Maaf, entry kali ini dalam bahasa pula yea :P
Okay, seperti sedia maklum hari ke - 3 IBTG ini penentu bagi tempat pertama dan kedua, atau ketiga dan keempat. Berikutan Langkawi Hall Team layak ke pusing 2nd runner up, jadi aku cerita pasal ketiga dan keempat jea lah yea :P Kali ini, pihak IBTG tidak menghantar apa - apa attachment, jadi terpaksalah aku huraikan perkembangan pertandingan badminton semalam. Pertandingan bermula pada 5.30 petang dengan acara Woman Single. Mixed Double, Women Double, Men Double dan akhir sekali, Man Single.
Ikut plan semalam, semua dah ditetapkan posisi masing - masing. Niena - WS, Nazirul/Niena - MD, Ikin/Nad - WD, Aku dan Halim - MD dan paling gempak, Harith Teman - Teman - SM.
WS - Kalah 0 - 2
MD - Menang 2 - 1
WD - Kalah 2 -3
MD - Menang 2 - 0
Jadi, kami seri dengan Redang, 2 - 2
Ikut peraturan perlawanan, nak menang kena 5 - 0, 4 - 1 atau 3 - 2 sekurang - kurangnya. Jadi ikutkan flow, menang Man Single ini penentu perlawanan kami ! Ini second time aku tengok Harith main dari awal sampai habis game dalam MS. Lawan Harith, Adib dari Pangkor. Mula Adib menang, 1 - 0 . Bila masuk set ke - 2, Harith dah hampir nak menang, sekali silap serve ! Ya Allah ! Dah dues ! Cuak tak cuak, tak duduk diam aku ! Tapi akhirnya kami akur dengan kekalahan 3 - 2 setelah Adib menang set ke -2 dengan mata 22 - 24. Fuhhh, nyaris - nyaris nak menang ! Kata Saifullah, kalau kalah single, memang salahkan single tu jea sebab dia main perseorangan. Tapi, aku rasa okay lah kowt. Aku nampak semangat sportmanship dalam kalangan kitaorang. Itu yang lagi penting. Yang berdiri main sungguh - sungguh, yang duduk tepi beri semangat kepada pemain. Lagipun, semua orang ada silap masing - masing kan ?
Ikut match aku, memang menang 2 - 0, tapi banyak juga silap aku buat. Sepanjang tourenment kali ini, aku perasan smash aku tak sepadu dahulu, atau at least, tip ke bawah. Bila dah habis game, sentuh otot tangan kiri ( aku kidal ), rasa sakit. Owh ! Cycle smash aku salah !
Fu HaiFeng, pemain kidal dari China. Aku belajar smash dari beliau ! XD Tapi tangan aku bent sedikit masa smash, tak luruskan macam apa beliau ajar. Tambah pula, otot sakit, naturally masa angkat tangan, otot jadi contract sedikit, tanpa sedar kalau biarkan berterusan, boleh jadi lebih parah ! D; Dapat sekali jea smash yang betul - betul cantik - death smash - dan sekali play net yang kompom tak boleh opponent ambil. Itu sahaja. Haih. . sayangnya. Saifullah dan Arjim cakap smash aku laju, memang susah orang nak kejar/ambil. Quote ayat Epul " Sekali dia dapat buat smash, habisla ". Sayangnya bakat itu hilang tourenment kali ini. Adehh. . Again, semua manusia ada silap kan ? :)
Kesian juga Harith, " Aku kesiankan hampa, lagi - lagi kat budak perempuan ". Hahaha, tergelak aku dengar. Ai, haritu cakap dengan perempuan kena jual mahal ? :P Dia rasa bersalah . . iyelah pun. Penentu game keseluruhan terletak di tangan dia. Besar tanggungjawab itu. Tapi kan tak boleh marah Harith. Dia kalah kerana berusaha bersungguh - sungguh, dengan peluh bagai. Dari riak muka pun tahu dia penat. Bukannya, kalah angkat kain putih dari awal.
Yang penting kali ini, hubungan kita sesama Langkawi's serta hall lain terjalin. Pertandingan kali ini cuma sekali dalam hidup. Ini pertandingan inter-hall. Cuma ahli hall sahaja dapat bermain. Ikutkan, mulai bulan 9, semua dah nak pindah keluar, hidup off-campus. Bukan itu ertinya cuma sekali sahaja peluang ini datang ? Dan . . nampak bebenor kena banyak practice main badminton. InsyaAllah, kalau ada pertandingan anjuran pihak lain, kita main lagi yeah ! :D
Dengan rasminya, Langkawi Hall mendapat tempat ke - 4 bagi tahun 2012 :)
P/s : Terima kasih buat para penyokong yang bersama hingga ke saat penentu game. Special thanks buat Muhaimin atas tepukan beeeeesaaarrr beliau :O Eh, keluar - keluar jea UMNC Sport Complex semalam, terus dengar azan magrib dilaungkan. Syahdunya :')
P/ss : attachment. . baru masuk inbox -_-
|
||||||||
Few, terer gak kawan aku tu main badminton eh. Ko pun ! Congratz :)
ReplyDelete