Saturday, January 26, 2013

Kamu. .


السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Sedang berkemas buat perjalanan ke utara Malaysia. Mungkin satu Perlis kami jelajahi sebentar lagi. Walau tangan tangkas mengatur barang, perbicaraan aku dengan ibunda masih keudara.

 Entahlah mak, Mi tengah kumpul duit sekarang. Kalau boleh, 3 tahun dah cukup hasil simpanan mi. Nak taknak, Mi kena usaha sikit demi matlamat itu ”,

sambil mengambil sweater sangkut dihujung kerusi.

“ Kamu buatlah apa yang kamu rasa betul Mi. Tapi, niatkan lah simpan itu buat sedekah. 
Dapat pahala, insyaAllah ”,

datar suara ibu kedengaran dari muka pintu. Nampak gayanya satu keluarga dah siap. Kau jea belum lagi D-SIM !

“ Kalau Mi cakap. . Mi nak kumpul duit buat kahwin ? Kahwin itu kan dikira sedekah. 
Sedekah buat ummah, kan ? ”,

Lambat - lambat aku nyatakan niatku ini. Risau… 

 Kamu dah ada calon ke mi ?! ”,

laju persoalan itu terpacul keluar dari mulut ibunda. Soalan itu bagaikan ” Pap ! kemuka aku. Aku pun berpaling, menarik muka dari benua Asia ke benua Eropah, perlahan - lahan berkata

 Takde lagiiiiiiiiii. Sedihkan anak mak ni ? T.T 

Hilai tawa kedengaran. Aku. . malu. Namun aku tersenyum. Satu, tawa seorang ibu senantiasa menyenangkan aku. Dua, aku bernada serius. Calon itu kuletak tepi, persediaan diri itu yang pasti. Semoga, Allah permudahkan. Amin.

3 comments:

  1. Wink wink~~~
    Mak sudah membuka bicara. Tunggu masa mimi mengatakan ya.

    ReplyDelete
  2. Kahwin jangan lupa jemput. hihii :D
    Semoga dapat isteri yang solehah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...