السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Segala puji bagi Allah yang telah memberiku peluang buat melihat negeri orang sekali lagi dalam hidupku ini. Tanggal 21 lepas aku dan keluarga telah merantau ke Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia yang terletak di Kepulauan Jawa. To be honest, tiada apa - apa perkara menarik yang perluk dikongsikan di sini berkenaan Surabaya kerana ia cuma sebuah bandar yang berkembang pesat berpendudukan padat. Faktanya, Surabaya adalah bandar kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Sukar sekali buatku menilai budaya dan nilai - nilai orang di sini kalau aku hanya bergantung pada mata kasar bersahaja. Sudahlah Malaysia dan Indonesia asalnya serumpun, tidak jauh beza antara kita dan mereka. Tempat shopping ? Sesuai juga buat membeli - belah di Surabaya tapi harganya tidak jauh bezanya. Cuma jika ada kesempatan, lawatilah ;
Kedai Barangan Kulit di Tanggulangin, murah. . .
dan
Masjid Nasional Al-Akhbar Surabaya, besar. .
Lawatan Wali Songo ? Sounds religious but hmm, aku lihat aib lebih daripada kebaikan.
Rating aku terhadap Surabaya ?
6/10.
Kira banyak laa tu -,-
Nasib aku baik bila ibu berkenan cadangan aku ke Gunung Bromo (yaahhhoo !) yang terletak kira kira 130KM dari pusat bandar Surabaya. Gunung Bromo terletak kira kira 2392 meter dari paras laut, merupakan gunung berapi yang masih aktif pada lingkaran asia pasifik. Kali terakhir gunung berapi ini meletus pada tanggal 23 Januari tahun 2011. Banyak jalan yang boleh diambil untuk sampai ke atas sana, sama ada melalui daerah Malang, Probolinggo, Pasuruan atau Lumajang. Teksi kami mengambil jalan dari Probolinggo kerana jarak yang lebih dekat dari Surabaya dan dikatakan jalan yang paling terbaik dari segi keadaan jalan untuk ke Gunung Bromo.
Terkenal sebagai Gunung Bromo dek sifat gunung berapinya
walhal ada lagi gunung disekitarnya yang lebih tinggi daripada Gunung Bromo, seperti Gunung Batok.
Perjalanan masa dengan teksi yang perlu diambil sekitar 4 jam. Lama bukan ? Di sini, bandarnya tumbuh di sepanjang jalan besar dan bukanlah berpusat seperti bandar bandar di negara kita Malaysia. Jadi hampir sepanjang jalan terutamanya dari Bangil ke Probolinggo sesak dan pergerakannya lambat dek laluan bandar yang terpaksa ditempuhi. Keadaan jalan pula berlubang - lubang dan perlu berhati - hati disebabkan nilai keselamatan serta penggunaan jalan raya yang kurang diterapkan dalam masyarkat sini. Terkadang anak kecil melintas tanpa diduga. Bahaya. ( Tapi tak boleh lawan Cairo T.T ).
Kabus tebal ! Mula menuju Gunung Bromo dari Jalan Tangas, Probolinggo awan kelihatan berarak perlahan sarat dengan muatan air hujan. Jika dinilai mata kasar, kemungkinan besar hujan akan turun sekitar daerah sini, Bromo tidak terkecuali. Mulanya hampa, risau risau setibanya di sana nanti, pemandangan sekadar 10 meter sahaja jika kabusnya berterusan begini. Namun, sering kali pak supir berbicara "awan turun ini" "sebentar, awan turun". Gagal aku mencerna apa yang dimaksudkan pak supir, sekadar berharap di atas sana baik - baik sahaja.
Semakin lama kereta mendaki ke atas, semakin tebal kabusnya, mengimbau kembali jalan ke Cameron Highland, cuma di sini cuacanya lebih dingin dan udaranya segar ! Banyak perkampungan yang terdapat sepanjang jalan menuju ke atas. Dan apa yang menariknya, jika terdengar orang berucap melalui pembesar suara (speaker) itu sebenarnya salah satu cara orang tempatan buat mengutip derma untuk pembinaan masjid atau madrasah. Mula terdengar suara orang berucap dengan bahasa Jawa tapi tercari - cari siapa dan dimana sampai nanti terlihat sebuah pondok kecil, ada orang duduk bersahaja sambil bercakap dengan microphone di tangan. Hairan bukan ? Walau kelihatan kampung disini seakan terpencil, tapi line disini dapat 3G ! Oh yea, EDGE di sini boleh lagi tweet atau comment on fb tidak macam EDGE di Malaysia :)
Sedang melayan instagram,
Kabus tebal ! Mula menuju Gunung Bromo dari Jalan Tangas, Probolinggo awan kelihatan berarak perlahan sarat dengan muatan air hujan. Jika dinilai mata kasar, kemungkinan besar hujan akan turun sekitar daerah sini, Bromo tidak terkecuali. Mulanya hampa, risau risau setibanya di sana nanti, pemandangan sekadar 10 meter sahaja jika kabusnya berterusan begini. Namun, sering kali pak supir berbicara "awan turun ini" "sebentar, awan turun". Gagal aku mencerna apa yang dimaksudkan pak supir, sekadar berharap di atas sana baik - baik sahaja.
Semakin lama kereta mendaki ke atas, semakin tebal kabusnya, mengimbau kembali jalan ke Cameron Highland, cuma di sini cuacanya lebih dingin dan udaranya segar ! Banyak perkampungan yang terdapat sepanjang jalan menuju ke atas. Dan apa yang menariknya, jika terdengar orang berucap melalui pembesar suara (speaker) itu sebenarnya salah satu cara orang tempatan buat mengutip derma untuk pembinaan masjid atau madrasah. Mula terdengar suara orang berucap dengan bahasa Jawa tapi tercari - cari siapa dan dimana sampai nanti terlihat sebuah pondok kecil, ada orang duduk bersahaja sambil bercakap dengan microphone di tangan. Hairan bukan ? Walau kelihatan kampung disini seakan terpencil, tapi line disini dapat 3G ! Oh yea, EDGE di sini boleh lagi tweet atau comment on fb tidak macam EDGE di Malaysia :)
Sedang melayan instagram,
" Lihat jelas awannya sedang turun "
Baru aku mengerti akan apa yang dimaksudkan pak supir, rupa - rupanya awan sedang berarak turun ke bawah ! Oh, bukan awan tapi kabus. Kabus pun boleh membentuk awan kan ? Confuse. Apa - apa pun, sebenarnya kami sedang melalui kawasan kabus tebal yang mana kabus tebal itu pula sedang berarak turun ke bawah. Kiranya, sampai satu tahap kami sudah pun melewati kabus tebal itu sehingga pemadangan kembali jelas semula. Penat menaip, layan lah gambar pula.
Sangkaanku, gambar gunung di atas ini adalah Gunung Bromo, tapi ia sebenarnya adalah caldera rim. Caldera rim mengelilingi Gunung Bromo. Dianalogikan caldera rim ini, cuba bayangkan sebuah gunung itu punyai satu puncak. Sehingga sampai satu tahap, akan keluar lava dari sisi gunung tersebut. Perkara biasa ? Cuba bayangkan dua tiga atau lima lava pula yang keluar dari sisi gunung tersebut. Bila banyak lava keluar dari pelbagai sisi gunung, pemendapan berlaku di mana puncak gunung tersebut akan tenggelam di tengah - tengah antara dua punca lava tersebut. Jadi, bukit yang terhasil sebenarnya sisa-sisa pemendapan yang berlaku pada zaman dahulu dan boleh dianggapkan bahawasanya puncak gunung asal tersebut jauh lebih tinggi dari puncak gunung sekarang, termasuklah Gunung Bromo. Dari luar mungkin cernaannya lambat, bila tiba di kawasan Savannah baru senang nak faham apa itu caldera rim.
Seronok lihat pemandangan menghijau bila sudah jelas. Lagi menarik bila melihat kebun sayur yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Memang banyak kebun yang diusahkan disini namun tidak dikomersialkan secara serius dan meluas seperti di Cameron Highland. Pencemaran hutan dapat dikurangkan bila kebun disini memilih jalan pengusahaan tradisional, penggunaan bajak serta lembu sawah berbajakan tinja semula jadi. Dan sayur di sini segar bugar belaka ! Boleh bayangkan daun bawang sebesar ibu jari ? Epal dan strawberi bisa tumbuh disini, malah lagi besar buahnya berbanding hasil di Malaysia. Batas disini bertingkat tingkat, susunan yang teratur dan pondok kecil melengkapkan landskap kebun tradisional. Menarik !
Ambil gambar sebelum bertukar kenderaan.
Tiba suatu lokasi, berlaku pertukaran kenderaan, dari teksi Innova, kepada teksi Jeep, atau lebih dikenali sebagai hartop di sini. Perkhidmatan hartop sangat diperlukan memandangkan bukit yang perlu didaki semakin curam dan permukaan Bumi semakin sulit untuk dilewati walaupun jarak antara tempat pertukaran dengan Gunung Bromo dalam 2 KM sahaja. Sewa hartop tidak mahal mana, sekitar 12,000 rupiah untuk orang tempatan dan 25,000 rupiah dikenakan kepada warga asing. Tour guide ? Ngak perlu, pemandu hartop sendiri yang akan mengisar cerita/sejarah berkenaan Gunung Bromo selain membawa kami ke tempat - tempat yang menarik disekitarnya.
Pemandangan kalau hari cerah. Sumber sini : LINK.
Kepulan asap putih yang keluar dari mulut Gunung Bromo
Sumber : NASA
Turun ke Savannah, atau lebih dikenali sebagai Lautan Pasir oleh penduduk tempatan, melalui arah utara berikutan kami dari Proboliggo. Gunung pertama yang dilihat adalah Gunung Batok, punyai ketinggian melebihi 2000 meter dari paras laut. Savannah berkeluasan 10KM dan uniknya Savannah ini, ia merupakan tempat lava bertakung apabila Gunung Berapi Bromo meletus. Contoh yang terbaru, pada tahun 2011 saat gunung menanti untuk meletus, penduduk Bromo cuma dinasihatkan untuk tidak turun ke Savannah, dan mereka pula tidak perlu meninggalkan kampung mereka kerana sifat caldera rim yang mampu menahan lava dari memusnahkan kampung atau kebun sayur usahaan mereka. Kerna itu, Savannah sifatnya berpadang pasir dan tandus. Mak pernah tanya pada pemandu, bisakah pasir ini dibuat bahan binaan rumah ? Kalau dilihat pasirnya, ia seakan bijih besi namun begitu ia cepat celus jika terkena hujan.
Yeap, waktu kami melawat, hujan renyai mulai turun membasahi Bumi Savannah. Suhu disini pula antara 3 sehingga 18 darjah celcius. Kata driver, musim panas sejuknya dibawah paras normal berbanding musim hujan ! Tak boleh dibayangkan bagaimana sejuknya di sini pada waktu dingin yang dimaksudkan andai aku pergi 2 petang pun dinginnya terasa sampai ke tulang. Berhampiran Savannah adalah sebuah kawasan yang menghijau, yang aku sediri tak tahu apa namanya (hehe tapi kalau tak silap namanya Bukit Teletubbies. Yeap, you read it right, Teletubbies).
Mak taknak keluar, sejuk katanya -,-
Kawasan ini kontra dengan Savannah, kawasan tumbuhan hidup menghijau dan bukit - bukit kelihatan indah dari sini. Usah risau dengan haiwan liar seperti ular atau babi hutan. Bau belerang di sini kuat, hatta kebun sayur diluarnya pun tiada pagar buat menghalang babi hutan dari merosakkan tanaman.
Driver yang dah lama kerja sini pun tak tahan sejuk
Kawasan Pasir Berbisik.
Semua pakat cari haba haaaa
Seterusnya kami singgah di sebuah warung kecil yang terletak di sebelah kawasan Pasir Berbisik. Pasir Berbisik ini dinamakan sempena fenomena alam semula jadi dimana kawasan ini seperti berbisik atau berdesir 'shhh' apabila pasir pasir yang bergeser ditiup angin. Bunyi itu obvious kalau musim panas. Setakat aku tiba disana, tiada pula bunyi berbisik, bunyi orang menggigil tahan sejuk adalah. Sementara hujan sedang turun, masing - masing kesejukan, kami memilih buat singgah dan minum sebentar di kawasan tersebut.
Sebelum pulang, pemandu singgah di hadapan Gunung Batok, di mana terdapat banyak kemudahan di sini seperti kamar kecil ( bilik air ), warung - warung serta kedai yang menjual jaket, sarung tangan dan topi buat menahan sejuk. Dari sini kelihatan berpuluh ekor kuda menanti pelanggannya. Haa, kalau mahu ke lereng kawah, perlu menaiki kuda tersebut pada harga 25000 rupiah seorang. Perjalanan dari sini ke Tangga 1000 dan sekembalinya memakan masa hampir satu jam dengan menaiki kuda. Sebenarnya, boleh sahaja hartop pergi ke kaki Gunung Bromo dan hantar kami ke sana, namun disini pun ada geo-economy nya tersendiri, lalu dibahagikan kawasan antara perkhidmatan hartop dan kuda. Aku tak pergi pun memandangkan hujan semakin lebat, dan ibu aku tak sanggup menunggu sehingga sejam lamanya dalam Jeep.
Tangga 1000
Tangga 1000, dipanggil sempena banyaknya anak tangga yang perlu diambil untuk capai di atas sana. Yeap, lepas ambil kuda kena daki tangga tersebut. Usah dicabar kuderat yang ada andai rasa tak mampu, risau pulang nanti diusung ambulan haha Kata pemandu, Gunung Bromo ini sesak bermulanya jam 3 pagi di mana ramai orang berpusu - pusu ingin melihat matahari terbit dari atas sana. Bayaran pada waktu tersebut pula berlipat kali ganda. Sebagai contoh, luar waktu puncak seperti aku perginya waktu tengah hari, bayaran yang dikenakan adalah 25000 rupiah buat warga asing. Pada waktu puncak seperti waktu pagi, harganya mencecah 100 000 rupiah seorang. Ikut keselesaan, wang dan kehendak. Jika ingin melihat matahari terbit, perlu bersabar dengan ramainya orang. Katanya, boleh sampai jam. Kalau nak selesa dan murah, pukul 10 pagi dah boleh turun ke kawasan tersebut.
Oh yea, jalan terpantas dari Probolinggo ke Malang adalah melintasi Gunung Bromo. Lihat balik peta dari NASA. Indahnya Gunung Bromo hingga tak terungkap dengan kata - kata. Terjemahan gambar yang kuambil pula tidak mampu menandingi apa yang mata lihat tempoh hari. Apatah lagi buat aku menggambarkan keseronokan yang terasa dalam hati. Oleh sebab itu aku lebih suka berjalan melihat alam berbanding hutan konkrit. Nilai makan mewah di Surabaya mana sama dengan minum kopi panas di sini. Kalau di sana sesak dengan keadaan lalu lintas, disini pemandangan luas menenangkan fikiran. Ah, asyik !
Kalo aku diberi peluang sekali lagi,
aku ngak mao ke Suroboyo dan aku pengen mau ke Bromo lagi !
FAQ dari orang ramai dan jawapan aku;
1) Pergi berapa ramai ?
Aku berjalan dengan keluarga, 4 orang.
2) Pakej apa kau ambil ?
Aku atur sendiri tanpa mengambil mana mana pakej (free and easy)
3) Berapa lama bercuti ?
4H3M
4) Bajet berapa pergi melancong sana ?
Flight + trasport + hotel tanpa shopping dalam RM 650 seorang.
P/s: Nukilan terakhir buat tahun 2013. Selamat tahun baru dan maaf tinggalkan blog ini berhabuk. Hidup sekarang, busy. Tambah pula ada anak bini eh. Kalau perasan, skill penulisan aku sudah sedikit terpengaruh dengan cara penulisan Indonesia -.-
Comelnye nama bukit teletubbies -.-
ReplyDeletelol
Delete