Saturday, June 23, 2012

Kisah Facebook, 25 + 1


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Apa lagi yang perlu dibuat ? Status berunsur peribadi sudah dibuang. Perkongsian link berkenaan hal - hal politik dah hide from timeline. Apa lagi yea nak buat sebelum deactive Facebook ini ? Rasa semua inbox dah dibalas, berkenaan buku rujukan SPM / PMR masih segar lagi dalam ingatan siapa mahu buku apa. Ligat otak berfikir, apa lagi yea ? Entah kenapa bangun seawal 3 pagi ini, fikiran terus mengatakan, 

" deactive Facebook "  

Deactive Facebook is more or less like a temporary action compare to delete it. Bukan tak sayang hidup alam maya, tapi aku tak suka bazirkan masa. Cuti ini, rasa bosan melampau, lalu dicurahkan kepada isi Facebook. Status Facebook mulahlah merepek - repek, belum campur kes pagi - pagi dah insult parti politik itu ini, budak bajet hot sana sini aku godam, haha. Secara tidak langsung, aku jadi malas membaca. Eh, maksud aku, membaca majalah - majalah, buku mahupun novel. Tidak dinafikan perkongsian cerita, ilmu di Facebook banyak tapi. . umphh dia lain, berbeza dengan yang sebenar. 

Sebenar ? 

Mana lagi seronok ? Ustaz Don beri ceramah depan mata atau di kaca laptop ? Situasi berbeza, kesan pada diri berbeza bukan ? Begitu juga saat membaca. Status member atas tulis perkara baik, status bawah dia tulis ayat jiwang, status orang itu semua tak puas hati, status orang ini ayat lupa tuhan. Geram pun ada bila aktiviti mencarut / bergosip di Facebook, naik meluat. Bahan di Facebook ada baik buruk, begitu juga surat khabar. Ibarat baca surat khabar, ada ruangan agama tegur sana sini, tegaskan mana yang patut, wajib haram halal sunat harus, alih - alih muka surat seterusnya ada gambar artis berjimba jimba tunjuk pinggang ramping dengan gaya bontot tertonggek bajet ayu. Lelaki pula tunjuk badan tough biar nampak pusat. Tidak kurang sama, iklan membesarkan itu ini. Apa kejadahnya ?

Jadi, sinonimnya tiada. Kejap ilmiah baik, kejap buruk. Harmoninya berterabur bila otak hadam perkara baik tiba - tiba baca status maki hamun. Rungsing tahu ? Haih, baik deactive sementara waktu, tenangkan diri dengan pembacaan yang baik - baik sahaja. Tambah pula ada mini library rumah ini, pelbagai bahan bacaan baik boleh aku perolehi. Lagipun, skill penulisan aku dah mula tumpul. Ingat nak asah sedikit dengan beberapa buah novel. Biar nanti dapat berblogging cerita menarik, blend sekali pemahaman Islam. Mudah- mudahan, mudah dihadam ramai teman, lantas membantu mereka dekat kepadaNya selain mentarbiah diri sendiri jua. Lagipun,



Owh wait, I know what to do.
Printscreen, save.
Let's count.

# 1


# 2


# 3


# 4


# 5


# 6


# 7


# 8


# 9


# 10


# 11


# 12


# 13


# 14


# 15


# 16


# 17


# 18


# 19


# 20


# 21


# 22


# 23


# 24


# 25



Fuuhhh, kemain lagi koleksi kisah Facebook aku. Facebook boleh jadi medium dakwah, dakyah juga. Pilihan di tangan kita. Printscreen ini aku pilih berdasarkan status yang mendapat komen / like yang tertinggi, mungkin kerana mendapat perhatian rakan alam maya sana ? Tapi niat sebenar aku bukan bilangan like mahupun berapa ramai yang komen. Apa yang penting adalah sampai atau tidak mesej aku ini ? Dari artikel 2 minggu lepas daripada laman sesawang mykhilafah ( link : tekan SINI ), Islam mengutamakan kualiti, barulah kuantiti muslim yang berkualiti. Jujur tujuaanku membawa kesedaran kepada rakan yang lain, kerana aku dahulu pun dilembah hina, aku dahulu pun teraba - teraba. Aku tak mahu orang lain bergelap mahupun tercari cari seperti aku dahulu ! Pesanan aku mungkin ringkas, tapi jika itu dapat merubah hati yang jahil kepada hamba Allah yang taat, mashaAllah, itu yang aku mahukan ! Biar sama - sama masuk syurga, biar sama sama ketemui DIA. 

InsyaAllah !


P/s : Aku ingin undur diri seketika. Mencari ruang untuk bernafas semula. 
Agar nafas baru ini mampu mengorak lebih banyak langkah kearahNya. 
InsyaAllah.

Owh, aku terlupa satu.

# 26


3 comments:

  1. patutlah dah lama tak nampak update status.

    apa2 pun selamat 'benafas'ye.

    moga sentiasa dalam redha Allah :DD

    ReplyDelete
  2. @mr.IS : TQ :p

    @NAA : xdelah lama mana, hehe insyaAllah jazakillah :)

    ReplyDelete