Wednesday, June 13, 2012

Guitar + Piano,sigh.

Kalau aku pandai main guitar, aku ingat nak mainkan lagu ini ;


Kalau aku pandai main piano ?
Lagu ini ;


Takat strum kosong boleh laa. Chord piano pun dah lupa. Haih, ingat lepas SPM dahulu boleh belajar dua instrumen ni. But, when it comes to " first things first ", I can do nothing about it. Banyak perkara lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Medical checkup pun dah lama bertangguh.

*sigh.

Owh, ada ayat best semalam aku jumpa. Semalam kowt. . mungkin kelmarin. 
Ingat - ingat lupa dah.

لاَ تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ
 وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Aku tertarik dengan ayat La Tahzan ( jangan bersedih ) sebab itu sahaja yang aku tahu. 

*sigh

Cari buku terjemahan diruang tamu. Surah Al - Hijr, ayat 88. Jumpa ;

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu)-*513- dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).

-*513- : Pada suatu masa dalam zaman Nabi, orang - orang Islam di Madinah tidak senang hati melihat barang - barang dagangan yang banyak dibawa dari luar oleh orang - orang kafir di situ. Sebab itulah turun firman Allah Ta'ala ini yang ditujukan kepada Nabi Muhammad ( s.a.w ) tetapi bertujuan mangajar umatnya supaya janganlah mereka terharap - harap dan menaruh hati semata - mata kepada harta kekayaan seperti yang ada pada orang - orang kafir itu, kerana Allah Ta'ala telah mengurniakan kepada orang Islam kitab suci Al - Quran yang lebih besar dari segala jenis harta kekayaan dan kesenangan. Oleh itu, hendaklah orang - orang Islam menurut ajaran Al-Quran dengan sepenuhnya supaya mereka dapat menikmati kesenangan dan kebahgiaan yang sebenar-benarnya,bukan sahaja di dunia tetapi juga diakhirat kelak.

Ayat ini, aku baca betul - betul sebelum aku pergi berniaga. Macam ditarik beribu tekanan, lalu semua tekanan itu dilepaskan bersama anak panah, menusuk tepat hatiku. Terasa habis. 

*sigh

Dan Syahid ajar aku satu terma arab, Zaujah. Zaujah ? Zara aku tahu laa. Biji Zarah ke. . 

" Bini laaa ", 

bak kata Syahid. Bini ? Adoi, siapa tak cemburu bila tahu ada kawan yang dah bertunang, ada yang bakal melangsungkan perkahwinan, ada juga yang bakal menimang cahaya mata ! Tapi, ada 3 perkara yang menghalang aku untuk melakukan segala - galanya. 

1. Keihklasan beribadat
2. Kekhusyukan dalam solat
3. Kemanisan iman.

Tanpa 3 perkara ini, mimpilah aku nak cari tanggungjawab yang lain, baik perkara dunia mahupun akhirat. Nanti risau yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku betul, aku dah tak fikir lain dah. 3 perkara ini campur haji umrah. Hidup ini cuma sekali, let it be in the path of Allah kan ? Tapi itulah, 3 perkara ini masih belum dapat aku cari, apatah lagi nak mengekalkannya. Aku. . masih belum sempurna, 

untuk apa - apa, 
untuk siapa - siapa.

*sigh



P/s : Semalam waktu aku balik dari Pasar Malam Tambun, nampak seorang apek tua, naik basikal tua. Belakang dia isterinya, tua sama. Dalam waktu malam itu, dipersimpangan empat jalan besar, perlahan - lahan dia kayuh dengan cahaya samar- samar. Isterinya dibelakang tidak mengeluh, tidak merungut, tiada body language menahan muka tebal, tak rasa dia muka tebal pun dengan keadaannya itu. Andai tiba waktu aku sebegitu rupa, setiakah zaujahku bersamaku ? Aku cerita aku berniaga di pasar malam pun, dah ada yang segan berkawan denganku.

Kalau dunia dijadikan matlamat hidup. . . *sigh

1 comment: