Thursday, April 12, 2012

Seriously, I'm in a relationship :)

 السلام عليكم





Huh, serius aku terkejut bila diberitahu dia dah bertunang ! Itu pun nasib aku dapat 'tangkap' apa yang berlaku, korek - korek, muntah habis jawapan kepada segala persoalan hehehe. Apa ingat lelaki pun tak tahu bergosip ? "Radar" kitaorang pun hebat juga hokeyyy -OO- Apa lagi bila dah tahu, sesi Q&A lah aku buat. Dari A sampai ke Z aku tanya ! Tapi terhenti sampai huruf M jea, sebabnya ?

"  Oi oi,
dah dah
makin jeles aku
-,- "

. .  bila dia cerita macam - macam pasal kebaikan bertunang, future plan dan pasal tunang dia huhu Sekilas pandang hati terasa berdebar yea kawan ? Untunglaaaaa -..- Seriously, bagus. Memang bagus kalau memilih jalan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, atau paling kurang menjaga pandangan mata. Memilih jalan mencari redha Allah. Mungkin kesan kepada seorang lelaki nampak kecil pada masa awal ini ( bertunang ), tapi bagi aku, kesan besar adalah pada seorang perempuan itu sendiri. Kata kawanku ini, sekarang dah tahu berbaju + bertudung labuh. Huh ?

Menurut kata mak aku, perempuan takut tak laku ? Hah ! Sebab itu. .

Sebab itu mereka berhias cantik, biar cantik 24/7 kalau boleh.
Sebab itu mereka bermake up habis, pantang jumpa cermin check sana sini.
Sebab itu mereka buang jauh tudung - tunjuk perhiasan mereka ( rambut )
Sebab itu mereka mendedahkan bentuk tubuh badan mereka, biar terliur lelaki tengok
Sebab itu mereka bersosial, mencari/mengenal sebanyak mungkin kenalan lelaki.
Sebab itu ada gambar mereka nampak cantik ( sikit ) jea, terus upload, tunjuk satu dunia.



Sebab. . Iyelah, kalau tak buat macam itu, nampak tak cantik, nampak tak menawan, nampak tak menarik, nampak tak. . mengancam mata lelaki ? Dah si kaum Hawa ni risau. Risau tiada siapa berkenan buat bini !

Jadi. . 

Apa reaksi perempuan bila . . 




datang ibu kepada pihak lelaki, menyarungkan sebentuk cincin tunang di jari manis anda ? Rasa syahdu ? Rasa bahagia ? Rasa diri dihargai ? Rasa diri bertuah mendapat perhatian mata seorang lelaki ? Rasa syukur dapat tamatkan masa bujang ? Atau paling kurang, dalam diam si perempuan membiarkan jari manisnya disarung cicin tunang, pasti ayat ini "terjerit" dalam hatinya :


" Aku tunang orang ! "


Yea, mudah dan ringkas. Tapi kesannya besar. Tambah pula, bila si kawan aku ini alhamdulillah jenis rapat kepada perintahNya, jenis tahu membataskan diri daripada perkara mungkar. Bila dah ada orang yang betul di hati ( atau 'suri hati' bab kata cik fatimah, haha ), kena pula orang yang betul di sirat al-mustaqim, bukan sifat/sikap baik si kawan aku jadi motivasi, idola terbesar buat si perempuan itu ? Perasaan " ingin berubah sama " boleh wujud dalam dua hala, baik hati lelaki mahupun perempuan. Bila dah bertunang ini, mereka sudah satu langkah terjaga pandangan mata mereka.  Mereka pula senantiasa peringatkan diri dalam diri masing masing :

Aku dah bertunang, aku hampir jadi milik seseorang sepenuhnya.
Aku perlu jaga nama baik dia dengan menjaga nama baikku
melalui perbadiku sendiri.

Aku bakal berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga.
Aku wajib mensoleh/hahkan diri, sebelum jadi imam/makmum
kepada keluargaku sendiri.

Bila perkara mula jadi serious, kita mula menimbang hidup kita, fikir jauh pasal diri kita, dan apa yang boleh dilakukan dengan kemampuan yang ada. Jika kita mengharapkan perkara yang besar akan datang, usaha yang kecil pada masa sekarang tidak cukup untuk mencapai cita - cita kita. Bila sudah sedar akan kemampuan diri tak ke mana, hari ini juga kita berubah,. Hari ini juga kita berusaha bersungguh sungguh agar kita bersedia untuk menghadapi perkara yang besar pada masa hadapan ! 



Jadi, tidak hairanlah kawan aku itu sudah mula berpandangan jauh. Dah tahu future plan, baik untuk isi dunia, akhirat juga :)

Sebelum aku menghabiskan perbicaraan aku dengan kawan rapat aku tu, sempat lagi aku ambil peluang meng'amin'kan doa dia dalam kami mencari redha Allah dalam apa juga jalan sekalipun dan . . . 




:P

Eh ? Yang hang dok kalut bubuh tajuk 


" Seriously, I'm in a relationship :) "  pasai pa ?



Aku ? Hek eleh, ingat member aku seorang jea boleh dalam relationship ? Aku pun hado ! Seriously, I'm in a relationship with Allah, All The-Mightiest. Enough said B)



Pss : Aku jahat laa, ada jea ponteng kelas solat berjemaah 5 waktu sehari. Beronggak ronggak jadual aku. Kalau dapat berjemaah pun, belum tentu saf depan. Haih, menjaga hubungan dengan Allah pun tak lepas, ni pulak nak jaga hambaNya ? Owh yea, semalam best. Aku azan zuhur kat surau Sogo, 1st time azan ketika bermusafir, huhuhu 

*bertakung air mata bila aku azan tu*

8 comments:

  1. sesungguhnya lelaki yg baik utk perempuan yg baik. moga2 kau pun bertemu jodoh yg baik. amin.

    ReplyDelete
  2. semoga bertemu suri rumah yang solehah =)

    ReplyDelete
  3. aminkan doa di atas.. amin~~~

    ReplyDelete
  4. ala.. baru citer bertunang.. intan punye kawan punye kawan yg sama umur ngn kita ada yg dah kawen.. kalo x silap skrg ada kt UIA.. amacam???hehe

    ReplyDelete
  5. @cchopu, j.husna, leeza : Amin ! :D

    @d.queen : cari ? siapa laa yg berkenan kat teman ni haa ? :(

    @i.suraya : owh, dah pregnant kan pmpn tu ? ade dgr crite..

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum warahmatullah.

    Nice post! Especially for us young adults~
    May you'll find that one pious lady to be your lawful wife soon in near future.
    In the mean time, better get prepared huh? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...