polis nak roger sana sini beritahu dia dah jumpa 'penjenayah' ! Hurgh, sebab utama ? Katanya, pernah terjadi seorang jurutera dari Singapura cuba 'meniru' rekaan binaan mall itu.

Bila dengar penerangan pak guard tu, rasa rahang aku jatuh cecah magma bumi, terbukak luas membenarkan gajah muat masuk ke dalamnya. Like seriously bangunan buruk ini jadi pilihan jurutera itu ? Kata Farid, sedih bebenor jurutera tu. Tersesat ke Taiping Sentral, bukannya tempat 5 star Pavi tuh ! Even pergi Pavi bawak kamera lens besar gedabak pun orang tak halang lah ! 




Tiket habis, campur pula dengan agenda 'lawak' pak guard tuh, hilang mood. Kami mencari balik mood kami di Masjid Taiping.


 Sumber google.


Sayangnya masjid luas, besar tapi satu saf pun tak penuh sedang terbinanya masjid ini berdekatan taman perumahan. Okay, Husnul d'zon - kawasan perumahan Cina kowt. Kebanyakan orang yang berjemaah di sini pun orang luar macam kami. Tak ramai orang, memang tak seganlah kitaorang nak lelap sejam kat masjid ni ! Haha, Lena kowt !


Next stop ; Taman Tasik Taiping. Sangat sangat sangat terkenal tempat ini dengan pokok besar mengelilingi tasik Taiping nih. Aku siap ada gambar waktu aku toddler kat sini ! Kata abah mak, pokok sini benar lamanya. Alhamdulillah, adanya makhluk tuhan ini untuk menyejukkan suhu sekeliling, tenang mata memandangnya. Menikmati kawasan menghijau amat tenang jika dibandingkan Ipoh yang hectic




Aku pernah terbaca satu artikel, nikmat ketenangan boleh dicari melalui 3 warna disekeliling kita, termasuklah warna hijau ( pohon / hutan ). Maaf tak jumpa sumber bagi menyokong pernyataan ini. Oh yea, kajian saintifik pula menyatakan, hati mudah redup apabila melihat sesuatu yang terbentang luas seperti lautan atau pemandangan luas menghijau. . macam Taman Tasik Taiping :)

Aku sebenarnya nak ambil gambar landskap, tapi takde idea laa -.-''

Ini jela yang teman mampu yoep~ 










Sesak waktu cuti !


Entah kenapa Farid masuk air nak sangat masuk Zoo Taiping ? Bajet masih ada, moh ke dalam !




RM 12 seorang dewasa, 
trip kitaorang tak seramai geng bus sekolah. 
Tak dapat murah D;







Free ride jea train nih, tapi sunnah Rasulallah, banyakkan berjalan. 
Kami pilih berjalan mengelilingi Zoo Taiping XD




Tension bebenor muka stuff zoo sini, wallet kene curi kere ke yoep ?






Gayut jangan tak gayut ~





Kucing ini besar gila ! :O Kalah Aoron si gemuk tu ! Obviously. Puas aku balun dinding plastik penghadang, idoknya dia nak kalis muka kat teman. Muka toyeee jea gitu. Kecik hati teman :(



Teori melawat Zoo oleh D-SIM ;

Mula melawat dengan parent family,
lepas tu dengan member, 
lepas tu dating dengan bini ( pun boleh ), 
lepas tu bawa anak pula, 
lepas itu kita dipimpin dibawa ke sini, 
and the cycle goes on~ 



Berikut merupakan haiwan yang dengar cakap aku bila aku sebut ;

say cheese !






Eh, muka tak ikhlas pulak -,-




Ops, ini manusia ! :P




Hi cutie ! ;3




Rusa !
Awat hang slim sangat ?


 




Member Bugs Bunny bak kata Syai, haha 




Hamster ? O.o




AWAS ! 
Ada penunggu hitam sedang memerhatikan anda ~ 




 Cantik betul bulu beliau, 
Subahanallah !




The rest ~






  








Eh adik ! Jangan main kat situ, tu. . .




Babi !

Huh ! Aku rasa nak cepuk jea makcik tu. Kenapa ?


  • Babi tu sedang dia dipisahkan tembok batu ditanam besi pula, kenapa nak dekat tak boleh ?
  • Dosa apa yang babi buat dengan anak makcik sampai kena dijauhkan ?
  • Melihat babi tak berdosa, melihat orang tak tutup aurat itu berdosa. Asal terbalik jadinya ni ?

Persoalan itu mati dalam hati sahaja. Mana tahu ada sebab lain ? Mungkin risau pasal penyakit atau kes hygienic. Bagi aku, kesian jugak babi ni sampai nak dijauhkan sedangkan dia halal dilihat, takat kena samak bila disentuh. Kalau pegang tangan bukan ajnabi boleh samak ke ? Apa yang aku nak ketengahkan kat sini, kenapa ramai memandang enteng dosa berpegangan tangan lelaki perempuan yang masing-masing bukan ada tali darah mahupun hubungan nikah yang halal sedangkan rasa jijik sangat bila nak dekat dengan babi ? Kalau suruh sentuh lagi lah~ 

 Teringat kartun lama :





Dah sayonara Zoo Taiping, hati sedih sikit sebab tak jumpa ais krim roti. -..-
Portrait shot sebelum balik, hehe 






Akhir kata dari Farid :




Seriously, ada part aku gelak sampai sakit perut dibuatnya. Paling tak tahan lawak si Syakir, ada setitik dua air mata tumpah dek lawak dia ! Thanks kengkawan :)


Till then, Adios !


P/s : masuk zoo. . . kalau dapat 17-300mm best jugak. 50mm tak kena laa~ 

8 comments:

  1. Kucing besau!! :O ohoho. Taiping :')

    ReplyDelete
  2. slim yang amat rusa tu. hehe.
    naissss!

    ReplyDelete
  3. owh,,hometown ku !
    hehe..hai, jom join giveaway sy..
    kalau nk tlg promote pn xpe hihi^^

    ReplyDelete
  4. tepeng~ hohoho.. dh lama tak p..
    pernah p night safari dia.. ohhoo.. bosan.. -.-'

    ReplyDelete
  5. Taiping, one of the places I wanna go XD and and, ada tulip dkt atas Bukit Larut ? Tak pernah tahu. Okay, kena kumpul duit double la mcm ni.

    ReplyDelete
  6. @unknown : :)

    @farhana : tulaa, tak cukop makan kowt,hehe

    @c.qyll : insyaAllah :D

    @sarah : pegi ngan kawan laa.. boleh buat gila2, even tmpt bosan zoo tu, hoho

    @nadia : alah, xmahal lah klu nk buat trip 3h2m sane~

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum penulis..tadi memula google tulip kat bukit larut..akhirnya sampai ke blog ni..

    sangat seronok baca catatan pergi taiping..sebenarnya saya pun duduk kat perak,tapi tak penah lagi explore taiping.hihi..

    kalau bukit merah,zoo taiping tu baru je tahun lepas pegi...hehehe.seronok..

    aiskrim roti kat luar zoo tu sedap gak...

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam

    rugi laa duduk perak xreti explore, haha

    ada masa jenjalan jea ngan kawan, meronggeng sampai ke gerik pun boleh~

    aiskrim roti mmg sedap~

    ReplyDelete