السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Sebelum taddabur alam, kami singgah di Shell mencari air minuman masing - masing buat bekalan. Aku seperti biasa, mencapai botol air mineral 1.5 liter 'Select'. Kalau mengantuk, baru aku cari Red Bull atau White Coffee.
" Ai, air putih je ? "
Aku tersenyum. Bukan sekali dua ayat ini singgah ke cuping telingaku. Biasa sangat. Kalau bukan ayat itu, pasti " Jimat sangat engkau niii ", " Simpan duit buat kahwin ke ? " ataupun " Ah, makan minum pun nak berkira ke ? "
Mari aku jelaskan, sebagai pencerahan dan mana tahu boleh memberi manfaat ? Sebulan, aku beli air mineral 1.5 liter sekotak. Harga cuma dalam RM 10 - 20. Adalah dalam sebulan, atau 20 hari ( ikut penggunaan ) dapat bertahan bekalan itu. Memang jarang, aku cari air lain. Biarpun makan di luar sekalipun, aku jarang sekali 'order' air. Katakan air buat breakfast, teh 'O' panas bernilai RM 1. Tengah hari ? Milo ais, opss, boikot, sirap limau ais, RM 1.50. Malam ? Teh 'O' ais paling koman, RM 1.20. Jumlah air sahaja dalam sehari, RM 3.70. Kalau sebulan ? Untuk air sahaja sudah menjangkau RM 111. ( Allah, sedekah masjid ciput, untuk perut banyak pula ). Itu baru air, makanan pula ?
Mak aku ajar cara berjimat cermat dari aku kecil. Bukan berkira, cuma aku jumpa solusi minuman 'terbaik' buat kepuasan tekak dan poket, air mineral. Ramai terlepas pandang perkara kecil sebegini, sampai menggaru kepala tak gatal mencari punca 'duit mengalir macam air'. Cuma, terkadang rasa malu juga bila 'waiter' pandang serong bila aku tak minta air. Malu pada teman bila dikatakan "Kau dah tak sabar nak kahwin" takpun, "Dia minum air 'masjid' ni".
Ketahuilah kalian, air mineral jauh lebih baik dari air minuman lain ( termasuklah air minuman ditapis ; yang bertudung botol putih tu ). Paling aku suka, bila beli air mineral, kuantitinya lagi banyak dari nilai air minuman lain, dan pasti ada tangan mencari air mineral aku tu juga, tak kira dirumah, usrah, taddabur alam sekalipun. Bukan sekadar berbaloi, dapat juga sedekah disitu.
Konklusinya, fikir dahulu kenapa rakan anda bertindak itu atau ini, sebelum memutuskan kata - kata ringkas yang terkadang melukakan hatinya. Islam mahukan tenaga pemikir yea, bukan penghukum :)
selalu waiter pandang semacam kalo order air suam..hehe
ReplyDeletetahu xpe -,-
Deleteair mineral lebih baik or air reverse osmosis lebih (RO water) baik?
ReplyDeleteAir Mineral lebih baik..:)
Deleteyeap mineral, sebab reverse osmosis ni mcm. . tapis air kotor kalau tak silap. then, dia campurkan mineral bagi air tu ada sedikit khasiat. tak pasti, ce buat rujukan :p
Delete