Thursday, May 17, 2012

Alhamdulillah ! :DD

Assalamualaikum !

Banyak berita gembira aku terima hari ini. Alhamdulillah ! Hati tidak habis - habis memujiNya atas pemberian nikmat kesenangan hati kerana mana tahu jika esok hari pula aku diuji dengan berita sedih / malang ? Aku bersyukur dengan apa yang aku terima hari ini. Kata hikmah yang pernah aku dengar, kalau mahu Allah bantu kita waktu kita susah, kita kenalah ingat Allah waktu kita senang. Logik bukan ? Siapa mahu berkawan dengan orang yang ada hanya waktu kita senang, waktu susah pula menghilang ? Siapa mahu kawan yang datang meminta pertolongan waktunya susah, tetapi saat dia senang, kawan sendiri pun tidak mengaku. Jadilah muslim yang berjati diri tinggi, susah senang bersama, berat bahu memikul, berat pula mata memandang, hati gajah sama dilapah hati nyamuk sama dicecah. Kalau hubungan dengan manusia kita jaga, apatah lagi hubungan dengan Allah. Betul ? Biarpun kedua situasi hablum minallah hablu minannas, jangan kita jadi orang yang harapkan pagar, pagar makan padi atau ibarat melepaskan anjing tersepit, kita pula yang digigitnya !

Oppss. . berperibahasa pula malam ni walhal zaman SPM, karangan BM selalu dapat teruk, tu yang dapat SPM A jea =/= Anyway, dalam banyak - banyak berita gembira hari ini, ini yang paling masyukkk :

Masjid RPT Pengkalan Pegoh Seberang Ipoh


" Masjid dkt umah dah siap. . :) "


Woah woah ! Penat lelah main badminton petang tadi terus hilang dengan berita gembira ini ! Sumpah aku tersengih habis ! After a long wait, this short message end my hope as it turns reality ! Lama kowt aku tunggu masjid ni siap, siap yang bermaksud boleh menunaikan solat fardu secara berjemaah. Wahhhh, tak boleh bayangkan, kompom setiap hari dapat dengar azan 5 kali sehari lepas ni ! Mudah - mudahan, faktor jarak tidak lagi menjadi masalah untuk solat berjemaah nanti. Amin. Thanks Yan ! :DD

 Lelaki keutamaan solatnya di masjid, 
perempuan lebih baik di tepi katil.

Berkenaan masjid baru, aku harap masjid ini bukan masjid BN.

 Ops ops ! 

Sebelum nak shoot aku apa - apa, kita layan dahulu ceramah ini :


Yeah, ikutkan sudah 7 - 8 tahun aku pindah ke kawasan perumahan aku sekarang. Kalau setahun ada 54 minggu, agak - agak dah beratus kali aku solat Jumaat di sana. Itu belum tambah tolak darab bahagi solat fardu ain 5 waktu itu dan juga solat terawih + raya. Tapi 2 -3 bulan lepas, kawan sekepala gila kat Ipoh beritahu, itu masjid BN. Banyak yang diulas, salah satu faktor, kurang event. Owhh, betul juga ! Jika dibandingkan sebuah surau berhampiran Aeon Jaya Jusco Station 18 ( surau beb, bukan masjid ) lebih banyak aktiviti / ceramah berbanding di masjid itu. Surau itu lebih 'hidup' nampak ceria berbanding masjid tadi tu. Bukan nak jatuhkan insitusi masjid itu, cuma rasa terkilan. Terkilan ? Nak rasa 'feel' terkilan itu, layan dulu link ceramah yang aku kasi itu. Buat apa kalau duit beribu dapat dikumpul hasil kutipan solat Jumaat kalau wang itu tidak dikembalikan kepada masyarakat / makmum masjid itu balik ? Maksud dikembalikan ini adalah, in terms of activity. Bukannya kita sedekah selepuk, kita harapkan selepuk balik. Tidak, apa yang kita mahu, sorry, apa yang para jemaah mahu, wang yang disedekahkan itu sebagai satu suntikan bagi menjana aktiviti - aktiviti yang bermanfaat. Ceramah, gotong - royong, kelas mengaji, pertandingan marhaban, bilal atau imam muda, bengkel tajwid cerita sirah pun boleh. Bahkan, aktiviti sihat seperti pertandingan futsal pun boleh buat atas nama masjid asalkan semua itu dikembalikan. Kan beriadah kena pada syarak itu beribadat juga ? Bukannya duit itu buat beli kopi beri orang lepak lepas solat Isya'. Bahasa orang business, investment. Tang mana simpan duit selepuk dapat balik dua tiga lepuk ? Kalau main saham sekalipun, itu sudah dikira investment. Investment yang kita cari, investment akhirat. Ahli masjid ada kuasa, jangan salah gunakan kuasa. Tanggungjawab menggunakan kuasa itu ada pada setiap ahli, jangan duk kata 'kita simpan jelah duit'. Dengan AJK - AJAK serta masyarakat sekeliling jalan camtu. Guna sahaja duit itu untuk benda bermanfaat, usah dirisau duit itu habis bila kita jalanankan sesuatu aktiviti. Kata ustaz, rezeki ini Allah yang punya. Kita ajak orang masuk masjid, lagi luas pintu rezeki masjid itu terbuka. Lagipun, bukan kita yang kawal pintu rezeki, Allah yang kawal. Kan ?


Gambaran zaman dedulu~

Ungkap balik sejarah rujukan daripada buku teks tingkatan 4 entah bab keberapa. Tahu sejarah Zaman Gelap Eropah ? Zaman insitusi gereja kaya raya, hiasan dan ukiran pada dinding gereja cantik belaka tapi masyarakatnya buta ilmu, mundur pula ?  Jangan bina masjid hanya untuk bermegah dengan air-cond, lampu besar cantik berkilau - kilau dengan karpet bau baru kalau yang datang hanya sekerat dua, itupun orang tua - tua yang dah sedar ajal memanggil. Kita mahu ilmu itu sampai, kita mahu imarah masjid itu terjaga, kita mahu keharmonian masyarakat dengan masjid itu terjaga bagai ada ikatan. Bila insitusi masjid rapat dengan masyarakat sekeliling, bukan lagi senang nak beri nasihat agar kembali ke jalan pangkal Islam ? Inilah pendekatannya. Jangan sebab ramai penceramah itu datangnya dari parti hijau, takmahu jemput. Anti katanya. Ilmu untuk semua, ilmu untuk semua. Insitusi masjid boleh pergi jauh daripada apa yang ada sekarang ini. Aku ingin lihat lanskap masjid berubah agar tidak menjadi patung parti politik kerana insitusi masjid sebenar boleh berdiri dengan sendirinya tanpa mengampau siapa - siapa, atau mengharapkan daripada apa - apa badan sekalipun. Ini harapan aku. Aku percaya, ramai juga berharap seperti aku.

Jangan politik yang pecah-belahkan agama sudah.

P/s : Dalam ceramah ini :


Beza ceramah politik dengan ceramah agama adalah penceramah si politik jari telunjuknya menghala 'ke luar', penceramah si ulama jari telunjuknya ke dada. Kenapa lagi ramai orang ke ceramah politik ? Kerana kita suka dengar orang mengata fasal hal orang lain / parti lain, sedangkan dalam ceramah agama, yang 'terkenanya' kita !


Aku rasa masjid baru itu bukan orang BN pegang kowt, 
sebab binanya banyak atas sumbangan orang ramai dulu. 
Dan, aku kenal siapa orang kuat masjid baru tu, haha. 
Yang penting, kita seIslam dapat solat jemaah sama - sama ! 
Yeah !

3 comments:

  1. well said. bole hantar usul ke jabatan perdana menteri hal ehwal agama.

    abg khir jamil sedia membantu
    ;p

    ReplyDelete
  2. Jamil khir bkn khir jamil. Ah, dia cakap masjid bkn tmpt menyebarkan agenda politik tapi banyak jea khutbah dok mengampu kerajaan. Bila tiba hari ulang tahun kelahiran pemerintah lagilah, meleret - leret doa utk pemerintah walhal time tiba part doa utk diri sendiri dan selawat, cuma beberapa saat jea.

    (╯°□°)╯︵ ┻━┻)

    ReplyDelete