Wednesday, August 29, 2012

Tumblr #3



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




Wahai sahabatku muslimah di luar sana. Cantikmu mempersona, cukuplah seorang menyaksikannya, manisnya senyumanmu menawan hati jejaka, namun bukan itu perlu ditujukan kepada semua kerana dirimu ibarat permata, hanya orang tertentu sahaja mampu melihatnya.

Orang yang menahan diri daripada nafsu, ibarat anak kecil sedang berpuasa. Dilihat makanan sedikit, nafsu meronta, sedangkan waktu berbuka masih jauh lagi. Namun, jika berjaya anak kecil itu berpuasa, hanya dia yang tahu nikmat sebenar berbuka puasa.

Begitu juga dengan nafsu batin orang muda. Terkadang nafsu meronta, bila media mengasuh kita perkara bertunjangkan nafsu, bila rakan kita sendiri bangga hilang teruna/dara. Terkadang diri rasa tercabar, terkadang diri ingin belajar. Darah anak muda, semua perkara ingin diterokai, dieksploitasi. Berbekalkan iman, bersabarlah kita kerana nafsu itu fitrah, jika disalah guna jadi fitnah.


” Bila kedua pasangan berpuasa, mereka sahaja yang tahu
 nikmat berbuka, dengan ikatan nikah yang sah ” 

- Cintaku kerana agamamu.


Jaga diri, demi Allah.


P/s : Visit my Tumblr : mohdqhassimi.tumblr.com

No comments:

Post a Comment