Saturday, June 30, 2012

Anak.


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alahai, beratnya mata kubuka untuk melihat dunia ! Penat, penat berjalan semalaman semalam masih jelas terasa. Masakan tidak kaki masih berasa lenguh, satu tubuh badan rasa berat bagai diri memanggil untuk terus tidur kembali pagi tadi ! Tapi, berbaloi. Berbaloi bila ramai - ramai dapat gather teman Aizat Ghazali sebelum fly jauh nun Rusia di benua Eropah sana sebelum ke Wangsa Maju pula cari steak buat 8 perut kebuluran. Aku demand Steakhouse Kampung Baru, Western Food Wangsa Maju kau bawa, huh. Najwan, Najwan.

до свидания Aizat !

Dari kiri : Saudara seIslam, saudara Aizat, saudara Faruq

Kujangkakan perjalanannya mengambil masa hampir sehari suntuk ( atau lebih mungkin ? ), kerana trasit di Abu Dhabi terlebih dahulu sebelum ke Moscow, Rusia. Agak kecewa, biarpun di saat - saat akhir pertemuan, tiada setitik pun air mata jernih keluar dari hujung mata si Aizat tu. Heh, play tough nampak ? Jangan nanti skype dengan ayat - ayat rindu campur mata sembam yea ? Hewhew. Apa - apa pun, aku doakan engkau semoga selamat sampai dan berjaya mengutip sebanyak mana ilmu yang luas terbentang di sana. Orang yang bermusafir jauh mengutip ilmu itu lebih baik daripada orang yang hanya berdampingan orang berilmu tahu ? ( Imam Ahmad, Ibn Hajar, Fath al-Bari )


Solat musafir tahu ? Kalau tidak, sila G O O G L E. 
( Tekan sini : Pakcik Google )

Ralatnya cuma satu, bangun lambat yang terlepas jemaah subuh di masjid. Demm. Solat subuh berjemaah di masjid, baca/belajar al-quran, solat dhuha, jaga wudhu, beristighfar sekurang kurangnya 70 kali, bersedekah dan solat tahajjud. Belum apa - apa, jemaah subuh dah tinggal. Terlepas salah satu daripada 7 sunnah nabi amalkan dalam sehari. Moral down disitu. Moga jemaah kecil dalam bilik bujang tadi diterima, amin. Mulakan pagi dengan puji - pujian kepada Allah yang menghidupkan aku sesudah mati sebentar tadi dan sedikit bacaan dari artikel - artikel majalah Solusi. Pagi waktu optimum, otak segar senang menghadam bahan ilmiah. Kalau baca al - Quran sekalipun, kurang rasa sakit kepala walaupun sudah masuk ayat ke - 101 dibaca pada pagi hari. Tambah pula, udara segar lagi mendamaikan, suara riuh rendah adik - adik Apek (Afiq Sazlan) menimbulkan tawa pengubat stress mental and physical. Fuh, ketenangan minda dan jiwa menanti bila rajin bangun pagi ! Bila aku mula tiada kerja, aku cari satu. Iron pakaian solat jumaat. Aku pilih baju Melayu warna merah gelap, khakis panjang warna putih. Melihatkan sepasang pakaian ini, heh, melayang masuk ingatan aku perihal 'kejadian pelik' beberapa hari lepas. Restoran Simpang Tiga, restoran masakan indon, tidak asing lagi dari bahan bualan penggemar tegar variati makanan, termasuk aku, hewhew. Aku suka ayam panggang mereka, suka sangat. Kubawa Apek mencuba makanan disini. Lagipun, bila lagi Apek nak kemari, bumi Ipoh ini ? Kejadian pelik tu, bila Apek tegur aku sewaktu kami berjalan ke kereta ;

" Kau perasan tak ? "

Tonanya tenang. Jarang jumpa orang yang bertanya dengan nada yang sama seperti biasa.

" Huh ? "

Apa ? Lauk pauk sedikit ? Kurang pilihan ? Biasalah, closing hour dah dekat. Atau ada cicak lipas lipan dalam makanan kita tadi ???

" Kakak - kakak yang ada kat restauran tu 
semua curi - curi pandang kau. "

Huh ?
" Aku, perasan. "

Yea, aku perasan. Hairan juga, apa yang tak kena padaku ? Sepasang mata anak hitam, ada. Telinga kiri dan kanan, ada. Hidung comel, ada. Segala macam jerawat, parut, mustahil kerna mukaku licin *double jerk pada diri sendiri. Apa yang tak kena ? Baju melayu warna merah gelap lengkap berbutang 5, seluar panjang khakis putih ke masalahnya sekarang ini ? Atau songkok hitam tanpa bunga dikepala jadi tanda tanya mereka ? Atau. . lagak keseluruhan pemakaian aku malam tersebut seperti gaya seorang yang berbahgia, yang berhormat ( YB ) ? Heh, perempuan. Pantang lihat mamat hensem sikit, *sigh. Apa - apa pun, terima kasih atas semua senyum 'tersipu malu' bila aku berjaya tangkap tingkah laku papparazi kalian, hah !


Putar satu dua kali lagu lama James Blunt jom ?

Mandi dahulu ? Soalan kedua yang membuatkan aku berhenti dan fikir. Soalan pertama, awal tadi, oleh adik Apek :  "Hot Nescafe or Milo for breakfast ? " Milo aku boikot, Nescafe bawah Nestle, boikot juga. Aku suka teh'O. Nak teh'O boleh ? " Bagi Nescafe ". Aku tetamu, bagi peha nak betis pula. Banyak cekadak kau D-SIM ? Apek dihujung tergelak dengan pilihan aku. Dia tahu aku terpaksa, dia tahu aku suka teh'O dan air suam wajib ada atas meja makan. Heh, bukan nak tolong ? Soalan kedua, dari mulut Apek sendiri : " Mandi dahulu baru breakfast ? " Aku terus meluru ke muka dapur, mata meliar mencari tudung saji, eh, tak aci, adik Apek dah lantak dahulu. Oh, lupa pula soalan Apek. Maaf, mak kau jemput makan dahulu, sebelum niat nak mandi baru terlintas, haha ! Biadap disitu. Nafsu makan aku, susah nak tahan, heh. Lalu berlantaklah kami hamba bertiga akan nasi lemak sambal ikan bilis manisssss. Aku suka ! Kedengaran suara manusia paling muda di rumah ini, Zafran ( Zafran kowt ? ) bermain di luar bersama atuknya. Baru umur dua tahun kalau tak silap. Adik kedua paling muda di rumah ini pula main aci kejar dengan bibik berusia. Gelak tawa anak kecil. . ahh. . mendamaikan. Aku suka, serius bangat. Timbul rasa, nak ada anak. Aih, pagi - pagi lagi dah fikir pasal ini. Kata seorang sahabat, jika suka sesuatu perkara tapi belum mampu nak dapat sehingga kemungkinan sesuatu itu untuk terjadi saaaangat kecil, usap dada dengan tangan kanan, lalu perlahan berkata " Aku ingin perkara ini Ya Allah ", berkali - kali. Oleh sebab jari jemari kanan fresh bersambal, aku hanya mampu menutup mata perlahan, mengetap rapat bibir dan bersabar, agar tiba jua suatu masa nanti. Aku impikan zuriatku sendiri. Tidak salah untuk berdoa akan kehadiran suri rumahtangga kerana Nabi Zakaria pernah berdoa kepada yang Satu sebelum dilahirkan Nabi Yahya yang handsome awesome ;


Hah, Nabi Ibrahim pun ada mendoakan anugerah seorang anak,
sehinggalah kelahiran Nabi Ismail !


Pernah ada kawan mendoakan zuriat yang baik - baik soleh dan solehah biarpun usia baru hendak mengenal dunia ? Jangan gelakkan mereka, gelak sinislah pada diri sendiri kerana tidak mengetahui doa amalan nabi ini. ( Ouch ! ) Amalan nabi buat jadi ikutan, amalkan agar jadi kebiasaan. Perihal keluarga / rumah tangga / cara mendidik anak dengan betul perlu dicari agar bila tiba masa, tidaklah terkial - kial rujuk buku itu ini, ulama sana sini. Kalau sebelum interview perlu bersedia, kenapa tidak kepada kehadiran anak sendiri ? Kalau waktu interview salah sedikit boleh diterima oleh para penemuduga, silap sedikit mendidik anak, boleh jadi kesan besar dalam kehidupan mereka. Rujuk kembali ayat ini ;

"Anak anak dilahirkan kain putih, ibu bapa lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi." 
- HR Muslim.

Madu atau racun ? Pilihan ada dalam tangan, sama mendidik anak berlandaskan syariat Islam atau jauh menyimpang dari arahNya. Jangan menganggap bayi anak kecil atau kanak - kanak itu semuanya 'setahun jagung' lalu cuma beberapa perkara asas Islam ditekankan. Benar mereka belum matang, tetapi akal mereka sedang berkembang, minda mereka baru mula diasah. Segala perbualan, amalan dan nasihat mencorakkan pemikiran anak - anak. A tall building starts from a good foundation. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapalah yang perlu menunjukkan keindahan Islam dari segi ilmu. Bercerita pasal sejarah Islam, peribadi Rasulullah dan para sahabat / mukmim, ilmu fekah, hukum hakam yang berbagai keadaan disamping kebaikan kebaikan akan segala ibadah dengan balasan syurga, serta amaran keras perkara mungkar dengan azab neraka. Ilmu tanpa amali tiada guna juga. Sebab itu para ibu bapa dinasihatkan mengajar sendiri solat puasa sedekah, membawa anak - anak ke majlis - majlis ilmu, melawat rumah para ulama, mengajar menutup aurat bukannya membalut aurat. Anak kecil ini tidak boleh diajar dengan reverse physiology, teladan baik kata - kata manis wajib ditunjuk kerana ibu bapa orang paling terdekat dengan mereka. Lagipun ;


إذا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلا من ثَلَاثَةٍ إلا من صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أو وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له

Maksudnya;

apabila seorang insan meniggal dunia, maka terputuslah 
daripadanya segala amalannya melainkan tiga, iaitu 
sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya

Sahih Muslim : 3/1255 : hadis no : 1631.


Hah, tu. Nampak tu. " Anak yang soleh yang mendoakannya ". Anak.Yea yea, boleh jadi anak itu anak kecil, boleh jadi anak itu bapa orang. Tapi, walau apa cara sekalipun, proses kemenjadian manusia bermula dari muda ke tua. Dari bayi kepada anak kecil, kanak - kanak, remaja, belia, dewasa dan akhirnya warga emas. ( Aku sekarang warga belia, waktu paling bertenaga dalam usia manusia, hewhew ). Sambil menyelam minum air, bila anak buat perkara baik, menjadi hamba Allah yang taat, kita juga dapat ganjaran kerana kita yang mula mengajar mereka terlebih dahulu. Kalau mereka pandai berpidato akan ajaran Islam, kita dapat ganjaran atas satu demi satu perkataan kita ajar dan sebut waktu mereka kecil dahulu. Kalau mereka pandai menulis perkara yang baik, kita dapat ganjaran atas satu demi satu huruf yang kita ajar mereka menulis dahulu. Kalau mereka pandai ilmu mantik, kita dapat ganjaran atas satu demi satu nombor yang kita ajar mereka mengira dahulu. Renung semula, tanya diri akan kenyataan ini " Ramai orang berfikir pasal kahwin muda, tapi ada yang terfikir mati muda ? " Siapa tahu jika kita meninggal dunia dalam lingkungan 20an ? Walau muda mana pun usia kita, segala amalan waktu dikubur sana terputus, kecuali 3 perkara yang dinyatakan di atas. Sedekah jariah dan ilmu yang memberi manfaat. Sedarkah anda, dua perkara ini sukar dilihat mata, sukar diukur jarak mana sedekah atau ilmu itu sampai ? Boleh jadi duit RM 1 juta letak dalam tabung masjid, kena pula ada kebakaran masjid sama di malam hari. Habis hangus duit tersebut. Ilmu pula, ehem ehem. . kalau mencarut itu lebih jelas dalam perbualan seharian budak - budak remaja sekarang, jangan diharap akan ilmu besar orang lain mampu manfaatkan. Kalau ada pun, ' sisa - sisa ' ilmu. Tapi, berapa ramai penerima ilmu dari kita, betul - betul manfaatkan ilmu yang kita sampaikan ? Ada terfikir ? Silap haribulan, tiada langsung ! Lantas, anak yang soleh jadi perkara paling solid buat ukuran. Cukup kelihatan tenang muka seorang anak, saat susah mahupun senang, tanda hatinya damai dengan suburnya Islam. Tiada apa yang paling menyenangkan hati para ibu bapa melainkan anak yang soleh dan solehah. Dan sekiranya si bapa meninggal dunia waktu isterinya mengandungkan cahaya mata pertama mereka, andai anak yang dilahirkan itu orang menjadi alim ulama yang mukmin / mukminin, insyaAllah anak tersebut tidak lupa untuk mendoakan si bapa walaupun tak sempat bersemuka ! 

Namun,


“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampunkan (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  

(Surah At-Taghabun: 14)

Sayangkan bini tinggal tinggalkan, sayangkan anak tangan tangankan. Eh ? 
( Kisah Au'f Ibn Malik. Sila G O O G L E )

" Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada memperingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

( Surah al-Munafiqun ayat 9 )

Yeah, kalau sebut pasal harta, kita boleh jadi orang kaya yang beriman, atau orang kaya yang kufur. Kalau dalam konteks anak bini ? Erm erm, entah. Apa yang pasti, biar mereka pun turut jadi orang yang berjihad ke arahnya. Sama sama masuk Syurga jumpa Allah ! Hoyeahh !

“ Tahukah engkau siapakah orang yang mandul ? Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ehem ehem. . Jadi,


Pakcik Hassan antara orang yang mandul kerana gagal mendidik Sazali supaya menjadi orang yang beriman dan menghormati orang tuanya sendiri. Semoga kita tak mandul lah yea !

*   *   *
Aku tepuk perut  kenyang, alhamdulillah dengan rezeki di pagi hari. Berpindah ke meja di ruang tamu pula, duduk bersebelahan Apek dengan ibu dan adiknya berdekatan. Datang atuk, menyerahkan Zafran kepada si abang long seorang ini. Waktu sudah habis aku bersarapan tadi, atuk baru berkesempatan untuk duduk makan semeja. Dah jumpa orang tua, habis segala cerita zaman Jepun, Komunis Bintang Tiga aku korek. Kena pula atuk itu asalnya dari Muar, Johor. Macam macam tempat aku sebut, cerita mistik ular gergasi dekat pasar borong Muar tepi sungai tu pun aku sentuh ! Entah macam mana boleh terlepas cerita pasal Merlimau Melaka ? Dan katanya tadi, ada majlis akad nikah ? Lawaknya, bila aku bertanya pasal adat akad nikah masyarakat Melayu, atuk mengimbau kembali bagaimana ayah Apek datang merisik maknya, hewhew. Cool lah atuk !

" Pernah pegang budak tak ? Nah. "

Terpacul ayat soalan dan ayat penegasan tindakan dari mulut Apek. Nah ? Hah ? Bermula dari tangan atuk, Zafran telepot ke tangan Apek dan dalam beberapa saat, bertukar ke tangan aku pula waktu aku tengah mengelamun ! 

" Weh, Apek ! Aku tak pernah pegang budak ! "

Kaki si cilik itu telah mendarat selamat ke atas riba aku. Tapi lemah, hampir terjatuh dia. Kelam kabut aku tahan badan Zafran yang belum pandai berdiri itu. Dalam beberapa saat juga, riak muka Zafran dari ceria terus bertukar masam dan menangis ! Buntu tanpa kata. Terdiam aku. Takut, terusku hulur kembali kepada abangnya. Masing masing gelak melihatkan telatahku. Dalam hati. . . 

" Kenapa Zafran nangis ? Takut eaa ? 
Ke sebab Pakcik D-SIM ni bucuk tak mandyy lagi ? "

Nampak bebenor teman idok biase lagi dengan budok budok.  Keciwaaa, lalu membawa diri ke bilik air, mandi.  -_______-


P/s : Paling utama dalam perihal mendidik anak sebenarnya ;

Cinta High Class

Seorang lelaki berjumpa dengan seorang ulama sambil membawa anaknya yang baru dilahirkan. Lelaki itu bertanya kepada ulama tersebut mengenai cara mendidik anak. Berkata ulama tersebut,

" Kamu terlewat. Proses mendidik anak bukanlah bermula daripada anak ini dilahirkan. Ia sebenarnya bermula daripada proses memilih ibu yang beriman untuk anak ini ".
( Cinta High Class )

4 comments:

  1. Man From Puchong dah singgah.

    Tunggu aku pi Ipoh lagi ya, hahaha.
    Aku bawak bisnes pi sana.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. poyo je 'pantang nampak mamat hensem..'

    aku rase laki pun same, pantang nampak perempuan, cantik ke, tak cantik ke...

    kekeke..

    ReplyDelete
  4. @the lost tarzan : ahaha, kau kena selalu turun Ipoh. belajar bertutur bahasa niaga, orang tua sekali :P

    @aqila : ah, takde takde. Aku tak, hahaha

    ReplyDelete