Saturday, September 29, 2012

Budak PMR jela


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


12.45 am.
Sabtu.
Sejuk.
Wan setia dengan Pro|E.
Aku dengan Math.

Bosan belajar, berhenti sekejap.

Hmm, tadi niat mula belajar subjek lain, sekali bawa buku lain da. Haih, kalau jarak rumah dengan perpustakaan selangkah dua, boleh pulang ambil semula buku. Kalau dah jarak kena tempuh hutan belantara pula bagaimana ? ( Hiperbola gila ) Ish, dah dua malam macam ini. Lupa baca Bismillah masa keluar rumah kowt. Jadi, mahu atau tidak, cari juga buku lain di perpustakaan. Kalau dah lebih pukul 11, perpustakaan tutup. Pergi aku ke TCR, cari bahan di internet pula. Ehem ehem, kalau dah dapat internet. . . mulalah jari jemari tangkas berlari, tetikus pula laju menekan sana sini. *sigh Aku taip ymail.com ; keluar satu link di newsfeed yahoo Malaysia.

http://my.news.yahoo.com/belanja-kahwin-mahal-punca-ramai-pemuda-melayu-berhutang-233706695.html


Mengikut kajian :


Baca artikel,
geleng kepala.
Baca komen,
sakit perut gelak ketawa ! Haha

Ikut kemampuan, aku kahwin dengan budak PMR jela, hahaha Kalau ikut akal sekalipun, aku rasa tak termampu nak bayar sampai berbelas berpuluh ribu. Makcik pakcik jual anak eh ? Mungkin kos sediakan kenduri kahwin itu satu hal pihak perempuan, tapi aku cuma terfikir sejenak, kalau si perempuan yang tergila - gilakan seorang lelaki, macam mana lelaki tanggung semua jugak ? Lagipun, kahwin dua dua pihak bukan ? Kenapa pihak lelaki tanggung seorang bagi dua kenduri ? Err..macam tak logik langsung adat Melayu yang nih -.- Sila buka balik buku PAI taraf SPM, mas kahwin ( mahar ) itu wajib, dan juga sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga ( Jawapan skema 2 markah nih ). Manakala hantaran kahwin itu cuma adat sahaja. Kan Lagipun dalam Islam, yang penting selepas menjadi 'Raja Sehari', iaitu kehidupan suami isteri mengejar redha Ilahi. Itu lagi manis daripada bebanan hutang yang terpaksa dipikul dek mengidam naik pelamin grand - grand gitu. Bagi aku, tak salah berbuat begitu KALAU si lelaki itu mampu. Jangan menginanya sudahlah. Contoh kes inaya link sini : http://www.youtube.com/watch?v=M5ljpwH06oY  Cuma sekarang, baru aku faham kenapa mak aku pernah sebut, " Kalau boleh biar semua anak mak kahwin serentak. Senang. " Senang dek jimat masa kos tenaga rupanya hahahaha


P/s : Assalamualaikum bakal isteriku diluar sana. Saya tidak tahu siapa awak, di mana awak berada sekarang atau apa yang sedang awak lakukan. Diharapkan awak ada terbaca artikel sebegini, mungkin dari yahoo, google sekalipun atau mungkin dari blog D-SIM ini, tapi diharapkan jangan awak menyusahkan abang yea nanti ? Mungkin berpuluh K saya boleh terima, saya mampu, tapi saya risau kalau kalau terdetik rasa beban di hati mak ayah saya dengan nilai besar itu. Hati orang tua, kita tidak mudah tahu kan ? Kata 'ya' di bibir mulut mungkin menerbitkan rasa kecewa di hati kan ? Rasa lebih baik simpan duit buat kehidupan kita anak beranak. Apa yang penting, pelajaran anak kita. Kan sayang ? ;)



Over pulak dah -.-

4 comments:

  1. ni siapa pulak yg tetapkan ni? alahai dunia dunia

    ReplyDelete
  2. Erm, penganalisa wang hantaran kowt, huhu mesti perempuan yang tukang analisa nih, kalau lelaki, kompom taraf phd tu dia bawak turun sampai 1-5K jea. Eh.

    ReplyDelete
  3. Spoiler alert:-
    melepas la si dsim ni nak kawen 4.

    ReplyDelete
  4. amboi amobi jaaiii...suka suka kau ckap aq nk kawin 4 -.-

    ReplyDelete