Monday, September 3, 2012

Lawrence of Arabia


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



" Matlamat utama kita adalah untuk menghancurkan kesatuan Islam, lantas memusnahkan empayar Uthmaniyyah. Sekiranya kita mampu mempengaruhi orang Arab untuk berusaha mengembalikan hak-hak mereka daripada orang Turki, maka sudah pasti kita akan dapat menewaskan Islam untuk selama-lamanya. Bahkan kita juga berupaya memastikan agar orang Islam bercakaran sesama sendiri sehingga gugurlah mereka daripada kuasa pemerintahan orang Islam di Turki. Sekiranya ini terjadi, kita tidak akan takut dan tidak terancam dengan Islam buat selama-lamanya." 

- Thomas Edison Lawrence ( T.E Lawrence )

Kanan.

Dia manusia busuk. Jadi perisik, membawa propaganda dalam masyarakat yang sedia berpecah-belah saat itu, menggunakan kelemahan orang Timur Tengah yakini semangat assabiah yang tinggi dalam menjatuhkan kerajaan Islam untuk mendapatkan Tanah Palestin demi mewujudkan tanah Israel, terutamanya Masjid al-Aqsa dan Baitulmuqaddis. Tahukah anda semua, 

  • Tanah tersebut menjadi tempat semua nabi dan rasul datang berdakwah termasuklah Rasulullah S.A.W ? 
  • Malah Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah. 
  • Tambah pula, masjid tersebut menjadi sebuah tempat yang telah disinggahi oleh baginda ketika peristiwa Israk dan Mikraj. 

Oleh sebab pentingnya Tanah Palestin dalam dunia Islam, datangnya fatwa ulama menghalang pengunduran umat Islam dari mana - mana bahagian di bumi Palestin.


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dari Rasulullah SAW. Ada sebahagian dari umat ku mereka tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu masuk Damsyik dan di pintu Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Pengkhianatan dan pembelotan sesiapa yang membelot tidak akan memudaratkan mereka sedikit jua. Mereka akan tetap menang, istiqamah, 
sehingga tibanya saat kiamat. 
– at-Tabarani.


P/s : Ada masa ? Baca  sini sini sini sini sini dan lari sedikit daripada topik, sini. Aku hairan, kenapa aku tak sedih dengan kisah kisah di Palestin, Syria, mahupun Rohingya. Takat sentuh sikit, baca sikit - sikit adalah. Mungkin sebab aku dari kecil selamba dek lihat darah, tembak tembak, bom sana sini. Mostly from games, like Call of Duty and Battlefield. Kalau realiti, dari kari ngeri ( ada bran tekan ). Sampai bila lihat orang eksiden nampak tulang putih pun aku jadi excited pula. Am I that freak ?  Tapi, bila baca kisah nabi nabi terdahulu, hadis Rasulullah, aku dapat rasakan kecintaan aku terhadap Islam di Palestin terutamannya, sedang membina. Biar aku tahu kenapa aku buat itu ini daripada aku tak faham apa - apa. Ada orang aktivis, selamatkan Palestin bagai, sanggup beli baju pakai selendang tebal Free Palestin. . tup tup keluar 2 - 3 pagi layan McD KFC, next morning instagram bertapa seronoknya makan bersama kawan di Pizza Hut, shopping kasut Gorgio Armani, menunjuk baju Ralph Lauren. Hujung bulan miskin tiada duit layan Maggi pulak. 

Pathetic.

No comments:

Post a Comment